Sunday, 25 October 2020

25 OKT 2020 : TAK PERLU DARURAT ... TITAH BAGINDA

DAULAT TUANKU.
Menjunjung kasih di atas titah perintah Tuanku.

Untuk Netizen .... Baca sendiri ... dan ulas sendiri sebab .... ramai yang pakar. 



HUBAYA-HUBAYA

Friday, 23 October 2020

DHARURAT : 15 SOALAN PATUT KITA TAHU

DIJAWAB OLEH

oleh
Pakar Perlembagaan Prof Dr Shamrahayu A. Aziz


   1.    Apakah maksud darurat.

Darurat maksudnya suatu keadaan berkaitan keselamatan, ekonomi dan ketenteraman awam yang tidak dapat dikawal melalui sistem pentadbiran biasa.

Pengisytiharan darurat adalah suatu pemasyhuran yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong melalui suatu pewartaan bahawa keadaan tersebut telah wujud atau hampir berlaku.

 

2.    Apakah kesan pengisytiharan darurat

Kesan umum pengisytiharan darurat ialah, Perlembagaan digantung dan pentadbiran negara adalah ditentukan oleh pihak eksekutif.

Tentera juga boleh mengambil alih teraju dalam hal berkaitan keselamatan sekiranya keadaan memerlukan, lebih-lebih lagi apabila darurat diisytiharkan kerana berlakunya ancaman kepada keselamatan negara.

Parlimen masih boleh bersidang sekiranya tidak dibubarkan.

Ketika proklamasi darurat berkuat kuasa, kuasa eksekutif Persekutuan adalah juga meliputi semua perkara dalam kuasa perundangan Negeri dan memberi arahan kepada kerajaan negeri atau mana-mana pegawai atau pihak berkuasa Negeri. (Perkara 150(4)).

Kesan lain, dari segi pentadbiran dan perundangan dibincangkan dalam jawapan kepada soalan seterusnya.

 

3.    Adakah pengisytiharan darurat dibenarkan oleh Perlembagaan

Perlembagaan membenarkan pengisytiharan darurat melalui Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 150 adalah satu daripada tiga peruntukan yang berada di bawah Bahagian XI Perlembagaan Persekutuan, iaitu Bahagian berkaitan Kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif, Keganasan Terancang, Dan Perbuatan Dan Jenayah Yang Memudaratkan Orang Awam Dan Kuasa Darurat.

Bahagian XI ini membenarkan undang-undang bagi tujuan pencegahan dibuat, termasuklah tahanan pencegahan bagi tujuan menangani keadaan darurat.

 

4.     Apakah yang membolehkan Yang di-Pertuan Agong membuat pengisytiharan darurat

Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan darurat di bawah Per 150(1) Perlembagaan Persekutuan jika darurat besar kepada keselamatan atau kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya (TELAH) wujud.

Di bawah Perkara 150(2), Yang di-Pertuan Agong juga boleh membuat proklamasi darurat sekiranya baginda berpuas hati ancaman darurat besar, atas sebab keselamatan negara, atau kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam HAMPIR BENAR berlaku.

Tiga asas atau alasan boleh digunakan oleh Yang di-Pertuan Agong bagi membuat pengisytiharan darurat, iaitu, ancaman ke atas

i. Keselamatan negara; atau

ii. Kehidupan ekonomi; atau

iii. Ketenteraman awam

 

5.     Bilakah dan di manakah darurat boleh diisytiharkan

Darurat boleh diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada bila-bila masa, sama ada semasa Parlimen masih ada, sedang bersidang atau pun tidak, atau juga semasa parlimen bubar.

Syarat yang diperlukan ialah, telah dibuktikan elemen yang dinyatakan, iaitu ancaman atau darurat atas keselamatan, kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam telah atau hampir benar berlaku.

Darurat boleh diisytihar atas seluruh Persekutuan atau mana-mana bahagian dalam Persekutuan. Perkara 150(1) dan (2).

