DIJAWAB OLEH
Pakar Perlembagaan Prof Dr Shamrahayu A. Aziz
1. Apakah maksud darurat.
Darurat maksudnya suatu keadaan berkaitan keselamatan, ekonomi dan
ketenteraman awam yang tidak dapat dikawal melalui sistem pentadbiran biasa.
Pengisytiharan darurat adalah suatu pemasyhuran yang dibuat oleh Yang
di-Pertuan Agong melalui suatu pewartaan bahawa keadaan tersebut telah wujud
atau hampir berlaku.
2.
Apakah kesan pengisytiharan darurat
Kesan umum pengisytiharan darurat ialah, Perlembagaan digantung dan
pentadbiran negara adalah ditentukan oleh pihak eksekutif.
Tentera juga boleh mengambil alih teraju dalam hal berkaitan keselamatan
sekiranya keadaan memerlukan, lebih-lebih lagi apabila darurat diisytiharkan
kerana berlakunya ancaman kepada keselamatan negara.
Parlimen masih boleh bersidang sekiranya tidak dibubarkan.
Ketika proklamasi darurat berkuat kuasa, kuasa eksekutif Persekutuan
adalah juga meliputi semua perkara dalam kuasa perundangan Negeri dan memberi
arahan kepada kerajaan negeri atau mana-mana pegawai atau pihak berkuasa
Negeri. (Perkara 150(4)).
Kesan lain, dari segi pentadbiran dan perundangan dibincangkan dalam
jawapan kepada soalan seterusnya.
3.
Adakah pengisytiharan darurat dibenarkan oleh
Perlembagaan
Perlembagaan membenarkan pengisytiharan darurat melalui Perkara 150
Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 150 adalah satu daripada tiga peruntukan yang berada di bawah
Bahagian XI Perlembagaan Persekutuan, iaitu Bahagian berkaitan Kuasa Khas
Menentang Perbuatan Subversif, Keganasan Terancang, Dan Perbuatan Dan Jenayah
Yang Memudaratkan Orang Awam Dan Kuasa Darurat.
Bahagian XI ini membenarkan undang-undang bagi tujuan pencegahan dibuat,
termasuklah tahanan pencegahan bagi tujuan menangani keadaan darurat.
4. Apakah
yang membolehkan Yang di-Pertuan Agong membuat pengisytiharan darurat
Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan darurat di bawah Per 150(1)
Perlembagaan Persekutuan jika darurat besar kepada keselamatan atau kehidupan
ekonomi atau ketenteraman awam dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya
(TELAH) wujud.
Di bawah Perkara 150(2), Yang di-Pertuan Agong juga boleh membuat
proklamasi darurat sekiranya baginda berpuas hati ancaman darurat besar, atas
sebab keselamatan negara, atau kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam HAMPIR
BENAR berlaku.
Tiga asas atau alasan boleh digunakan oleh Yang di-Pertuan Agong bagi
membuat pengisytiharan darurat, iaitu, ancaman ke atas
i. Keselamatan negara; atau
ii. Kehidupan ekonomi; atau
iii. Ketenteraman awam
5. Bilakah
dan di manakah darurat boleh diisytiharkan
Darurat boleh diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada bila-bila
masa, sama ada semasa Parlimen masih ada, sedang bersidang atau pun tidak, atau
juga semasa parlimen bubar.
Syarat yang diperlukan ialah, telah dibuktikan elemen yang dinyatakan,
iaitu ancaman atau darurat atas keselamatan, kehidupan ekonomi atau
ketenteraman awam telah atau hampir benar berlaku.
Darurat boleh diisytihar atas seluruh Persekutuan atau mana-mana
bahagian dalam Persekutuan. Perkara 150(1) dan (2).
6. Adakah Yang
di-Pertuan Agong membuat pengisytiharan darurat atas kuasanya sendiri atau atas
nasihat Perdana Menteri
Pengisytiharan darurat ialah kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong.
Kuasa prerogatif ringkasnya bermaksud kuasa yang dimiliki oleh institusi
beraja dari awal bahkan jauh sebelum gubalan Perlembagaan Persekutuan bagi
Tanah Melayu (Malaysia).
Kuasa tersebut kekal dalam milik institusi beraja. Walau bagaimana pun
persoalan timbul ialah adakah kuasa prerogatif tersebut dilaksanakan secara
budi bicara atau atas nasihat Perdana Menteri?
