Aku dah menetap di Daerah Manjung sejak 1997 lagi dan sedikit sebanyak terlibat sama secara TIDAK LANGSUNG dengan kegiatan politik tempatan.
Kerusi Pilihan Raya di Parlimen Lumut dibahagikan kepada empat (4) kawasan:-
P074 : LUMUT
BN/MCA = MENANG
PKR = KALAH SEJAK 1999
BN/MCA = KALAH SEJAK DIWUJUDKAN
DAP : MENANG
BN/MIC = KALAH DI PRU 2008
PAS = MENANG DI PRU 2008
PAS = MENANG DI PRU 2008
BN/UMNO = MENANG
PKR = KALAH
Sejak 1999, PKR bertungkus lumus untuk memenangi mana-mana kerusi yang peruntukan tapi GAGAL.
Sementara PAS telah berjaya menakluki kerusi yang diperuntukan kepada Parti ini iaitu N51 Pasir Panjang di PRU 2008 yang lalu walaupun kalah sebelumnya.
Ditambahkan masalahnya lagi, Ketua dan Timbalan Ketua PKR Cabang Lumut telah bertukar tangan (KERANA KALAH BERTANDING PEMILIHAN CABANG ) dari Pemimpin PKR (Melayu) ke tangan calon LUAR JANGKAAN iaitu En. Shanmugam sebagai Ketua dan Dr Shanmugam sebagai Timbalannya.
EN SHANMUGAM
KETUA PKR CABANG LUMUT
Selepas kekalahan Pemimpin PKR (Melayu) dalam pemilihan lalu, kegiatan Cabang Lumut adalah sekadar syarat sahaja. PKR Cabang Lumut didapati kurang beraktiviti jika ada pun hanyalah ketika MENYAMBUT KUNJUNGAN PEMIMPIN PUSAT atau bersama-sama PROGRAM DAP dan PAS Parlimen Lumut.
PRU 13 kian hampir. ADUN N51 Pasir Panjang, YB DS Nizar telah menyatakan bahawa beliau akan mempertahankan kerusinya di situ. Keputusannya itu telah memeranjatkan ramai penyokong PAS Tempatan khasnya BAKAL CALON yang telah diwar-warkan iaitu Laksamana (B) Hj Imran Abd Hamid.
Jika sekiranya, Pucuk Pimpinan PAS menerima KENYATAAN DS NIZAR itu, terpaksalah Hj. Imran MEREMPUH TRADISI PAKATAN PEMBANGKANG selama ini iaitu BERTANDING di :-
1. P074 LUMUT melawan YB Dato' Seri Kong Cha Ha, Menteri Pengangkutan Malaysia
atau
2. N52 PANGKOR melawan YAB Dr Zambry Abd Kadir, Menteri Besar Perak.
KESIMPULANNYA ......
Laksamana (B) Hj Imran Abd Hamid serta Penyokong PAS terpaksa MENEMBUSI KOUTA TRADISI PAKATAN PEMBANGKANG terlebih dahulu sebelum bertanding dengan mana-mana Calon BN yang sedia menunggu.
Jadi, pada andaian saya .... jika PAS BERJAYA MENEMBUSI TRADISI .... P074 LUMUT adalah Pilihan Pertama diikuti N52 Pangkor tetapi perlu diingat .... kedua-dua CALON BN YANG MENUNGGU bukanlah calang-calang lawan kerana SEBAGAI CONTOH, pada minggu ini sahaja .... mereka telah BERJAYA mengumpulkan Warga Lumut yang dianggarkan PULUHAN RIBU tidak termasuk aktiviti lain sejak dahulu lagi hingga kini TANPA MENGIRA KAUM, AGAMA DAN SOSIO EKONOMI.
3. PANGKOR
Jadi, saya mengandaikan .... YANG MENANG HANYALAH N50 SITIAWAN di mana DAP yang bertanding sementara Calonnya adalah YB Ngeh Koo Ham, Pengerusi DAP Perak
DAN
PESANAN IKHLAS DARI SAYA
YANG MENUNGGU SUDAH TENTU
NAMPAK JASANYA
TAPI
YANG DATANG BELUM TAU
WALLAHHUALAM
Ayat terakhir tu mendalam maksudnya..
ReplyDeleteYANG MENUNGGU SUDAH TENTU
NAMPAK JASANYA
TAPI
YANG DATANG BELUM TAU
Saya nak share di fb...
silakan
DeleteCigu Lin apa yang bermegah sangat dengan UMNO-BN. Semua yang hadir itu terpaksa hadir kerana arahan dan dipaksa datang. Saya lihat ramai budak sekolah yang hadir bukannya orang dewasa, jika orang dewasa adalah melalui arahan atau dipakasa datang. Yang hadir itu diberi umpan atau imbuhan dan juga jamuan yang mengenyangkan sepuas-puasnya walau pun ada yang tak cukup peruntukkan yang membuat mereka berasa hampa. Disebaliknya jika program PR yang ramai datang itu adalah secara sukarela dab mereka menghulurkan sumbangan untuk majlis tersebut dengan sukarela. Lihat sahaja ceramah-ceramah perdana yang dibuat oleh PR ramai yang datang dari jauh dan dekat semata-mata hendak mendengar penerangan dari pihak PR.
DeleteYang sekarang jasanya ialah mengkayakan kaum kerabat dan kroninya dan akan datang penduduk Manjung mahu perubahan yang lebih baik. Bukan jasa tetapi adalah tanggungjawab sebagai wakil rakyat, wang adalah Kerajaan yang beri duit orang ramai yangdiamanahkan bukan wang sendiri. Jika tidak melakukan tanggungjawab sebagai wakil rakyat lebih baik letak jawatan atau tarik diri, buat menghaniskan beras sahaja.
DeletePerubahan apaa benda nyer
Delete11 bulan ... MB, EXCO 2 orang
Apa yang ada nampak masa tu?