 

6.    Adakah Yang di-Pertuan Agong membuat pengisytiharan darurat atas kuasanya sendiri atau atas nasihat Perdana Menteri

Pengisytiharan darurat ialah kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong.

Kuasa prerogatif ringkasnya bermaksud kuasa yang dimiliki oleh institusi beraja dari awal bahkan jauh sebelum gubalan Perlembagaan Persekutuan bagi Tanah Melayu (Malaysia).

Kuasa tersebut kekal dalam milik institusi beraja. Walau bagaimana pun persoalan timbul ialah adakah kuasa prerogatif tersebut dilaksanakan secara budi bicara atau atas nasihat Perdana Menteri?

Perkara 150(1) menyatakan “Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku yang menyebabkan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya terancam, maka Yang di-Pertuan Agong boleh mengeluarkan suatu Proklamasi Darurat dengan membuat dalamnya suatu perisytiharan yang bermaksud sedemikian”.

Frasa “Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati” atau dalam bahasa Inggeris, “if the Yang di-Pertuan Agong is satisfied” menjadi persoalan, adakah puas hati Yang di-Pertuan Agong seorang diri (as sole judge) atau atas nasihat.

Beberapa keputusan kes telah membuat pernyataan tentang perkara ini.

Kes Stephen kalong Ningkan (No.2) (tahun 1968) menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan darurat sekiranya baginda berpuas hati.

Barakbah Lord President, dalam keputusan majoriti menyatakan “….In my opinion the Yang di-Pertuan Agong is the sole judge…

Walaubagaimana pun, keputusan kes Teh Cheng Poh oleh Privy Council pada tahun 1979 menyatakan tindakan Yang di-Pertuan Agong adalah atas nasihat Jemaah Menteri.

Ini adalah kedudukan undang-undang yang disepakati.

Lord Diplock menyatakan:

“Although this, like other powers under the Constitution, is conferred nominally upon the Yang di Pertuan Agong by virtue of his office as the Supreme Head of the Federation and is expressed to exercisable if he is satisfied of a particular matter, his functions are those of a constitutional monarch and except on certain matters that do not concern the instant appeal, he does not exercise any of his functions under the Constitution on his own initiative but is required by Article 40(1) to act in accordance with the advice of the Cabinet.

So when one finds in the Constitution itself or in a Federal law powers conferred upon the Yang di-Pertuan Agong that are expressed to be exercisable if he is of opinion or is satisfied that a particular state of affair exists or that particular action is necessary, the reference to his opinion or satisfaction is in reality a reference to the collective opinion or satisfaction of the members of the Cabinet, or the opinion or satisfaction of a particular Minister to whom the Cabinet have delegated their authority to give advice upon the matter in question”.

Justeru, menerusi keputusan kes Teh Cheng Poh ini, pengisytiharan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong perlu dibuat atas nasihat Perdana Menteri, atau Jemaah Menteri, atau seorang Menteri yang diberikan kuasa oleh Jemaah Menteri.


7: Adakah Keputusan Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytihar darurat dan membuat Ordinan semasa darurat boleh dipersoalkan (justiciable)

Keputusan kes Stephen kalong Ningkan (No.2) secara nyata Barakbah Lord President, dalam keputusan majoriti menyatakan “….In my opinion the Yang di-Pertuan Agong is the sole judge and once His Majesty is satisfied that a state of emergency exists, it is not for the court to inquire as to whether of not he should have been satisfied”.

Maksudnya, menurut Ketua Hakim Barakbah, mahkamah tidak boleh mempersoalkan tindakan Yang di-Pertuan Agong.

Pandangan majoriti ini disanggah oleh Ong Hock Thye, Hakim Mahkamah Persekutuan, dalam penghakiman sama. Hakim Ong Hock Thye menyatakan pandangan minoriti.

Beliau menyatakan:

“His Majesty is not an autocratic ruler since Article 40(1) of the Federal Constitution provides that “in the exercise of his function under this Constitution or federal law the Yang di-Pertuan Agong shall act in accordance with the advice of the Cabinet…Article 150 specifically provide that the emergency must be one ‘whereby the security or economic life of the Federation or any part thereof is threatened.. If those words of limitation are not meaningless verbiage….Article 150 does not confer on the Cabinet an untrammeled discretion to cause an emergency to be declared at their mere whim and fancy.”