Perkara 150(1) menyatakan “Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati
bahawa suatu darurat besar sedang berlaku yang menyebabkan keselamatan, atau
kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana
bahagiannya terancam, maka Yang di-Pertuan Agong boleh mengeluarkan suatu
Proklamasi Darurat dengan membuat dalamnya suatu perisytiharan yang bermaksud
sedemikian”.
Frasa “Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati” atau dalam bahasa
Inggeris, “if the Yang di-Pertuan Agong is satisfied” menjadi persoalan,
adakah puas hati Yang di-Pertuan Agong seorang diri (as sole judge) atau
atas nasihat.
Beberapa keputusan kes telah membuat pernyataan tentang perkara ini.
Kes Stephen kalong Ningkan (No.2) (tahun 1968) menyatakan bahawa Yang
di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan darurat sekiranya baginda berpuas hati.
Barakbah Lord President, dalam keputusan majoriti menyatakan “….In my
opinion the Yang di-Pertuan Agong is the sole judge…”
Walaubagaimana pun, keputusan kes Teh Cheng Poh oleh Privy Council pada
tahun 1979 menyatakan tindakan Yang di-Pertuan Agong adalah atas nasihat Jemaah
Menteri.
Ini adalah kedudukan undang-undang yang disepakati.
Lord Diplock menyatakan:
“Although this, like other powers under the Constitution, is conferred
nominally upon the Yang di Pertuan Agong by virtue of his office as the Supreme
Head of the Federation and is expressed to exercisable if he is satisfied of a
particular matter, his functions are those of a constitutional monarch and
except on certain matters that do not concern the instant appeal, he does not
exercise any of his functions under the Constitution on his own initiative but
is required by Article 40(1) to act in accordance with the advice of the
Cabinet.
So when one finds in the Constitution itself or in a Federal law powers
conferred upon the Yang di-Pertuan Agong that are expressed to be exercisable
if he is of opinion or is satisfied that a particular state of affair exists or
that particular action is necessary, the reference to his opinion or
satisfaction is in reality a reference to the collective opinion or
satisfaction of the members of the Cabinet, or the opinion or satisfaction of a
particular Minister to whom the Cabinet have delegated their authority to give
advice upon the matter in question”.
Justeru, menerusi keputusan kes Teh Cheng Poh ini, pengisytiharan
darurat oleh Yang di-Pertuan Agong perlu dibuat atas nasihat Perdana Menteri,
atau Jemaah Menteri, atau seorang Menteri yang diberikan kuasa oleh Jemaah
Menteri.
7: Adakah Keputusan Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytihar darurat dan membuat Ordinan semasa darurat boleh dipersoalkan (justiciable)
Keputusan kes Stephen kalong Ningkan (No.2) secara nyata Barakbah Lord
President, dalam keputusan majoriti menyatakan “….In my opinion the Yang
di-Pertuan Agong is the sole judge and once His Majesty is satisfied that a
state of emergency exists, it is not for the court to inquire as to whether of
not he should have been satisfied”.
Maksudnya, menurut Ketua Hakim Barakbah, mahkamah tidak boleh
mempersoalkan tindakan Yang di-Pertuan Agong.
Pandangan majoriti ini disanggah oleh Ong Hock Thye, Hakim Mahkamah
Persekutuan, dalam penghakiman sama. Hakim Ong Hock Thye menyatakan pandangan
minoriti.
Beliau menyatakan:
“His Majesty is not an autocratic ruler since Article 40(1) of the
Federal Constitution provides that “in the exercise of his function under this
Constitution or federal law the Yang di-Pertuan Agong shall act in accordance
with the advice of the Cabinet…Article 150 specifically provide that the
emergency must be one ‘whereby the security or economic life of the Federation
or any part thereof is threatened.. If those words of limitation are not
meaningless verbiage….Article 150 does not confer on the Cabinet an untrammeled
discretion to cause an emergency to be declared at their mere whim and fancy.”
Maksudnya, Yang di-Pertuan Agong bukan memerintah secara autokratik
kerana baginda bertindak atas nasihat.
Dalam pelaksanaan kuasa baginda, mahkamah boleh memeriksa keputusan yang
dibuat oleh baginda dan juga Jemaah Menteri ketika membuat proklamasi darurat
supaya ia terhad kepada keadaan yang disebut, iaitu keselamatan negara dan
kehidupan ekonomi.
Perkara 150 tidak memberikan kuasa budi bicara yang tidak teratur.
Keputusan Teh Cheng Poh, seperti yang dipetik di atas adala juga
menyatakan tindakan Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 150 boleh disemak
oleh mahkamah.
