Berburu ke padang sasar,
Dapat rusa berbelang kaki,
Jika masih berkurang ajar,
Elok di rotan berbirat di kaki.
A. LATAR BELAKANG
Tapi, hari ini negara kita Malaysia telah dihebohkan apabila YAB TSMY menuturkan PENGGUNAAN ROTAN dalam Temubualnya semalam. Netizen ramai yang melemparkan Ungkapan Negatif beliau.
Kemungkinan, tindakan ini merupakan TINDAKAN KUNO yang tidak sesuai lagi digunakan sekarang ini. Masyarakat Malaysia yang menganggap diri mereka berada di ZAMAN MODEN dan MEROTAN tidak sesuai lagi bahkan tidak dilakukan di sekolah. Cuma yang ada hanyalah di penjara sahaja.
B. TINDAKAN PENGUATKUASA DI NEGARA CHINA (CONTOH 1)
Mari kita lihat rakamannya di bawah ini.
TERHADAP AHLI MASYARAKAT DI CHINA
C. PENGGUNAAN ROTAN DI INDIA (CONTOH 2)
Penggunaan ROTAN dalam penguatkuasaan SOP Covid19 telah dilakukan oleh Negara Lain khasnya bagi negara YANG KURANG MAMPU membayar kompaun seperti India dll.
Di India, sememangnya rotan adalah salah satu ALAT PENGUATKUASAAN RASMI di negara mereka khasnya Pasukan Polis. Jadi, mereka mengganggap bahawa ROTAN bukanlah KUNO bahkan diterima secara positif.
Contoh Penggunaan Rotan : KLIK DI SINi
D. LANGKAH PENGUATKUASA MASA KINI
Anda boleh memilih apakah tindakan yang sesuai selain dari KHIDMAT NASIHAT, PENERANGAN dsbnya yang telah dilakukan sejak Mac 2020 lalu.
D.1 MELANGGAR SOP
a) Kompaun maksimum RM1,000
D.2 ENGKAR PERINTAH
a) Denda melebihi RM1,000
b) Penjara
(Tidak boleh dikenakan 2 HUKUMAN dalam 1 kes)
E. LANGKAH PENGUATKUASAAN TAMBAHAN
a) D.1
b) D.2
c) Rotan (Tanpa D.1 dan D.2)
d) Rotan dan D.1 atau D.2 (jika melawan)
F. KESIMPULANNYA.
Hanya DUA ORANG SAHAJA yang telah diberikan KUASA UNTUK MENGUATKUASAKAN SOP COVID19.
Selain dari mereka, tidaklah dianggap SOP atau PENGUATKUASAAN YANG PERLU DIPATUHI termasuklah YAB Perdana Menteri Malaysia.
1. Menteri Kanan (Pertahanan)
2. Pengarah Kesihatan Malaysia
Jadi, apa yang diajukan oleh YAB TSMY itu adalah kita anggap .... umpama ayah menegur anak .... "Jangan degil ... nanti ABAH rotan".
No comments:
Post a Comment