Maksudnya, Yang di-Pertuan Agong bukan memerintah secara autokratik kerana baginda bertindak atas nasihat.

Dalam pelaksanaan kuasa baginda, mahkamah boleh memeriksa keputusan yang dibuat oleh baginda dan juga Jemaah Menteri ketika membuat proklamasi darurat supaya ia terhad kepada keadaan yang disebut, iaitu keselamatan negara dan kehidupan ekonomi.

Perkara 150 tidak memberikan kuasa budi bicara yang tidak teratur.

Keputusan Teh Cheng Poh, seperti yang dipetik di atas adala juga menyatakan tindakan Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 150 boleh disemak oleh mahkamah.

Selepas keputusan kes Teh Cheng Poh seperti yang dipetik di atas, Perlembagaan Persekutuan telah dipinda dengan memasukkan peruntukan yang secara jelas TIDAK membenarkan mahkamah menyemak keputusan Yang di-Pertuan Agong, atau apa-apa tindakan yang dibuat oleh baginda berkenaan kuasa, fungsi dan peranan di bawah Perkara 150. Hal ini terdapat pada Perkara 150(8) yang menyatakan:

Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan Persekutuan ini –

(a) hal puas hati Yang di-Pertuan Agong yang disebut Fasal (1) dan Fasal (2B) adalah muktamad dan konklusif dan tidaklah boleh dicabar atau dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan; dan

(b) tiada mahkamah boleh mempunyai bidang kuasa untuk melayan atau memutuskan apa-apa permohonan, soal atau prosiding, dalam apa-apa jua bentuk, atas apa-apa alasan, mengenai kesahan

(i) sesuatu Proklamasi di bawah Fasal (1) atau sesuatu perisytiharan yang dibuat dalam Proklamasi itu yang bermaksud seperti yang dinyatakan dalam Fasal (1):

(ii) kuat kuasa berterusan Proklamasi itu;

(iii) mana-mana ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2B); atau

(iv) penerusan kuat kuasa mana-mana ordinan itu.

Walaupun begitu, Fasal 8 ini belum diuji di mahkamah.


8.    Apakah kuasa Yang di-Pertuan Agong berkaitan Pengisytiharan Darurat

Kuasa Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 150 mengenai pengisytiharan darurat termasuk kuasa untuk membuat proklamasi yang berlainan atas alasan berlainan atau keadaan berlainan.

Ini bermaksud Yang di-Pertuan Agong boleh membuat beberapa proklamasi darurat pada masa sama atau pada masa berlainan. Hal ini terdapat dalam Perkara 150(2A).Bilakah Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan Darurat


9.   Bilakah Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan Darurat

Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan dan menguatkuasakan darurat ketika Majlis Parlimen masih ada, sama ada semasa berlaku persidangan atau tidak, atau ketika Parlimen telah dibubarkan.


10: Apakah peranan Yang di-Pertuan Agong semasa Darurat

Sekiranya proklamasi dibuat semasa Majlis Parlimen tidak bersidang serentak, Yang di-Pertuan Agong boleh memasyhurkan undang-undang, yang dinamakan Ordinan, sekiranya baginda berpuas hati hal atau keadaan tertentu menyebabkan perlu bagi baginda mengambil tindakan serta merta. Ini disebut dalam Perkara 150(2B).

Maksud “Majlis Parlimen tidak bersidang serentak” boleh difahami dalam fasal (9) Perkara 150, yang memperuntukkan “Majlis-Majlis Parlimen hendaklah dikira sebagai bersidang HANYA jika ahli setiap Majlis itu masing-masingnya berhimpun bersama dan menjalankan urusan Majlis”.

Sekiranya Parlimen telah mula bersidang secara serentak, kuasa Yang di-Pertuan Agong terhenti dan kuasa perundangan dipulangkan kepada Parlimen.

