Monday, 18 June 2012

PERSEKUTUAN TANAH MELAYU : 2. PERKEMBANGAN TAHUN 1946 - 1948


Penentangan Perseketuan Tanah Melayu (PTM)  berbeza dari Malayan Union (MU) terutamanya yang berkaitan dengan hak istimewa orang Melayu, kekuasaan dan kewibawaan Sultan dan syarat kerakyatan. Pada 15 Disember 1946, Jawatan Perunding yang terdiri daripada 5 pegawai Eropah, 2 wakil Cina dan 2 wakil India telah ditubuhkan untuk meninjaukan pandangan orang bukan Melayu terhadap draf perlembagaan Jawatankuasa Kerja. Jawatankuasa Perunding telah mengemukakan laporan mereka pada 21 Mac 1947 yang mengandungi beberapa pindaan ke atas draf perlembagaan Jawatankuasa Kerja.


Dalam usaha untuk menentang draf perlembagaan tersebut, mereka telah menubuhkan All Malayan Council of Joint Action (AMCJA) pada 22 Disember 1946. AMCJA dipimpin oleh Dato’ Tan Cheng Lock sebagai Presiden dan John Eber sebagai Setiausaha. 
DATO' TAN CHENG LOCK

CHING PENG
PKM

Antara pertubuhan yang menyertai AMCJA ialah Malayan Democratic Union, Malayan Indian Congress, Pan-Malayan Federation of Trade Union, Malayan People Anti-Japanese Ex-Services Comrades Association dan Parti Komunis Malaya. Mereka telah mengemukakan beberapa cadangan untuk dilaksanakan dalam perlembagaan baru di Tanah Melayu. 


Antara cadangan itu ialah:
a.         Pernyatuan Tanah Melayu dengan Singapura sebagai 
      satu unit politik.
b.         Pemerintahan sendiri akan dijalankan melalui badan    perundangan pusat yang ahlinya dipilih.
c.         Kerakyatan yang sama yang memberi hak dan peluang 
      yang sama kepada semua warganegara tanpa mengira 
      bangsa dan keturunan.

AMCJA telah mendesak supaya British membatalkan semua persetujuan yang telah dicapai antara British dengan Raja-raja Melayu dan UMNO. Mereka juga mahu AMCJA diterima sebagai wakil bukan Melayu.

Pada 22 Disember 1947, golongan kiri orang Melayu telah menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) untuk menentang draf perlembagaan Jawatankuasa Kerja. PUTERA dianggotai oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pimpinan Dr. Burhannuddin, Angkatan Pemuda Insaf (API) pimpinan Ahmad Boestamam dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS) pimpinan Shamsiah Fakeh. PUTERA juga mengemukakan beberapa cadangan untuk dilaksanakan dalam perlembagaan baru Tanah Melayu. 


DR BURHANUDDIN HELMY
PKMM

AHMAD  BOESTAMAN
API

SHAMSIAH FAKEH
AWAS
Antaranya ialah:
a.         Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Tanah Melayu.
b.         Pemerintahan sendiri akan dijalankan di mana hal-ehwal    
      luar dan pertahanan menjadi tanggungjawab bersama  
      Kerajaan British dengan Kerajaan Tanah Melayu.
c.       Perkataan “Melayu” mesti digunakan sebagai rupa  
      bangsa warganegara Tanah Melayu.
d.       Bendera Tanah Melayu mesti mengandungi warna-warna 
      kebangsaan Tanah Melayu.

Pada 16 Mac 1947, PUTERA telah bergabung dengan AMCJA yang menguatkan penentangan mereka terhadap draf perlembagaan Jawatankuasa Kerja. Mereka telah mengemukakan “perlembagaan rakyat” yang merupakan gabungan cadangan PUTERA dan AMCJA untuk dilaksanakan dalam perlembagaan baru Tanah Melayu.


Mereka juga telah melaksanakan “hartal” di seluruh Tanah Melayu pada 19 Oktober dan 20 Oktober 1947 untuk menunjukkan bantahan mereka terhadap draf perlembagaan Jawatankuasa Kerja serta menunjukkan kekuatan mereka.


Walau bagaimanapun, British tidak berminat untuk menerima cadangan PUTERA-AMCJA. British menerima draf perlembagaan Jawatankuasa Kerja yang dijadikan asas perlembagaan PTM. Pada 21 Januari 1948, Raja-raja Melayu dan wakil Kerajaan British menandatangani persetujuan penubuhan PTM. Pada 1 Februari 1948, lahirlah PTM secara rasminya.

No comments:

Post a Comment