Selepas keputusan kes Teh Cheng Poh seperti yang dipetik di atas,
Perlembagaan Persekutuan telah dipinda dengan memasukkan peruntukan yang secara
jelas TIDAK membenarkan mahkamah menyemak keputusan Yang di-Pertuan Agong, atau
apa-apa tindakan yang dibuat oleh baginda berkenaan kuasa, fungsi dan peranan
di bawah Perkara 150. Hal ini terdapat pada Perkara 150(8) yang menyatakan:
Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan Persekutuan ini –
(a) hal puas hati Yang di-Pertuan Agong yang disebut Fasal (1) dan Fasal
(2B) adalah muktamad dan konklusif dan tidaklah boleh dicabar atau dipersoalkan
di dalam mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan; dan
(b) tiada mahkamah boleh mempunyai bidang kuasa untuk melayan atau
memutuskan apa-apa permohonan, soal atau prosiding, dalam apa-apa jua bentuk,
atas apa-apa alasan, mengenai kesahan
(i) sesuatu Proklamasi di bawah Fasal (1) atau sesuatu perisytiharan
yang dibuat dalam Proklamasi itu yang bermaksud seperti yang dinyatakan dalam
Fasal (1):
(ii) kuat kuasa berterusan Proklamasi itu;
(iii) mana-mana ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2B); atau
(iv) penerusan kuat kuasa mana-mana ordinan itu.
Walaupun begitu, Fasal 8 ini belum diuji di mahkamah.
8. Apakah kuasa Yang di-Pertuan Agong berkaitan Pengisytiharan Darurat
Kuasa Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 150 mengenai pengisytiharan
darurat termasuk kuasa untuk membuat proklamasi yang berlainan atas alasan
berlainan atau keadaan berlainan.
Ini bermaksud Yang di-Pertuan Agong boleh membuat beberapa proklamasi darurat pada masa sama atau pada masa berlainan. Hal ini terdapat dalam Perkara 150(2A).Bilakah Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan Darurat
9. Bilakah Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan Darurat
Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan dan menguatkuasakan
darurat ketika Majlis Parlimen masih ada, sama ada semasa berlaku persidangan
atau tidak, atau ketika Parlimen telah dibubarkan.
10: Apakah peranan Yang di-Pertuan Agong semasa Darurat
Sekiranya proklamasi dibuat semasa Majlis Parlimen tidak bersidang
serentak, Yang di-Pertuan Agong boleh memasyhurkan undang-undang, yang
dinamakan Ordinan, sekiranya baginda berpuas hati hal atau keadaan tertentu
menyebabkan perlu bagi baginda mengambil tindakan serta merta. Ini disebut
dalam Perkara 150(2B).
Maksud “Majlis Parlimen tidak bersidang serentak” boleh difahami dalam
fasal (9) Perkara 150, yang memperuntukkan “Majlis-Majlis Parlimen hendaklah
dikira sebagai bersidang HANYA jika ahli setiap Majlis itu masing-masingnya
berhimpun bersama dan menjalankan urusan Majlis”.
Sekiranya Parlimen telah mula bersidang secara serentak, kuasa Yang
di-Pertuan Agong terhenti dan kuasa perundangan dipulangkan kepada Parlimen.
Sekiranya Parlimen telah kembali bersidang secara serentak, semua kuasa
membuat undang-undang kembali kepada Parlimen walaupun keadaan darurat masih
berlangsung.
Walaubagaimana pun, Parlimen boleh membuat Ordinan untuk memberikan
kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membuat undang-undang (keputusan Privy
Council dalam kes Teh Cheng Poh).
Semasa keadaan darurat ini Parlimen boleh membuat Ordinan jika didapati
oleh Parlimen dikehendaki bagi tujuan darurat dan prosedur perundangan boleh
diketepikan.
Undang-undang ini adalah sah walaupun ia tidak selaras dengan
Perlembagaan Persekutuan.
Dalam kes En Keok Cheng, Wylie C.J menyatakan, “The true effect
of Article 150 is that, subject to certain exceptions set out therein,
Parliament has, during an emergency, power to legislate on any subject and to
any effect, even if inconsistencies with articles of the Constitution
(including the provisions on fundamental liberties) are involved”.
Fasal (2C) Perkara 150 menyatakan “…Parlimen berkuasa membuat
undang-undang, tanpa menghiraukan tatacara perundangan atau tatacara lain yang
dikehendaku diikuti, atau perkadaran jumlah undi yang dikehendaki diperoleh
dalam mana-mana satu Majlis Parlimen”.
