Perkembangan 1948-1957
Mengikut perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948, Kerajaan British bersetuju untuk memberi Tanah Melayu berkerajaan sendiri dan kemerdekaan akan dijalankan beransur-ansur. British juga bersetuju untuk mengadakan pilihanraya bagi memilih ahli MPP.
Walau bagaimanapun, usaha ke arah tersebut terhalang akibat pemberontakan Parti Komunis Malaya (PKM) sejak 16 Jun 1948. Apabila keadaan mulai reda, usaha ke arah tersebut diteruskan.
Pada tahun 1951, Sistem Ahli diperkenalkan di mana 9 rakyat tempatan yang menjadi MPP dilantik untuk mengetuai 9 jabatan kerajaan. Jabatan-jabatan tersebut ialah Hal-ehwal Ekonomi, Hal-ehwal Dalam Negeri, Kesihatan, Pelajaran, Pertanian dan Perhutanan, Tanah, Galian dan Perhubungan, Industri dan Hubungan Sosial, Kerja Raya dan Perumahan, Keretapi dan Pos. Antara mereka ialah Dato’ Onn bin Jaafar mengetuai Jabatan Hal-ehwal Dalam Negeri, Hau Sek Lee mengetuai Jabatan Kesihatan dan Thuraisingam mengetuai Jabatan Pelajaran.
Walau bagaimanapun, usaha ke arah tersebut terhalang akibat pemberontakan Parti Komunis Malaya (PKM) sejak 16 Jun 1948. Apabila keadaan mulai reda, usaha ke arah tersebut diteruskan.
PEMIMPIN PARTI KOMUNIS MALAYA
DATO' ONN JAAFAR
Mulai 1951, pilihanraya perbandaran mulai diadakan bagi memilih ahli majlis perbandaran. Pada 1 Disember 1951, Pilihanraya Perbandaran Pulau Pinang diadakan untuk memilih 9 orang ahli. Dalam pilihanraya tersebut Parti Radikal Pulau Pinang memenangi 6 kerusi, Parti Buruh 2 kerusi dan UMNO satu kerusi.
Pada 16 Februari 1952, Pilihanraya Perbandaran Kuala Lumpur diadakan untuk memilih12 ahli. Untuk menghadapi pilihanraya tersebut UMNO dan MCA telah bergabung sebagai Parti Perikatan untuk menghadapi Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pimpinan Dato’ Onn bin Jaafar yang telah keluar dari UMNO akibat perselisihan dasar.
Dalam pilihanraya tersebut, Parti Perikatan UMNO-MCA memenangi 9 kerusi, IMP 2 kerusi dan bebas 1 kerusi. Akibat kemenangan Parti Perikatan, 2 orang anggotanya iaitu H.S. Lee dan Dr. Ismail dilantik sebagai Ketua Jabatan Kerajaan dalam Sistem Ahli. Pada tahun 1953, seorang rakyat tempatan yang menjadi ahli MPP dilantik menjadi “speaker” menggantikan PJT yang tidak lagi menjadi ahli MPP. Pada tahun 1953 juga, Parti Perikatan UMNO-MCA telah mendesak supaya British mengadakan pilihanraya umum bagi memilih ahli-ahli MPP.

Pada tahun 1954, Gerald Templer selaku wakil Kerajaan British telah mengumumkan MPP akan mempunyai 98 ahli, iaitu 52 dipilih dan 46 dilantik. Pilihanraya Umum yang pertama akan diadakan pada 27 Julai 1955. Berikutan dengan pengumuman itu, UMNO dan MCA bergabung pula dengan MIC menjadi Parti Perikatan yang lebih besar.
Antara parti yang bertanding dalam Pilihanraya Umum Pertama ialah Parti Buruh, Parti Sosialis, Parti Negara, Parti Progresif Rakyat, Parti Islam Se Tanah Melayu (PAS), Parti Perikatan Melayu Perak dan Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC.
Dalam pilihanraya tersebut, Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC telah memenangi 51 kerusi dan PAS 1 kerusi. Hasil dari kemenangan besar Parti Perikatan, Tanah Melayu telah diberi berkerajaan sendiri di mana Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Menteri. Sebuah Jemaah Menteri yang terdiri daripada 6 Melayu, 3 Cina dan 1 India telah dibentuk.
Bagi mempercepatkan kemerdekaan Tanah Melayu, usaha-usaha telah dijalankan untuk menamatkan pemberontakan PKM. Hasilnya Rundingan Baling diadakan pada 28 dan 29 Disember 1955. Pihak kerajaan diwakili oleh Tunku Abdul Rahman, Tan Cheng Lock dan David Marshall. PKM pula diwakili oleh Chin Peng, Cheng Tien dan Rashid Maidin. Walau bagaimanapun, rundingan tersebut gagal kerana Tunku Abdul Rahman tidak dapat menerima kehendak Chin Peng yang mahukan PKM diterima sebagai parti yang sah dan Chin Peng pula tidak dapat menerima kehendak Tunku Abdul Rahman yang mahukan PKM dibubarkan.

PERJANJIAN BALING GAGAL
Pada 6 Januari 1956, rombongan kemerdekaan yang diwakili oleh Parti Perikatan dan diketuai oleh Tunku Abdul Rahman telah berangkat ke England untuk merundingkan kemerdekaan Tanah Melayu dengan Kerajaan British. Rundingan yang diadakan dari 18 Januari hingga 8 Februari 1956 dipengerusikan oleh Lord Lennox Boyd. Hasil dari rundingan tersebut, British bersetuju memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.
ROMBONGAN PULANG DI BANDAR HILIR
Hasil dari memorandum ini, Suruhanjaya Reid telah menyusun dan merangka perlembagaan dan siap pada bulan Mac 1957. Pada 31 Ogos 1957, lahirlah PERSEKUTUAN TANAH MELAYU yang merdeka.
No comments:
Post a Comment