Thursday 25 July 2013

BUKTI NAJIB GUNAKAN "WANG RAKYAT" .... PULANGKAN KEMBALI (JIKA TAK MAU)



"HABIS WANG RAKYAT" KATA PEMBANGKANG




KERAJAAN BN MEMBERIKAN "WANG RAKYAT" KEPADA SEMUA KAKITANGAN KERAJAAN SEHINGGA D54 I TANPA MENGIRA FAHAMAN POLITIK DAN LATAR BELAKANG.

OLEH  ITU, JIKA SEKIRANYA PIHAK PENCACAI PAKATAN PEMBANGKANG TIDAK MAHU MENERIMANYA ATAS ALASAN "MENGHABISKAN WANG RAKYAT" .... SILA KEMBALIKAN.

TERIMA KASIH YAB PM walaupun RM500.00


Pekeliling Perkhidmatan Bil : 7/2013 

JANGAN CAKAP TAK SERUPA BIKIN
SUDAH LER


SIRI NABI ALLAH AYUB A.S ( 1 - 5 )



SIRI 1


SIRI 2



SIRI 3



SIRI 4



SIRI 5



SEKIAN.

Sunday 21 July 2013

UJILAH KETEPATAN DAN KECEPATAN ANDA .... JIKA BERANI LER





CETAK TERLEBIH DAHULU
DAN
UJI KECEPATAN DAN KETEPATAN ANDA

"CEPAT DAN TEPAT"




NILAI TAHAP ANDA/ANAK ANDA BERDASARKAN SKOR DI BAWAH INI.


SEMOGA BERJAYA






Friday 19 July 2013

ALVIN DAN VIVIAN DUDUK DALAM LOKAP SEHINGGA 23 OGOS, 2013 .... TAK BOLEH DIJAMIN








Oleh SITI NOORALINA AHMAD
pengarang@utusan.com.my

Gambar: Alvin Tan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur, semalam berhubung kes mempersendakan Ramadan dan mempamerkan gambar lucah di sebuah laman web yang menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia.

KUALA LUMPUR 18 Julai - Pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menerbitkan gambar menghasut umat Islam di bulan Ramadan dan mempamerkan gambar-gambar lucah di sebuah laman web, dua minggu lalu.

Alvin atau nama sebenarnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian Lee atau Lee May Ling, 24, masing-masing mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan kepada mereka di hadapan Hakim Murtazadi Amran.

Mahkamah turut membenarkan permohonan pihak pendakwaan agar pasangan itu tidak dibebaskan dengan jaminan sehingga selesai perbicaraan atas alasan kedua-dua tertuduh cenderung memuat naik kandungan yang boleh menyinggung perasaan dan membangkitkan kemarahan orang ramai.

Dengan keputusan itu, Alvin yang berkemeja T warna merah dan seluar jean ditahan di Penjara Sungai Buloh manakala Vivian yang memakai kemeja T warna merah jambu dihantar ke Penjara Kajang sehingga tarikh sebutan semula kes itu pada 23 Ogos ini.

Pendakwaan terhadap pasangan itu dibuat setelah mereka berdua ditahan pihak polis ketika hadir ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di sini kira-kira pukul 1 petang.

Mengikut pertuduhan pertama, mereka didakwa bersama-sama menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman sosial facebook "Alvin dan Vivian-Alvivi" di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingersiaitu gambar dan komen bertajuk Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh...wangi, enak, menyelerakan!) mengandungi logo halal dan ayat-ayat yang mempunyai kecenderungan menghasut.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di 568-14-18, Kompleks Mutiara, Jalan Ipoh, Batu 3 1/2 di sini antara pukul 9 malam, 6 Julai dan 2 pagi, 7 Julai lalu.

Mereka didakwa mengikut Subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.

Pada pukul 10.48 malam, tarikh dan tempat yang sama, pasangan penulis blog itu turut didakwa memuat naik penerbitan yang sama di Syed Restoran, Jalan Dang Wangi di sini yang mana perbuatan itu berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan atas alasan agama dalam kalangan penganut agama berlainan.

Bagi pertuduhan itu, pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum lima tahun.

Selain itu, mereka didakwa mempamerkan gambar-gambar yang didapati lucah di laman web www.alviviswingers.tumblr.com antara pukul 9 malam, 6 Julai dan 2 pagi, 7 Julai lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Subseksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 5(2) akta sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badaruddin memohon ketiga-tiga kes dibicarakan bersama-sama namun tidak mencadangkan sebarang jaminan terhadap kedua-dua tertuduh memandangkan kesemua pertuduhan itu adalah kesalahan yang tidak boleh dijamin.

Menurut beliau, kedua-dua tertuduh turut mempunyai kecenderungan untuk memuat naik kandungan yang menimbulkan kemarahan orang ramai.

