Monday 18 June 2012

KENAPA DAN BAGAIMANA PERSEKUTUAN TANAH MELAYU TERTUBUH ?


Persekutuan Tanah Melayu

Pengenalan

Akibat tentangan orang Melayu terhadap Malayan Union (MU) dan perakuan Edward Gent dan Malcolm MacDonald, maka Kerajaan British telah menghantar satu perwakilan ahli Parlimen British yang diketuai oleh L.D. Grammant dan D.R. William untuk meninjau kehendak orang Melayu. Hasil daripada laporan mereka, British bersetuju membubarkan MU. 


Pada 25 Julai 1946, Jawatankuasa Kerja telah ditubuhkan. Ia terdiri daripada 6 pegawai Eropah, 4 wakil Sultan dan 2 wakil UMNO untuk merangka satu perlembagaan baru yang sesuai dijalankan di Tanah Melayu, khususnya yang dapat diterima oleh orang Melayu dan British. 

Pada dasarnya, matlamat mereka ialah untuk menubuhkan kerajaan pusat yang kukuh, memajukan ekonomi Tanah Melayu dan menyelesaikan hak istimewa orang Melayu, kekuasaan serta kewibawaan Sultan dan syarat kerakyatan.



Orang-orang bukan Melayu tidak bersetuju dengan penubuhan Jawatankuasa Kerja kerana mereka bimbang Jawatankuasa Kerja yang tidak diwakili oleh orang bukan Melayu akan merangka perlembagaan yang hanya menguntungkan orang Melayu dan merugikan orang bukan Melayu. 


Mereka telah mengadakan beberapa halangan bagi mengagalkan tugas Jawatankuasa Kerja. Walaupun mendapat halangan, Jawatankuasa Kerja telah berjaya mengemukakan laporan mereka pada 11 Disember 1946 yang mengandungi draf perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (PTM).


1 comment:

  1. Info yang baik tentang sejarah negara.saya link ke blog saya..

    ReplyDelete