Thursday 28 February 2013

YB MENTERI PENGAJIAN TINGGI ... SILA AMBIL PERHATIAN ... KESIAN DEPA NI.




WAHAI YB MENTERI PENGAJIAN TINGGI
DAN JAWATANKUASA PTPTN
SILALAH KAJI SEMULA.

KESIAN DEPA NI





Pelajar ijazah kelas pertama kecewa kena bayar PTPTN

2011/04/02

PERBADANAN Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) baru-baru ini mengumumkan memberi pengecualian bayaran balik kepada semua peminjam yang mendapat keputusan kepujian kelas pertama yang menandatangani perjanjian pinjaman sebelum 1 Julai 2005.

Bagaimanapun, peminjam selepas tarikh berkenaan dikehendaki membayar pinjaman penuh walaupun mendapat kepujian kelas pertama.

Ketika membentangkan Bajet 2011 lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pengecualian bayaran balik pinjaman bagi mereka yang mendapat kepujian kelas pertama yang tamat belajar mulai 2010.

Namun, ada golongan dianaktirikan dan nasib mereka tidak dibela mana-mana pihak. Golongan berkenaan terdiri daripada pelajar yang mendapat kepujian kelas pertama dan menandatangani perjanjian pinjaman PTPTN selepas Julai 2005 dan tamat belajar pada 2009, termasuk saya sendiri.

Ini bermakna hanya pelajar yang memulakan pengajian di universiti pada Julai 2005 sehingga 2009 saja tidak mendapat pengecualian bayaran balik PTPTN walaupun mendapat kepujian kelas pertama.

Lebih malang lagi apabila pada Februari lalu, pelajar terbabit menerima surat tawaran daripada PTPTN bagi menukarkan pinjaman kepada biasiswa, tetapi selepas membuat permohonan, pihak berkenaan berkata, permohonan kami tidak dipertimbangkan dan tidak layak mendapat pengecualian.

Tindakan PTPTN menghantar surat tawaran memberi harapan besar kepada kami, tetapi maklum balas diterima daripada PTPTN adalah mereka tersilap menghantar surat tawaran itu.

Saya berasa sangsi bagaimana sebuah organisasi kerajaan sebesar PTPTN boleh membuat kesilapan begini.

NOOR JIHAN HARUN,
Pulau Pinang.


KALAU SEKIRANYA DAH DISELESAIKAN ...
TAHNIAH DAN TERIMA KASIH


No comments:

Post a Comment