''Pihak pendakwaan memohon mereka tidak dilepaskan dengan sebarang jaminan sehingga selesai perbicaraan kes itu,'' katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd. Yusoff yang turut mewakili pihak pendakwaan pula menyatakan, perbuatan Alvin dan Vivian bukan sahaja membangkitkan kemarahan masyarakat malah jika tidak dikawal boleh memusnahkan keharmonian antara masyarakat berlainan bangsa dan agama di negara ini.

''Kedua-dua tertuduh berkemungkinan memuat naik lagi artikel atau gambar yang menyinggung perasaan masyarakat dan ini merupakan perbuatan yang serius dan membimbangkan.

''Nama Alvin Tan sangat dikenali dan bila kita Google sahaja nama Alvin, akan timbul gambar dan artikel mengenainya yang mana jika tidak dikawal boleh memusnahkan masyarakat dan agama. Tidak dinafikan kesalahan itu tidak melibatkan keganasan tetapi ia kesalahan serius,'' katanya.

Peguam bela Chong Joo Tian yang mewakili Alvin dan Vivian bagaimanapun memohon jaminan ditawarkan kepada anak-anak guamnya memandangkan mereka tidak sepatutnya dihukum sebelum disabitkan bersalah atas ketiga-tiga tuduhan berkenaan.












Thursday 18 July 2013

SIRAP MERAH "CAP BUNGA ROSE" GANTIKAN DAKWAT KEKAL (LIHAT DEMONTRASI)




LIHAT DEMONTRASINYA
(18 Julai, 2013 : 10.30 pm)













Selang beberapa lama ...
( 30 minit berlalu )

 PAGI ESOK AKU AKAN RAKAM KESANNYA.

APA PASAL SUSAH-SUSAH NAK CARI JAUH-JAUH ...


19 Julai 2013 : 1.30 am
(3 jam berlalu)

HUBAYA-HUBAYA







BERSIH AGENDA POLITIK. BEKAS PEGUAM ANWAR BUAT REPORT POLIS












Wednesday 17 July 2013

PAPARAN LUCAH DIRAKAM DI SINGAPORE. ALVIN TAN TAK AKAN MEMOHON MAAF DARIPADA UMUM.






BELUM ADA CERITA TENTANG BONUS HARI RAYA UNTUK K/TANGAN KERAJAAN


BELUM DIUMUMKAN LAGI





Kalau bercerita pasal BONUS ... semua seronok tapi kalau bercerita tentang bidang tugas ... banyak yang merungut.

Kalau dikirakan, banyak kakitangan kerajaan TAK SOKONG BN semasa PRU akan tetapi merekalah PALING KUAT MELALAKnya jika tak dapat. Jika diberi sekalipun .... macam-macam rungutannya .... kenapa sikit ler, kenapa itu ler, kenapa ini ler. KENAPA SEBAHAGIANNYA, tak tau berterima kasih dengan alasan INI DUIT RAKYAT bukannya DUIT BN. Jadi, INI HAK KAMI.

Nak tanya sikit. "Adakah kamu mempunyai HAK berbanding dengan kerjanya yang TAK SEBERAPA dalam ertikata lain .... SELALU TUANG TUGAS ATAU TUANG KERJA?".

AKAN TETAPI .... KALAU DAPAT, KIRA BAGUS LER BN NI. ALHAMDULILLAH ... BERTERIMA KASIH DAN BERSYUKURLAH JIKA MENJADI KENYATAAN.




Walau bagaimanapun, CEUPACS cuba mengesyorkan kepada Kerajaan BN ... KLIK DI SINI



HUBAYA-HUBAYA



Tuesday 16 July 2013

MAAFKAN KAMI. BERAPA BANYAK MAAF DAA (PESANAN P.RAMLEE)









TAKKAN NAK DIMAAFKAN ...

EH! BERAPA BANYAK MAAF DAAA ..
(kata P. Ramlee)



SAMPAI BILA KITA NAK BERLEMBUT?
LAMA-LAMA NAIK ATAS KEPALA.


HUBAYA-HUBAYA



PUTUS TANGAN AKIBAT MAIN MERCUN ............ TOK GURU TAK NASIHAT KER?





DI KELANTAN KER?




JANGAN AMALKAN .... BAHAYA.

DIMINTA SEMUA PENCERAMAH MENTARBIYAHKAN MEREKA YANG SERING MELAKUKAN AKTIVITI INI.

HUBAYA-HUBAYA



ONLY IN MALAYSIA .... TAPI ... SAMPAI BILA?







HORMATILAH 
DI ANTARA SATU SAMA LAIN 
AGAR KITA HIDUP
AMAN, DAMAI DAN HARMONI





SIKAP MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
ATAU
KUMPULAN TERTENTU
ADALAH
MEMBAHAYAKAN.


