Tuesday 16 July 2013

DICOLEK, DIBOGEL DAN DITINGGALKAN .... AKIBAT HINA ISLAM











PENJAGA INTERNET KAFE DICEDERA, DIBOGELKAN AKIBAT PAPAR SENDA RAMADAN

Kuala Lumpur, 16 Julai - Seorang penjaga kaunterkafe internet dicedera dan dibogelkan oleh sekumpulan lelaki semalam setelah dia membuat paparan kontroversiyang mempersenda Ramadan.Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakarberkata lelaki dari Shah Alam itu diperlakukandemikian akibat kenyataannya yang menyentuhsensitiviti agama berkaitan paparan facebook olehAlvin Tan, 25, dan Vivian Lee, 24.Pasangan itu mempersenda Ramadan denganmemuat naik gambar hidangan khinzir di laman mereka.
"Tindakan pantas polis berjaya menahan empatlelaki di Shah Alam dan Petaling Jaya pagi inikerana terbabit mencederakan lelaki itu. Motifmereka ialah membalas dendam terhadap paparanVivian dan Alvin," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang mediaselepas lawatan Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan, Datuk Heliliah MohdYusof, di Bukit Aman, di sini hari ini.Dalam kejadian 3 pagi semalam, Ng Mun Tatt, 24,dipercayai telah dilarikan oleh lapan lelaki menaikiToyota Alphard ketika beliau sedang makanbersama teman wanitanya di sebuah restoran di Shah Alam. Wanita itu tidak diapa-apakan. Ng dicedera dan dibogelkan sebelum ditinggalkan diKilometer 4.5 Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE),berhampiran susur keluar Setiawangsa di sini.Beliau ditemui oleh seorang penunggang motosikalyang membawanya ke balai polis Jalan Tun Razak.

Mengenai perkembangan siasatan terhadap Alvindan Vivian, Khalid berkata polis telah membuka kertas siasatan terhadap pasangan itu mengikutSeksyen 298A Kanun Keseksaan kerana disyaki melakukan kesalahan atas alasan agama yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan, kebencian sehingga memudaratkan perpaduan.

"Saya nasihat pasangan itu datang ke Ibu Pejaba tPolis Kuala Lumpur untuk dirakam percakapanmereka," katanya.Semalam, Alvin dan Vivian telah memberiketerangan di pejabat Suruhanjaya Komunikasi danMultimedia (SKMM) di sini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. Kesalahan itu boleh dihukum denda RM50,000 ataupenjara setahun atau kedua-duanya jika sabitkesalahan.


- BERNAMA




No comments:

Post a Comment