RAKYAT BERTAMBAH KELIRU
DAN
MULA MENGUBAH ARAH KE PPBM & PAS
A. LATAR BELAKANG.
Walau apa pun alasan atau strategik parti, rakyat bukannya semua faham. Mereka hanya nampak yang tersurat sahaja. Rata2 mereka bertanggapan negatif terhadap UMNO khasnya para pemimpin berkenaan.
MKT sepatutnya telah menyediakan beberapa Langkah Persediaan terhadap apa saja situasi yang diandaikan sejak dari Penubuhan Kerajaan Baru Negeri Perak di mana UMNO yang mempunyai LEBIH KERUSI tidak menerajui kepimpinan negeri berbanding PPBM dan PAS.
B. TANGGAPAN UMUM
1. Menganggap UMNO dah haru-biru kerana S/U Agong UMNO membelakangi MKT.
2. Netizen menganggap UMNO telah menyokong PH (PKR dan DAP).
3. UMNO Membuat Ugutan atas alasan kepentingan peribadi dan politik pemimpin atasan UMNO.
4. Menganggap UMNO tamak dan tak sedar diri.
5. Menganggap UMNO sanggup menghadapi PRU 15 berbanding COVID19.
C. IMPAK TERKINI
1. Ada yang dah mula getik dan bersuara sumbang.
2. Terdapat Orang UMNO yang mula mengubah alih pendirian dari UMNO ke PAS dan PPBM.
3. Terdapat pertambahan komen dan suara sumbang di dalam media sosial.
Oleh itu, Pemimpin UMNO perlu berfikir sebelum bertindak. Sebarang masalah yang timbul elok ditangani dengan secermat mungkin "Bagai menarik rambut di dalam tepung".
HUBAYA-HUBAYA
No comments:
Post a Comment