Sekiranya Parlimen telah kembali bersidang secara serentak, semua kuasa membuat undang-undang kembali kepada Parlimen walaupun keadaan darurat masih berlangsung.

Walaubagaimana pun, Parlimen boleh membuat Ordinan untuk memberikan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membuat undang-undang (keputusan Privy Council dalam kes Teh Cheng Poh).


 11.    Adakah parlimen boleh membuat undang-undang semasa darurat

Semasa keadaan darurat ini Parlimen boleh membuat Ordinan jika didapati oleh Parlimen dikehendaki bagi tujuan darurat dan prosedur perundangan boleh diketepikan.

Undang-undang ini adalah sah walaupun ia tidak selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam kes En Keok Cheng, Wylie C.J menyatakan, “The true effect of Article 150 is that, subject to certain exceptions set out therein, Parliament has, during an emergency, power to legislate on any subject and to any effect, even if inconsistencies with articles of the Constitution (including the provisions on fundamental liberties) are involved”.

Fasal (2C) Perkara 150 menyatakan “…Parlimen berkuasa membuat undang-undang, tanpa menghiraukan tatacara perundangan atau tatacara lain yang dikehendaku diikuti, atau perkadaran jumlah undi yang dikehendaki diperoleh dalam mana-mana satu Majlis Parlimen”.

Lihat juga Perkara 150(5), yang mana Parlimen boleh membuat undang-undang tanpa persetujuan atau keizinan, atau tanpa perundingan bersama mana-mana pihak sebagaimana disyaratkan oleh undang-undang.

Parlimen tidak boleh membuat Ordinan darurat dalam beberapa perkara tertentu sahaja, iaitu Hukum Syarak (Undang-Undang Islam), adat Melayu atau undang-undang atau adat anak Negeri di Sabah dan Sarawak.

Parlimen juga tidak boleh membuat Ordinan yang tidak selaras dengan peruntukan Perlembagaan dalam perkara berhubungan dengan agama, kewarganegaraan atau bahasa. (Lihat 150(6A)).

Proklamasi darurat dan Ordinan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong semasa darurat hendaklah dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen apabila keduanya bersidang serentak.


12.   Apakah kesan Ordinan yang dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong semasa Darurat

Ordinan yang dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong itu adalah berkuat kuasa dan berkesan seolah-olah ia adalah Akta Parlimen.

Ia boleh berkesan sehingga dibatalkan. Setelah Parlimen bersidang, Ordinan yang dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong hendaklah dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen.

Ordinan tersebut boleh diteruskan sekiranya diluluskan dan hendaklah dihentikan sekiranya tidak diluluskan oleh Parlimen.

Sekiranya Ordinan tersebut tidak diluluskan oleh Parlimen, ia tidak memberi kesan ke atas apa jua yang berlaku sebelum itu menurut kuat kuasa Proklamasi darurat atau Ordinan.

Bahkan, ketidaklulusan oleh Parlimen juga tidak menjejaskan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk membuat proklamasi darurat yang lain atau Ordinan yang lain bagi tujuan darurat lain tersebut. (Yang di-Pertuan Agong boleh membuat beberapa proklamasi pada masa sama atau pada masa berbeza, atas sebab yang sama atau atas sebab yang berbeza).


13.   Bolehkah Yang di-Pertuan Agong membuat Ordinan Perbekalan (Bajet)

Melihat kepada kuasa yang ada pada Yang di-Pertuan Agong, yang mana baginda boleh, sekiranya perlu dan baginda berpuas hati, memasyhurkan apa-apa ordinan semasa dua Majlis (Dewan) Parlimen tiada atau tidak bersidang serentak, maka sekiranya baginda berpuas hati dan perlu bagi memasyhurkan apa-apa perbelanjaan negara, baginda boleh berbuat demikian.

Namun setiap Ordinan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong hendaklah dibentangkan kepada kedua Majlis Parlimen setelah keduanya bersidang serentak. Ordinan tersebut boleh dirungkaikan oleh resolusi yang dibuat oleh Parlimen. (Lihat Perkara 150(2) dan (3)).


