Monday 18 June 2012

PERSEKUTUAN TANAH MELAYU : 3. CADANGAN 1948


Cadangan Persekutuan Tanah Melayu (PTM) 1948


1.         Sembilan negeri Melayu iaitu Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Kelantan dan Terengganu dan dua Negeri-negeri Selat iaitu Melaka dan Pulau Pinang disatukan sebagai satu unit politik yang dikenali sebagai PTM.

2.         Singapura diasingkan dari PTM.

3.         PTM menjadi negeri lindungan British.

4.         Pentadbiran PTM diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi (PJT).

5.         PJT akan menjalankan pentadbiran dengan bantuan Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) dan Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan (MMKP).

6.         MPP terdiri daripada 3 anggota ex-officio, 9 Menteri Besar, 2 wakil Melaka dan Pulau Pinang, 11 ahli rasmi dan 50 ahli tak rasmi yang terdiri daripada 22 Melayu, 14 Cina, 7 Eropah, 5 India, 1 Ceylon dan 1 Serani.

7.         MMKP pula terdiri daripada 3 anggota ex-officio, 4 ahli rasmi dan sekurang-kurangnya 5 atau selebih-lebihnya 7 ahli tak rasmi.

8.         Majlis Mesyuarat Raja-raja ditubuhkan dan dianggotai oleh 9 orang Raja Melayu. Persidangan yang dijalankan akan dipengerusikan oleh salah seorang dari mereka.

9.         Kekuasaan dan kewibawaan Sultan ke atas negeri mereka dikekalkan. Sultan-sultan akan menjalankan pentadbiran mereka dengan bantuan MMN dan MMK negeri.

10.     Kerajaan negeri bertanggungjawab dalam kerajaan tempatan, kesihatan, pelajaran, tanah dan pertanian.

11.     Hak istimewa orang Melayu dikekalkan.

12.     Hak kerakyatan:
a.         Mereka yang lahir di Tanah Melayu mesti bermastautin selama 8 tahun dari tempoh 12 tahun yang terdahulu.
b.         Mereka yang lahir di luar Tanah Melayu mesti bermastautin selama 15 tahun dari tempoh 20 tahun yang terdahulu.
c.         Umur minimum menjadi warganegara ialah 18 tahun.
d.         Mereka mesti boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
e.         Mereka diminta bersumpah untuk menentukan taat setia kepada Tanah Melayu.

No comments:

Post a Comment