HUBAYA-HUBAYA




DICOLEK, DIBOGEL DAN DITINGGALKAN .... AKIBAT HINA ISLAM











PENJAGA INTERNET KAFE DICEDERA, DIBOGELKAN AKIBAT PAPAR SENDA RAMADAN

Kuala Lumpur, 16 Julai - Seorang penjaga kaunterkafe internet dicedera dan dibogelkan oleh sekumpulan lelaki semalam setelah dia membuat paparan kontroversiyang mempersenda Ramadan.Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakarberkata lelaki dari Shah Alam itu diperlakukandemikian akibat kenyataannya yang menyentuhsensitiviti agama berkaitan paparan facebook olehAlvin Tan, 25, dan Vivian Lee, 24.Pasangan itu mempersenda Ramadan denganmemuat naik gambar hidangan khinzir di laman mereka.
"Tindakan pantas polis berjaya menahan empatlelaki di Shah Alam dan Petaling Jaya pagi inikerana terbabit mencederakan lelaki itu. Motifmereka ialah membalas dendam terhadap paparanVivian dan Alvin," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang mediaselepas lawatan Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan, Datuk Heliliah MohdYusof, di Bukit Aman, di sini hari ini.Dalam kejadian 3 pagi semalam, Ng Mun Tatt, 24,dipercayai telah dilarikan oleh lapan lelaki menaikiToyota Alphard ketika beliau sedang makanbersama teman wanitanya di sebuah restoran di Shah Alam. Wanita itu tidak diapa-apakan. Ng dicedera dan dibogelkan sebelum ditinggalkan diKilometer 4.5 Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE),berhampiran susur keluar Setiawangsa di sini.Beliau ditemui oleh seorang penunggang motosikalyang membawanya ke balai polis Jalan Tun Razak.

Mengenai perkembangan siasatan terhadap Alvindan Vivian, Khalid berkata polis telah membuka kertas siasatan terhadap pasangan itu mengikutSeksyen 298A Kanun Keseksaan kerana disyaki melakukan kesalahan atas alasan agama yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan, kebencian sehingga memudaratkan perpaduan.

"Saya nasihat pasangan itu datang ke Ibu Pejaba tPolis Kuala Lumpur untuk dirakam percakapanmereka," katanya.Semalam, Alvin dan Vivian telah memberiketerangan di pejabat Suruhanjaya Komunikasi danMultimedia (SKMM) di sini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. Kesalahan itu boleh dihukum denda RM50,000 ataupenjara setahun atau kedua-duanya jika sabitkesalahan.


- BERNAMA




18SX : "BAYI" SEBAGAI MENU UTAMA RESTORAN. CELAKA BETUL ... TAK ADA BENDA LAIN KER NAK DIJADIKAN MENU?




TERPANGGIL AKU MEMAPARKAN UNTUK TATAPAN BERSAMA SEKADAR TELADAN BERSAMA BAHAWA .... BINATANGKAH MEREKA YANG SANGGUP MELAKUKAN/MELANGGAN SEMUA INI.

SEMASA MENDAPATKAN PAPARAN INI ...  HATIKU BERKATA "BUDAYA APAKAH INI?"


PAPARAN I








SETERUSNYA
PAPARAN KE 2


UNTUK KETERANGAN







JUGA SETERUSNYA
PAPARAN KE 3

ANAK SENDIRI DIJADIKAN MAKANAN
UNTUK 'ILMU SIHIR"




Kemungkinan paparan semua ini berbentuk sementara .... mungkin aku akan deletekan nanti.

Sekadar paparan untuk dijadikan TELADAN.


WALLAHHU 'ALAM






Monday 15 July 2013

DISANJUNG WALAUPUN MENGHINA ISLAM ... KENAPA DIBIARKAN LAGI NI?




1.   WAHAI PEMIMPIN BN, KENAPA TAK DIAMBIL TINDAKAN?

2.   WAHAI PEMIMPIN PAKATAN PEMBANGKANG, KENAPA DIBERI MUKA?


PELAKON PORNO INI MENGIKLANKAN
MAKANAN HARAM SEMPENA BULAN RAMADHAN
SEOLAH-OLAH MENGHINA UMAT ISLAM


Bak Kut Teh merupakan sejenis hidangan sup berserta daging rusuk (terutamanya babi) yang dimasak dalam herba tradisi Cina. Herba dan ginseng dicampur bukan sahaja sebagai perasa tetapi juga menambah khasiat. Pelbagai jenis cendawan sering kali ditambah kepada hidangan dan biasanya dihidangkan dalam mangkuk tembikar Cina. Pada masa kini terdapat karung Teh Bak Kut, yang mengandungi semua ramuan yang diperlukan. Ini memudahkan penyediaan Bak Kut Teh. Bak Kut Teh seringkali dijadikan hidangan sarapan, atau makan tengahari.
Bak Kut Teh biasanya menggunakan daging babi sebagai bahan asasnya, namun ada yang menggunakan daging Lembu dan Ayam. Bak Kut Teh berasal dari Kluang, Malaya dan ia kini ia popular disajikan di sekitar rantau Asia tenggara sepertiSingapuraThailand dan Kepulauan Riau.