14.   Bilakah Darurat akan Berakhir dan siapa yang mengumumkan darurat telah berakhir

Perkara 150 tidak menyebut secara nyata tentang isu pengungkaian (annulling) proklamasi darurat – bila dan siapa.

Perkara 150(3) menyebut secara tidak langsung, “Proklamasi Darurat dan apa-apa ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2B) … hendaklah terhenti berkuat kuasa jika ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis yang mengungkaikan Proklamasi…” Frasa yang bergaris ini menunjukkan pengungkaian (annulment) suatu proklamasi dan undang-undang darurat yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong itu boleh dibuat melalui resolusi yang diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen.

Kes The Cheng Poh menyatakan:

"The power to revoke, however, like the power to issue a proclamation of emergency, vests in the Yang di-Pertuan Agong, and the Constitution does not require it to be exercised by any formal instrument. In their Lordships' view, a proclamation of a new emergency declared to be threatening the security of the Federation as a whole must by necessary implication be intended to operate as a revocation of a previous Proclamation, if one is still in force."


15.  Apakah akan berlaku kepada Ordinan yang dibuat semasa darurat apabila darurat berakhir

Ordinan yang dibuat bagi tujuan darurat hendaklah terhenti berkuatkuasa setelah tamat tempoh enam bulan dikira dari tarikh Proklamasi Darurat terhenti berkuat kuasa.

Maksudnya Ordinan tersebut boleh berkuat kuasa lagi sehingga habis tempoh enam bulan dari tarikh darurat berakhir. (Lihat Perkara 150(7)).


Petikan Dari : KLIK DI SINI  



Thursday, 22 October 2020

KENAPA BERLAKU DEMONTRASI DI INDONESIA


INDONESIA MENDAULATKAN DIRI 
SECARA "BULOH RUNCING"
DEMONTRASI JALANAN 
SUDAH MENJADI BUDAYA MEREKA



A.     LATAR BELAKANG

Untuk menangani masalah EKONOMI MERUDUM
di Indonesia, pihak kerajaan terpaksa berusaha mencari jalan penyelesaian.


B.     LANGKAH PENYELESAIAN

1.  Buka peluang kpd pelabur tempatan dan asing.
2.  Mewujudkan peluang pekerjaan.
3.  Meminda Undang2 agar menarik minat pelabur tampil melabur.

Perkara 3 telah menimbulkan kemarahan rakyat Indonesia hingga mencetuskan Demontrasi.


C.    PINDAAN UNDANG-UNDANG
      - 4 Okt 2020 : Dibincangkan
      - 5 Okt 2020 : Dibahaskan secara berat sebelah

RUJUKAN : KLIK DI SINI

Di antara isu yang dibahas dan diluluskan

1.   Upah dikira jam bekerja.
2.   Tiada Had Upah Minima.
3.   Tiada Wang Pampasan jika diberhentikan.
4.   Hak Cuti dihapuskan.
5.   Semua buruh adalah Pekerja Harian.
6.   Majikan berhak memberhentikan pekerja.
7.   Buruh tiada hak untuk bersuara.
8.   Cuti Umum yang terhad.
9.   Masa bersembahyang Jumaat hanya 1 jam


D.   IMPAK JANGKA PENDEK/PANJANG
        

1.    Penularan COVID19.
2.    Demontrasi Jalanan.
3.    Melumpuhkan negara.
4.    Menggerunkan pelabur asing dan tempatan.



INGATLAH
DEMONTRASI JALANAN
BUKAN BUDAYA KITA MALAYSIA


HUBAYA-HUBAYA


SIAPAKAH SEBENARNYA "KING MAKER" DALAM KERAJAAN PERIKATAN NASIONAL (PN) ?

 

KHAS UNTUK PEMIMPIN DAN PENYOKONG
PARTI UMNO, PAS DAN BERSATU


.    LATAR BELAKANG

Keputusan Undi Parlimen di PRU 14 telah menunjukkan BN tidak dapat mempertahankan kemenangannya selama 63 tahun (1955 - 2018) di mana BN hanya menang di 79/222 kerusi sementara PH mendapat 122 kerusi. Selainnya, PAS (18), BEBAS (2) dan Solidariti (1).

