Monday 18 June 2012

PERSEKUTUAN TANAH MELAYU : 5. PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANU AH MELAYU 1957


Perlembagaan PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957


LAUNGAN KEMERDEKAAN DI STADIUM MERDEKA

1.         PTM yang merdeka mempunyai seorang Raja sebagai ketua negara. Baginda dikenali sebagai Yang Dipertuan Agong. Baginda akan dipilih di kalangan Raja-raja Melayu untuk tempoh 5 tahun. Baginda menjadi Raja Berperlembagaan dengan mengikut nasihat Jemaah Menteri Persekutuan serta Majlis Raja-raja.

2.         Majlis Raja-raja dianggotai oleh 9 orang Raja Melayu dan 2 orang Yang Dipertua dari Melaka dan Pulau Pinang
.
3.         Nasihat Majlis Raja-raja dikehendaki dalam perlantikan hakim, suruhanjaya pengundi dan perkhidmatan, kedudukan dan hak istimewa orang Melayu.

4.         Kuasa kerajaan terletak atas tangan Parlimen yang mempunyai 2 dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Ahli Dewan Rakyat akan dipilih pada setiap 5 tahun. Manakala bagi Dewan Negara, ia terdiri daripada 22 ahli yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri dan 16 ahli yang dilantik oleh Yang Dipertuan Agong.

5.         Di setiap negeri, Sultan atau Gabenor memilih Menteri Besar atau Ketua Menteri dari parti yang mendapat suara majoriti dalam Dewan Undangan Negeri.

6.         Bidang kuasa bagi kerajaan persekutuan dan negeri akan diselesaikan melalui Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama.

7.         Perdana Menteri menjadi ketua pentadbir Negara.

8.         Taraf kewarganegaraan:
a.         Orang yang lahir dalam PTM pada atau selepas Hari Kemerdekaan.
b.         Orang yang berumur 18 tahun ke atas yang dilahirkan di PTM dan telah bermastautin di situ selama 5 dari 7 tahun serta boleh bertutur Bahasa Melayu dan mengangkat sumpah taat setia.
c.         Orang yang berumur 21 tahun ke atas yang dilahirkan di PTM dan telah bermastautin di situ selama 8 dari 12 tahun boleh memohon dengan syarat boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dan mengangkat sumpah taat setia.
d.         Dwi kewarganegaraan tidak dibenarkan kecuali kewarganegaraan Komanwel.

9.         Hak asasi dijamin.

10.     Hak istimewa orang Melayu terjamin.

11.     Islam menjadi agama rasmi tetapi semua orang bebas beragama.

12.     Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi.

No comments:

Post a Comment