Sunday, 24 June 2012

KENAPA KAU TINGGALKAN DAKU .... MEMANG SALAH AKU ?



Aku naik bas dari Ipoh ke Butterworth sebab tak ada bas lagi ke Kangar. Sampai di Bagan, aku terus naik bas ke Kuala Perlis.

STESEN BAS BUTTERWORTH SEDANG DIBAIKI
(KONTRAKTOR KELAS "F" KER TU?)

Tersenyum aku, apabila penjual tiket menyatakan bas akan terus ke Kuala Perlis. Dengan yakinnya, aku naik bas berkenaan dan sempat jugak melelapkan mata beberapa kali.

Selepas Kangar, pemandu pun bertanya kebetulan tinggal aku seorang sahaja yang berada dalam bas berkenaan.

STESEN BAS KANGAR
(SESUAI DENGAN JUMLAH PENDUDUKNYA)

"Nak ke mana?" tanyanya sambil memandu.
"Nak ke Langkawi" jawabku dengan penuh yakin.

"Feri akhir pukul 7.00 ... sekarang dah terlepas" jawabnya.
Terpampan aku, sebabnya aku yakin .... 8.00 malam sebagaimana Feri ke Pulau Pangkor.

"Tak apalah .... saya nak tumbang ke Kuala Perlis dah cukup. Esok saya menyeberang" jawabku dengan nada sayu.

JETI KUALA PERLIS
( JUGA SEDANG DIPERBAIKI)

Aku berjalan dari Stesen Bas Kuala Perlis ke Jeti untuk kepastian .... aku pusing ke belakang lalu masuk ke KFC kerana aku yakin di sana ada WIFI. Sambil minum aku telefon aku yang aku yakin ada di Perlis.

"Aku baru sampai Kuah" jawabnya.
"Ohhh ... "jawabku pendek.

Setelah makan aku terus mencari MOTEL yang ada WIFI dan aku temui T&Q Hotel ....sewanya RM79.00. Nasib baik ada seorang pelanggan ajak berkongsi (pelajar PHd di Johor yang berasal dari LIBYA). Kami berkongsi RM40.00 seorang.


"Keep the change .... " kataku sambil tersenyum pada pekerja hotel (budak muda.

"Oh! My English ...." kataku .... tapi aku hantam jugak sebabnya dia pun lebihkurang sama tahapnya dengan aku.

Bersembanglah kami hingga cerita tentang "ALLAHYARHAM MUHAMMAR GHADAFI".

"Yes! .... He can take everthing he need because ..........but enough it enough. Everybody talks .... every where ... enough it enough. He tried to make his family ampire ..... Mahathir is OK. He is very good leader. He stop before his stomatch full and his son join the party after his design " itulah lebihkurang ceritanya kepadaku.


Tersenyum aku ... sebab dia memuji NEGARAWAN PUJAANKU yang tak pernah mengenali diriku.

Teringat aku pulak cerita Pemimpin PAKATAN PEMBANGKANG sekarang ni .... ANAK BERANAK  jadi YB.

Keesokannya, aku telefon kawan aku ... manalah tau ... sempat jugak aku menyeberang ke Langkawi.

"Dah habis .... sekarang masa shopping" katanya.

Aku termenong .... "Nak shopping apa?" teringat aku duit dalam poket aku pemberian YB Nasarudin Hashim (ADUN Bota).


 "Pergilah" katanya semasa memberi aku belanja untuk pergi ke Langkawi. 

Jadi, aku ambil keputusan .... balikkkkkkkk. Kalau sekadar nak SHOPPING .... nak beli dengan apa .... DENGAN AYOR LIOR?
Dengan berbekalkan SARAPAN PAGI di Hotel T & Q di Kuala Perlis .... aku balik menaiki BAS LONCAT ... Kangar - Butterworth - Ipoh.

NASIB BAIK AKU TAK TIDUR MASJID KUALA PERLIS

 Dari Ipoh aku naik kereta dan terus balik. Tiba di rumah .... baru aku jumpa nasi  .... dua pinggan (ISTERIKU MASAK NASI AYAM).

Kepada Rakan yang menjemputku .... terima kasih dan saya pohon kemaafan .... saya sudah BERUSAHA tapi ALLAH TIDAK MENGIZINKANNYA, mungkin ada hikmahNYA.

Wallahhualam.




3 comments:

  1. Apo le Cikgu ni
    Bondo macam itu pun tak boleh nak rancang
    Macam mano nak jadi orang bosar

    Tengok macam den
    Boleh rancang
    Pagi Pulau Pinang
    Tengah hari Kuala Lumpur
    Petang Johor Bahru
    Malam Kota Kinabalu

    Macam itu le baru boleh kalahkan UMNO
    Bukan macam UMNO pergi Langkawi boleh tak sampai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku bukannya Calon atau Pemimpin UMNO

      Delete
    2. Cikgu den ajar dulu-dulu
      Bergerak dengan maklumat
      Bergerak dengan perancangan
      Bergerak dengan persiapan
      Bergerak dengan jadual tersusun rapi
      Ketepatan 99.9%

      Tiada kelengkapan den tak bergerak
      Tunggu-tunggu nanti-nanti tak ada
      Berharap cuba-cuba tak main
      Janji-janji jika ada tak boleh pakai

      Itu baru boleh jadi orang bosar

      Delete