KEPUTUSAN PARLIMEN PRU 14 (2018)


B.    KEPUTUSAN TERPERINCI PARLIMEN (PARTI ASAL) PRU 14


Sungguhpun BN mendapat kerusi yang terbanyak, BN tetap bergelandangan selama 22 bulan bersama-sama PAS. Keadaan lebih menerukkan lagi apabila beberapa Ahli Parlimen BN bertukar parti ke Pakatan Harapan dengan menyertai PPBM.

Di Sarawak, ahli parlimen BN di sana bertindak menyertai Gabungan Parti Sarawak (GPS). Akhirnya, BN hanya tinggal 42 kerusi sahaja

KEPUTUSAN PRU 14 PARLIMEN (PARTI ASAL)


C.    PARTI-PARTI KERAJAAN PERIKATAN NASIONAL (PN)

Kerajaan Perikatan Nasional ditubuhkan setelah mendapat sokongan dari 112/222 Ahli Parlimen. 112/222 sokongan ini menunjukkan kerajaan ini tidak kukuh.

39 : UMNO 
32 : PPBM 
18 : PAS
13 : PBB (Sarawak)
02 : MCA
02 : PRS (Sarawak)
02 : PDP (Sarawak)
01 : MIC 
01 : PBS (Sabah)
01 : PBRS (Sabah)
01 : SUPP (Sarawak)


D.
    PARTI-PARTI TERBESAR DALAM PERIKATAN NASIONAL

Terdapat 4 parti yang dominan di dalam Kerajaan Perikatan Nasional. BN (UMNO, MCA, MIC dan PBRS) yang asalnya 79 kerusi hanya tinggal 43 kerusi sahaja. Perinciannya seperti berikut :-

43 : BN 
32 : PPBM
18 : PAS 
18 : GPS (Sarawak)


E.  PPBM DIANGGAP DOMINAN DALAM PERIKATAN NASIONAL 

Sebagai PENCETUS Kerajaan Perikatan Nasional di bawah pimpinan YAB TSMY, PPBM harus diberi penghargaan untuk menerajui Kerajaan PN. Bertindak keluar dari Pakatan Harapan menyebabkan MUSNAHNYA Kerajaan Pakatan Harapan yang berumur kira-kira 22 bulan. 

BN/UMNO walaupun mempunyai kerusi yang terbanyak tetapi parti ini bukanlah PENYEBAB UTAMA bungkangnya PH. Jadi, kita perlu akur kepada FAKTA ini.


F.
    KING MAKER 

Sesiapa sahaja mampu untuk menjadi KING MAKER dalam Kerajaan PN ini. Keluarnya DUA SOKONGAN akan menyebabkan Kerajaan PN tumbang. Jadi, semua Wakil Rakyat dan Parti di dalam PN perlu bekerjasama dan saling membantu di antara satu sama lain.

Sekian.


HUBAYA-HUBAYA


Wednesday, 21 October 2020

HARI-HARI TUN M KENA KUTUK ...



Bila kelapa tu mula condong ... kekura pun cuba menitinya. Sebelum ni ... ramai yang cium tangannya. Sekarang .... berlambak kutukan yang dilemparkan ke atasnya.

Itu sebab .... RAMAI YG INGIN JADI PM dengan tujuan MENDAPAT KUTUKAN SAMPAI KE MATI.

PAPARAN HARI INI 
(DARI 7.00 AM HINGGA 3.00 PM)
9









HUBAYA-HUBAYA


PENGUNAAN ROTAN JIKA ENGKAR PERINTAH SOP PKP

PATUTKAH DIKUATKUASAKAN TERHADAP MEREKA YANG DEGIL/ ENGKAR ARAHAN SOP PKP?








HUBAYA-HUBAYA



SAHIH ATAU FITNAH (PETIKAN PAGI 21 OKT 2020)