Tuesday, 20 October 2020

HEBATNYA TUN M. TUBUHKAN DUA UMNO

 

UMNO (ASAL)
UMNO (BARU)
UMNO (PPBM)


A.    LATAR BELAKANG

Tahun 1986, berlaku pergeseran di kalangan para pemimpin UMNO hingga terbunuhnya UMNO (Lama) atas sebab tertentu dengan alasan yang boleh dipertikaikan. Ahli UMNO lintang pukang dan harta UMNO hilang entah ke mana (hingga kini tak dapat dikesan).

Tahun 1988, Tun M menubuhkan UMNO (Baru) dan menyingkirkan ramai tokoh UMNO (lama) termasuklah YBM Tengku Razaleigh Hamzah.

Setelah tidak diterima menjadi Ahli UMNO (Baru), kumpulan ini menubuhkan Semangat 46 (S46) tetapi tidak bertahan lama, akhirnya mereka diterima menyertai UMNO (Baru).

Sebelum PRU 14, berlaku pergeseran lagi di kalangan para pemimpin UMNO (Baru) hingga terpecat/terkeluarnya beberapa pemimpin termasuklah TSMY dan Tun M.

Tun M lagi sekali telah menubuhkan sebuah parti baru yang juga namanya PPBM tetapi berjenama UMNO. 

UMNO (PPBM)


B.    PARTI-PARTI BERJENAMA UMNO

Jadi, Tun M telah menubuhkan DUA PARTI UMNO dalam tempoh 30 tahun.

1.    UMNO (Baru) menggunakan semua SEJARAH UMNO (ASAL) walhal parti ini ditubuhkan di Tahun 1988.

2,    UMNO (PPBM) menggunakan sebahagian dari CIRI-CIRI UMNO (ASAL).


C.    TUN M MUDAH LUPA 

Semasa penubuhan UMNO (Baru), Tun M mempastikan semua para penentangnya dalam Pemilihan MKT UMNO 1986 tidak tersenarai dan disebabkan kuasa ada di tangan .... ramai tersingkir.

Selepas UMNO (PPBM), beliau cuba melakukan perkara yang sama apabila meletakkan KUASA MEMILIH KEAHLIAN di tangan anaknya. Ini mendapat tentangan DALAMAN di mana ramai yang mengharapkan ramai menyertai UMNO (PPBM).

Pergerakan yang dilakukan seolah-olah SKRIP 1988 tetapi MELAYU TAK MUDAH LUPA ... cuma TUN MUDAH LUPA bahawa para pemimpin UMNO (PPBM) telah bersedia untuk mengelakkannya berkuasa sepanjang zaman atas agenda yang tak pasti seolah-olah berkuasa di hati.

Lantaran perkara-perkara tertentu, sekumpulan Pemimpin UMNO (PPBM) tlah disingkirkan dari parti. Tun M sendiri dipecat melalui surat yang dimandatkan oleh pucuk pimpinan kepada SUK UMNO (PPBM) iaitu Suhaimi Yahya yang dianggap "BUDAK PEJABAT" oleh pihak berkenaan.

Suhaimi Yahya (tengah)
SUK UMNO (PPBM)

Teringat, bagaimana peritnya jiwa Ahli-ahli UMNO (Asal) yang dinafikan menyertai UMNO (Baru) begitu juga rasanya Tun M dan kumpulannya apabila dinafikan dari UMNO (PPBM).

Kumpulan Ku Li akhirnya menubuhkan S46, sementara Tun M telah menubuhkan PEJUANG sebuah parti baru yang tidak lagi BERJENAMA UMNO. 


KESIMPULANNYA 

"JERAT TAK PERNAH MEMILIH MANGSA" ... kadang-kadang Si Penjerat yang lupa akan jeratnya.


HUBAYA-HUBAYA 




No comments:

Post a Comment