Semua Jentera PRU akan menerima saguhati dari Bahagian semasa bertugas. Aku sebagai Setiausaha Bilik Gerakan BN DUN Bota telah diberi RM150.00 buat kali pertama dan RM150.00 lagi untuk kali keduanya. Jumlahnya RM300.00
Walhal, sebagai Setiausaha tempat aku adalah di Bilik Gerakan sementara Ketua dan Penolong Ketua aku TERLALU SIBUK baik siang maupun malam. Aku dikehendaki menjadi PERANTARAN di antara Bahagian dan Bilik Gerakan Cawangan yang berjumlah lebih dari 30 buah tak termasuk Bilik Gerakan Sementara.
HIASAN SAHAJA
Segala tugas dan keraian ,aku terpaksalah tanggung sendiri seperti minum, rokok dan sebagainya. Berlainan dengan Bilik Gerakan Parlimen di mana semuanya disediakan sejak mula lagi. Terpaksalah aku gunakan RM aku sendiri demi mendapatkan kerjasama dan memberi keseronokan di kalangan pembantu aku dan para pengunjung.
HIASAN SAHAJA
"Dah makan?" tanya aku kepada Ketua atau Penolong Ketua aku ketika mereka muncul.
"Sudah di Bilik Gerakan Bahagian tadi" jawab mereka. Soalan aku yang bermakna itu mungkin sengaja mereka buat-buat tak faham agaknya atau betul2 tak faham.
"Kenapa tak bawak aku sikit" bisik hatiku.
Sesudah hampir Hari Mengundi ... barulah Bilk Gerakan ini diluluskan peruntukan untuk MINUM PETANG dan MAKAN MALAM. Tak adalah lagi aku KENA TERUK.
Suatu hari ......
"Nah Cikgu .... tadi ada RM500.00 ... tau aje ler ... deme mintak2 ... tinggal RM100.00" unjuk Azhar Adam selaku Penolong Ketua Bilik Gerakan (sekarang AJK Bahagian Lantikan).
Terpinga-pinga aku mendengarnya ... aku ambil wang RM100.00 dari tangannya. Hati ku bertanya .... "SIAPA PULAK YANG MEROMPAKNYA .... JARAKNYA HANYA 16KM?".
HIASAN SAHAJA
"Bak ndak RM50.00" mintak Safri Shaharin. Aku berikan dan RM50.00 lagi aku berikan kepada Arwah Cikgu Nik (Pencen Guru) selaku Pembantu aku. "Nah Cikgu .... buat belanja harian di sebelah pagi" unjuk aku kapadanya ....
Jadi, DALAM ERTI KATA LAIN ... AKU TAK AMBIL SEKUPANG PUN PEMBERIAN CALON PARLIMEN PARIT.
Logikkah RM500.00 yang diamanahkan oleh Calon Parlimen kepada aku boleh HILANG sebanyak RM400.00 ??????
DATO; HJH AINON KHARIYAH MOHD ABAS
MANTAN AHLI PARLIMEN PARIT 1995
Aku tak salahkan Calon Parlimen Parit (Dato' Hjh Ainon Khariyah Mohd Abas) tapi kenapa tak beri sendiri kepada aku .... kenapa mesti melalui ORANG TENGAH yang BOLEH DIPERCAYAI (hingga sekarang masih AJK Bahagian)
Diharap JENTERA PRU 13 nanti .... janganlah bersikap NEGATIF sebagaimana yang diceritakan di atas.
KE
Bagus Cikgu cerita lagi banyak-banyak
ReplyDeleteSemoga boleh jadi bahan sejarah
Yang tak guna tu boleh tendang cepat-cepat
Mereka pun bukan buat kerja
Menangguk diair keruh sahaja
UMNO pun bukan ada cerita lain
Itulah sahaja
Kebas duit
Berebut nak bertanding
Cantas mencantas
Tipu sana tipu sini
Ampu sana ampu sini
Panjang umur pun tak guna
Menyusahkan orang
Sokong lain lagi tak guna
ReplyDelete