Lihat juga Perkara 150(5), yang mana Parlimen boleh membuat
undang-undang tanpa persetujuan atau keizinan, atau tanpa perundingan bersama
mana-mana pihak sebagaimana disyaratkan oleh undang-undang.
Parlimen tidak boleh membuat Ordinan darurat dalam beberapa perkara
tertentu sahaja, iaitu Hukum Syarak (Undang-Undang Islam), adat Melayu atau
undang-undang atau adat anak Negeri di Sabah dan Sarawak.
Parlimen juga tidak boleh membuat Ordinan yang tidak selaras dengan
peruntukan Perlembagaan dalam perkara berhubungan dengan agama, kewarganegaraan
atau bahasa. (Lihat 150(6A)).
Proklamasi darurat dan Ordinan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong
semasa darurat hendaklah dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen
apabila keduanya bersidang serentak.
12. Apakah kesan Ordinan yang dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong semasa Darurat
Ordinan yang dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong itu adalah berkuat
kuasa dan berkesan seolah-olah ia adalah Akta Parlimen.
Ia boleh berkesan sehingga dibatalkan. Setelah Parlimen bersidang,
Ordinan yang dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong hendaklah dibentangkan di
hadapan kedua-dua Majlis Parlimen.
Ordinan tersebut boleh diteruskan sekiranya diluluskan dan hendaklah
dihentikan sekiranya tidak diluluskan oleh Parlimen.
Sekiranya Ordinan tersebut tidak diluluskan oleh Parlimen, ia tidak
memberi kesan ke atas apa jua yang berlaku sebelum itu menurut kuat kuasa
Proklamasi darurat atau Ordinan.
Bahkan, ketidaklulusan oleh Parlimen juga tidak menjejaskan kuasa Yang
di-Pertuan Agong untuk membuat proklamasi darurat yang lain atau Ordinan yang
lain bagi tujuan darurat lain tersebut. (Yang di-Pertuan Agong boleh membuat
beberapa proklamasi pada masa sama atau pada masa berbeza, atas sebab yang sama
atau atas sebab yang berbeza).
Melihat kepada kuasa yang ada pada Yang di-Pertuan Agong, yang mana
baginda boleh, sekiranya perlu dan baginda berpuas hati, memasyhurkan apa-apa
ordinan semasa dua Majlis (Dewan) Parlimen tiada atau tidak bersidang serentak,
maka sekiranya baginda berpuas hati dan perlu bagi memasyhurkan apa-apa
perbelanjaan negara, baginda boleh berbuat demikian.
Namun setiap Ordinan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong hendaklah
dibentangkan kepada kedua Majlis Parlimen setelah keduanya bersidang serentak.
Ordinan tersebut boleh dirungkaikan oleh resolusi yang dibuat oleh Parlimen.
(Lihat Perkara 150(2) dan (3)).
14. Bilakah Darurat akan Berakhir dan siapa yang mengumumkan darurat telah berakhir
Perkara 150 tidak menyebut secara nyata tentang isu pengungkaian
(annulling) proklamasi darurat – bila dan siapa.
Perkara 150(3) menyebut secara tidak langsung, “Proklamasi Darurat dan
apa-apa ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2B) … hendaklah terhenti
berkuat kuasa jika ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis yang
mengungkaikan Proklamasi…” Frasa yang bergaris ini menunjukkan pengungkaian
(annulment) suatu proklamasi dan undang-undang darurat yang dibuat oleh Yang
di-Pertuan Agong itu boleh dibuat melalui resolusi yang diluluskan oleh
kedua-dua Majlis Parlimen.
Kes The Cheng Poh menyatakan:
"The power to revoke, however, like the power to issue a
proclamation of emergency, vests in the Yang di-Pertuan Agong, and the
Constitution does not require it to be exercised by any formal instrument. In
their Lordships' view, a proclamation of a new emergency declared to be
threatening the security of the Federation as a whole must by necessary
implication be intended to operate as a revocation of a previous Proclamation,
if one is still in force."
15. Apakah akan berlaku kepada Ordinan yang dibuat semasa darurat apabila darurat berakhir
Ordinan yang dibuat bagi tujuan darurat hendaklah terhenti berkuatkuasa
setelah tamat tempoh enam bulan dikira dari tarikh Proklamasi Darurat terhenti
berkuat kuasa.
Maksudnya Ordinan tersebut boleh berkuat kuasa lagi sehingga habis
tempoh enam bulan dari tarikh darurat berakhir. (Lihat Perkara 150(7)).
Petikan Dari : KLIK DI SINI
No comments:
Post a Comment