Tuesday 24 November 2020

DI ANTARA MUAFAKAT NASIONAL DAN PERIKATAN NASIONAL, PAS PILIH MANA?

 

MANAKAH PILIHAN PAS
DAN
KEMANA HALU TUJU BN/UMNO?


A.    DI ANTARA MUAFAKAT dan PAKATAN.

Definasi Muafakat.
- Seia sekata
- Setuju

Definasi Perikatan.
- Bergabung
- Persekutuan




B.    MUAFAKAT NASIONAL (MN)


Satu perhubungan di antara UMNO dan PAS hingga tercetusnya PERSETUJUAN berkaitan dengan perkara-perkara yang dibincangkan.

Sehingga kini Muafakat Nasional hanyalah sekadar persetujuan semata-mata dan TIDAK DIDAFTARKAN sebagai sebuah PARTI dan TIDAK BOLEH DIBUNAKAN di dalam mana-mana Pilihanraya di Malaysia.




C.    PERIKATAN NASIONAL (PN)

Satu Gabungan beberapa buah PARTI yang berdaftar dan BOLEH DIGUNAKAN dalam mana-mana Pilihanraya di Malaysia. Hingga kini, parti-parti yang telah dan sedang bergabung di dalam Perikatan Nasional adalah PAS, PPBM, PBS, STAR.

Di antara MN dan PN, hanya Logo PN sahaja yang diterima oleh SPR di samping Logo Asal Parti-parti yang berdaftar dengan Pihak Berkenaan.


D.    APAKAH PAS AKAN MEMILIH PN ATAU MN?.




Susah tentulah PAS akan memilih PN selaku Rakan Kongsi semasa Pilihanraya bukannya MN kerana MN bukanlah sebuah parti berdaftar. Akan tetapi, PAS tetap akan menghormati MN selaku Rakan Muafakat di dalam MUAFAKAT NASIONAL

E.    KE MANA HALA TUJU BN/UMNO?



HUBAYA-HUBAYA

Friday 20 November 2020

PRU 15 : BN HANYA MAMPU MENANG DI 30/165 PARLIMEN SEMENANJUNG TANAH MELAYU

 


A.    LATAR BELAKANG

1.    PRU 14 lalu, BN hanya mampu menang 79/222 kerusi sahaja. 49/165 kerusi di Semenanjung Tanah Melayu, 19/31 di Sarawak dan 11/26 di Sabah + Labuan.

2.    MN telah dipiagamkan di antara UMNO dan PAS tetapi hingga kini belum didaftarkan.

3.    PN telah disepakat dan didaftarkan yang dianggotai oleh PPBM, PAS dan PBS dan kemungkinan akan bertambah dalam masa yang singkat ini.


B.    ANDAIAN KEMENANGAN BN DI SEMENANJUNG TANAH MELAYU

1.    Tertubuhnya PN, PN di Semenanjung (PPBM dan PAS) bertambah kukuh berbanding BN (UMNO, MCA dan MIC).

2.    Berdasarkan Keputusan PRU 14 lalu, PAS memenangi 18/165 kerusi Parlimen. Wujudnya PPBM, sebahagian dari 25% dari Pengundi PH dan 15% dari Pengundi BN telah memihak kepada parti baru ini. 

3.    Apabila dibuat andaian, BN hanya mampu menang di 30/165 kerusi sahaja berbanding PN yang meningkat berkali-kali ganda.

BERIKUT ADALAH SENARAI 30 KERUSI BN (SEMENANJUNG TANAH MELAYU



C.    BERAPAKAH YANG DIMENANGI OLEH PN DAN PH?

Takkan saya nak paparkan semua DATA .... cukuplah setakat itu sahaja.


HUBAYA-HUBAYA 


Thursday 19 November 2020

MP BN DAH MULA BERTELAGAH SESAMA SENDIRI MENGENAI BUDGET 2021


Kemungkinan MP BN/UMNO dah mula berbelah bahagi mengenai Belanjawan Negara 2021 nanti.

Sokong Lulus Budget dengan bersyarat disuarakan oleh Presiden dan Mantan Presiden UMNO.

Beberapa MP khasnya yang tidak menjawat sebarang jawatan dalam kabinet dan GLC kemungkinan akan memihak kepada Presiden dan Mantan Presiden untuk SOKONG BERSYARAT sementara yang menjawat sepaturnya akan memihak kepada Kerajaan PN khasnya YAB TSMY.

Dalam pada itu terdapat MP BN yang bersuara.

1.   Hari ini MP Arau .... YB DS Shahidan Kassim bersuara menyatakan lain ... diviralkan lain .... kemudian beliau dan ada netizen menafikannya  .....  KLIK DI SINI

2.   Apa kata Annuar Musa pulak .... KLIK DI SINI


Kita tunggu dan lihat dalam sehari dua ini .... kemungkinan akan nampak belang memasing.

Walaupun demikian, jika sekiranya SEMUA Pihak PH tidak menyokong BUDGET 2021  .... ditambah dengan MP BN .... semestinya BUDGET 2021 TIDAK LULUS.


HUBAYA-HUBAYA


Monday 16 November 2020

PENGELUARAN WANG KWSP (RM5000 + RM5000)

 

PERLU DILULUSKAN DENGAN BEBERAPA SYARAT



A.    LATAR BELAKANG 

a)    Bukan semua rakyat Malaysia mampu berdikari semasa COVID19 ini. Bagi yang mampu, tentulah mereka menyatakan sesuatu yang kurang sesuai di pandangan mereka yang amat memerlukannya.

b)    Pengeluaran KWSP yang diviralkan tidak termasuk dalam Budget 2021, jadi Kerajaan PN boleh meluluskan atau tidak meluluskan sebelum Budget 2021.

c)    Kerajaan telah meluluskan pengeluaran sejumlah RM500/bulan selama 10 bulan bersamaan RM5000.

d)    BN/UMNO mencadangkan Kerajaan PN meluluskan terus RM10K secara sejkali gus (one-off) sebagai SYARAT UNTUK MENYOKONG BUDGET 2021.


B.    SYARAT-SYARAT YANG SESUAI UNTUK DIPERTIMBANGKAN 

a)    Kerajaan PN perlu meluluskan sejumlah RM10K secara ....
       -   RM5000 pembayaran pertama.
       -   RM500 selama 10 bulan berikutnya.

b)    Lulus tanpa syarat dan tanpa had bilangan pemohon.


C.    JIKA KWSP KEKURANGAN ALIRAN TUNAI.

a)    Mencagar Aset kepada mana-mana Institusi Kewangan.

b)    Menjual Aset mengikut harga pasaran.


HUBAYA-HUBAYA