Monday, 5 October 2020

JIKA BN MENUKAR ANGIN BERSAMA PKR. APA AKAN BERLAKU DI SABAH DAN PUSAT?

 

DI DALAM POLITIK SEMUA BOLEH BERLAKU
(MARI KITA BERKONGSI PENDAPAT)

A.   LATAR BELAKANG 

1.    TINDAKAN TUN MAHATHIR 


Ramai yang terluka di atas tindakan SECARA LANGSUNG atau tidak secara langsung beliau terhadap pemimpin-pemimpin lain sejak dulu hingga kini.

Terkini, yang terkesan adalah :-
a) Anwar Inrahim
b) Mohd Najib Abd Razak 
c) Muhyiddin Yasin 

YAB TSMY berbaloi kerana telah dan masih menjawat jawatan Perdana Menteri tetapi tidak kepada DSAI dan DSNR. Tidakkah mereka mampu berkompromi dengan sedaya upayanya untuk menerajui kepimpinan negara agar "BERPUASHATI" sebelum menamat karier masing-masing dalam politik negara.

DSAI amat terkilan apabila dinafikan begitu rupa untuk menggantikan TM selaku Perdana Menteri Malaysia.

Sementara, DSNR dilemparkan berbagai pertuduhan yang TIDAK LENGKAP DOKUMEN dan akhirnya 1/8 sahaja yang dibicarakan sepenuhnya dan telah dijatuhkan hukuman. Beliau akan membawa perkara ini ke Mahkamah Rayuan dan saya menjangkakan .... BELIAU AKAN MENANG berdasarkan .... SAKSI-SAKSI YANG HILANG ENTAH KE MANA.



2.   ASALKAN BUKAN DAP (ABDAP).

UMNO tidak akan bersekutu dengan DAP (42 kerusi) ... itu yang dijanjikan kepada Akar Umbi jadi, UMNO/BN tidak akan melakukan PERSEKUTUAn dengan DAP tetapi boleh bersekutu dengan parti-parti lain khasnya PKR, PAS/AMANAH. GPS, WARISAN DLL.


3.   PILIHANRAYA NEGERI SABAH 

Berlaku pertembungan di 17 ADUN di kalangan BN, PN dan PBS dan ini tidak pernah berlaku di dalam Komponen BN dan pergeseran ketika membuat keputusan memilih Ketua Menteri dan Barisan Kabinet Negeri di mana UMNO/BN seolah-olah diperkotak-katikkan oleh Rakan Gabungan Rakyat Sabah khasnya Ketua Menteri yang telah terlantik.


4.   TUNJUK SEBAB DARI PIHAK PAS

Secara terbuka Pemimpin Utama PAS memberi tunjuk sebab terhadap Kepimpinan UMNO walhal boleh dibincangkan dalam Mesyuarat Muafakat Nasional (UMNO + PAS). 


5.   UMNO BUKAN KOMPONEN PERIKATAN NASIONAL 

UMNO tidak pernah menyertai PERIKATAN NASIONAL. UMNO hanya mewujudkan  MUAFAKAT NASIONAL bersama PAS. Yang menyokong Kerajaan Perikatan Nasional adalah AHLI PARLIMEN UMNO secara peribadi BUKANNYA PARTI UMNO itu sendiri.


6.   KEKECEWAAN WARISAN-PLUS DI PRN SABAH 

Warisan begitu kecewa di atas kekalahan mereka di PRN Sabah. Begitu juga BN/UMNO di mana dari 29 kerusi yang dimenangi di PRU 14, hanya tinggal 14 sahaja dan sedihnya .... berlaku 17 pertembungan di kalangan Calon Parti di bawah satu Payung kononnya yang diberinama GABUNGAN RAKYAT SABAH (GRS). Perasaan untuk merampas kembali pucuk kepimpinan negeri memang wujud akan tetapi terpaksa menunggu Pilihanraya akan datang.


B.   APA AKAN TERJADI JIKA ......

1.   PERTUKARAN KERAJAAN NEGERI SABAH 

WARISAN-PLUS (tidak termasuk DAP) mempunyai 26 kerusi DUN (Warisan 23, PKR 2 dan UPKO 1) apabila disatukan dengan BN (14) menjadikan 40 kerusi ... maka TERTUBUHLAH KERAJAAN BARU. 

WARISAN akan mengetuai pentadbiran negeri dan dibantu oleh BN selaku Timbalan Ketua Menteri dan kemungkinan akan disokong oleh PBS (7) dan STAR (6) menjadikan bertambah kukuh iaitu 53/73 kerusi. 

TIDAK TERMASUK 3 BEBAS 


2.   PERTUKARAN KERAJAAN PUSAT 

PARLIMEN mempunyai 221 ahli pada hari ini :- 
1.   43 : BN 
2.   42 : DAP 
3.   38 : PKR 
4.   32 : PPBM 
5.   19 : GPS
6.   18 : PAS
7.   11 : AMANAH 
8.   08 : WARISAN=PLUS 
9.   05 : PEJUANG 
10. 06 : LAIN-LAIN 

Katakan BN dan PKR bergabung dan dikuti oleh AMANAH dan disokong oleh GPS dan Parti-parti lain di Sarawak serta Parti-parti di Sabah seperti PBS, STAR, UPKO dan BEBAS maka terbentuklah KERAJAAN BARU yang majoritinya lebih tinggi dari Majoriti PERIKATAN NASIONAL sekarang ini.

Katakan , BN akan cuba mempelawa dan mampu membina 123/221 kerusi 
1.   PKR 
2.   PAS atau AMANAH 
3.   GPS DLL
4.   WARISAN DLL 

Maka, yang tinggal lagi hanyalah tinggal 
1.   47 : Pakatan Harapan (DAP + PEJUANG)
2.   50 : Perikatan Nasional (PPBM + PAS)
3.   01 : BBNU (Parti Baru)  



 
C.   KESIMPULANNYA

Oleh itu, saya secara peribadi ingin menasihati diri saya dan para pemimpin mana-mana perti agar BERAGENDALAH SECARA RASIONAL demi keharmonian TANAH AIR KITA YANG TERCINTA.

D.   PEMILIHAN BAKAL PM
Ditentukan dalam mesyuarat komponen ... yang terpilih akan jadi PM Ke 9. 

HUBAYA-HUBAYA





No comments:

Post a Comment