MEREKA NI DIKATAKAN PELAKON PORNO
(LIHAT PAPARAN DI BAWAH INI)







NURUL IZZAH ANWAR IBRAHIM SANGGUP BERGAMBAR DENGANNYA
APA PUNYA PEMIMPIN NYER NI?




HUBAYA-HUBAYA



Tuesday 9 July 2013

UNTUK MENGENALI DIRI KITA SEBENARNYA ADALAH DI BULAN RAMADHAN INI



Dipetik dari : KLIK DI SINI

Assalamualaikum, Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada semua pengunjung blog yang masih setia mengunjugi blog ana ini. Seperti yang kita sedia maklum Ramadhan berkunjung setiap kali kitaran tahun berganti, bulan yang sememangnya dinanti-nantikan oleh orang-orang yang beriman, dimana Ramadhan merupakan sebuah hadiah dari yang Maha Pencipta kepada hamba-hambanya yang bertaqwa. Rasulullah S.A.W bersabda:-
Apabila tiba bulan Ramadhan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu.

Membicarakan hadith ini, timbul rasa hairan dalam diri ana. Kita dikhabarkan oleh nabi bahawa syaitan-syaitan dibelenggu sepanjang Ramadhan, namun masih ramai yang berkelakuan seperti perangai syaitan. Kenapa agaknya ya?


Klik Untuk Paparan Besar
Bagaimanakah Kefahaman Kita tentang Hal Ini?


Baik, kita umpamakan syaitan itu seperti anjing yang tertambat. Apakah anjing yang ditambat dan diikat tidak mampu mengigit? Tentu sahaja bagi mereka yang menjauhi anjing tersebut, akan terselamat dari serangan  dan gigitan. Namun bagaimana pula dengan yang menghampiri anjing berkenaan? Duduk bersebelahan, mengacah-acah anjing yang geram tertambat? Tidak mustahil manusia dungu ini terkena gigitan, malah gigitan itu mungkin serius kerana anjing sedang kemarahan.

Apabila Ramadhan mengikat syaitan dari bebas berkeliaran, ia hanyalah proses mengurangkan potensi syaitan menghasut manusia berbuat jahat. Seperti sabda Nabi S.A.W pada sepotong hadith al-Bukhari dan Muslim:-
Sesungguhnya Syaitan itu bergerak di dalam diri anak Adam melalui saluran darah. Maka sempitkanlah perjalanannya dengan berlapar.

Ramadhan Menguragkan Potensi Syaitan

Akan tetapi bagi yang menghabiskan masa Ramadhanya di tempat syaitan tertambat, di lokasi lagho dan maksiat, tempat jin bertandang, maka bagaimana? Ketika syaitan tertambat, manusia pula yang mencari-cari syaitan dan mengisi Ramadhan dengan perkara sia-sia kegemaran syaitan? Tidakkah mereka ini menyerah peha untuk dibaham dan menjadi mangsa?

Perlu diketahui bahawa punca kejahatan manusia itu ada luar dan dalamnya. Jika anasir luarannya itu adalah syaitan, sumber paling merbahaya pula adalah hawa nafsunya sendiri. Firman Allah :-

Apakah kamu tidak melihat orang yang bertuhankan hawa nafsunya sendiri?
Al-jaatsiyyah : 23

Siapa Lagi Yang Dapat Dipersalahkan?
Maka selepas pintu Rahmat dibuka , pintu Neraka ditutup dan syaitan diikat, sudah cukup lapangkah jalan kebaikan, dan sudah cukup susahkah jalan kejahatan? Selepas segala kemudahan diberi untuk manusia  berubah kepada kebaikan, sedangkan dirinya masih tetap melakukan kejahatan.

Kejahatan di bulan Ramadhan adalah kejahatan tulen pilihan manusia. Hampir tiada campur tangan  syaitan pada kedurhakaan dirinya. Kita yang memilih untuk jahat lagi keparat. Sebagaimana puasa menjadi ibadah eksklusif antara hamba dan Allah, Tuhannya, maka kejahatan di bulan Ramadhan juga akan dibalas secara ekslusif oleh Allah.

Sejenak Refleksi Diri

Soalnya dimanakah syaitan ditambat? Soalnya dimanakah kita bakal menghabiskan masa di bulan Ramadhan ini? Apakah di tempat jin dan syiatan bertandang? Atau di tempat turunnya Rahmat Allah pada zikir dan Munajat? Ayuhkan kita sama-sama fikirkan-fikirkan.

Wallahu a'lam