Tuesday 19 June 2012

DATUK TAN MOHD AMINUDDIN ISHAK (EXCO PAHANG) MENINGGAL DUNIA - AL FATIHAH

Datuk Tan Mohd Aminuddin Ishak adalah ahli politik UMNO/BN dari negeri PahangMenteri Besar Pahang melantik beliau sebagai Exco Pahang sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Felda Pahang.

Anak jati Chenor itu merupakan Ketua Umno Bahagian Maran dan telah lima penggal menjadi anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Chenor. Beliau juga pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri Besar Pahang.

Meninggal dunia

Pada 18 jun 2012, Tan Aminuddin meninggal dunia pada usia 64 tahun di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah,  Temerloh. Beliau dimasukkan ke hospital itu pada 8 Jun 2012 kerana mengalami cirit-birit serta muntah muntah dan kemudiannya ditempatkan di ICU akibat komplikasi penyakit lain termasuk tekanan darah tinggi, sakit jantung dan kencing manis. Jenazah dikebumikan di Kampung Machang Gelap, Seberang Chenor, Maran.


ALLAHYARHAM
DATUK TAN MUHAMAD AMINUDDIN ISHAK
EXCO KERAJAAN NEGERI PAHANG DM

Berita kematiannya akan menyebabkan Pucuk Pimpinan terpaksa mencari Pengganti untuk DUN yang Allahyarham wakili.

AL FATIHAH.


No comments:

Post a Comment