Monday, 25 February 2013

YAB DR ZAMBRY AMAT DIPERLUKAN DI DUN N52 PANGKOR DEMI MEMPERTAHANKAN P74 LUMUT DAN MERAMPAS KEMBALI N51 PASIR PANJANG.





Buat kesekian kali saya menyatakan bahawa YAB DS Dr Zambry AMAT DIPERLUKAN sebagai Calon N52 Pangkor bagi menentukan KEMENANGAN terutama di P74 Lumut dan N51 Pasir Panjang walau pun di PRU 13 ini ... N51 Pasir Panjang diserahkan kepada UMNO dari MIC sebelum ini.

Apabila kewibawaan YAB DS Dr  Zambry serta YB DS Kong Cho Ha boleh digembelingkan untuk mempastikan P74 Lumut  dapat mempertahankan kerusinya sementara merampas kembali N51 Pasir Panjang dari PAS.

Kenyataan saya ini dikeluarkan kerana TERDAPAT KENYATAAN MENYATAKAN BAHAWA YAB DS DR ZAMBRY AKAN KE PARLIMEN yang dikeluarkan oleh PIHAK-PIHAK TERTENTU beserta dengan nama PENGGANTI BELIAU sekali disebutkan.

Saya cuba menafikannya dengan alasan-alasan yang saya fikirkan LOGIK seperti yang akan saya nyatakan di bawah ini.

Berikut dipaparkan Data Pemilih (JUN 2012) dan Keputusan PRU 12 untuk kedua-dua kawasan berkenaan untuk perbincangan kita seterusnya.

DUN

PARLIMEN

KEPUTUSAN PRU 2008

P74 LUMUT
Jumlah Pengundi: 72,760
Peratusan Kaum: M: 48.77% C: 38.49% I: 12.03% L: 0.71% 
1. Datuk Kong Cho Ha (BN) (25,698) 
2. Suwardi Sapuan (PKR) (25,400) 
Majoriti: 298
Jumlah undi: 52,982
Peratus mengundi: 72.82%
Undi rosak: 1,884
Penyandang: Datuk Kong Cho Ha (BN)
(Majoriti: 11,614 undi) 


N51 PASIR PANJANG
Jumlah Pengundi: 26, 557
Peratusan Kaum: M: 65.61% C: 14.69% I: 19.58% L: 0.12% 
1. Mohammad Nizar Jamaluddin (Pas) (11,994) 
2. Dr. S. Vasan (BN) (7,520) 
Majoriti: 4,474
Jumlah undi: 19,923
Peratus mengundi: 75.02%
Undi rosak: 409
Penyandang: M. Ramachandran (BN)
(Majoriti: 1,644 undi)

N52 PANGKOR
Jumlah Pengundi: 22,571
Peratusan Kaum: M: 70.4% C: 23.49% I: 4.05% L: 2.06% 
1. Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir (BN) (10,906) 
2. Pkhrazi @ Pakhrazi Muda (PKR) (5,121) 
Majoriti: 5,785
Jumlah undi: 17,367
Peratus mengundi: 76.94%
Undi rosak: 1,340
Penyandang: Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir (BN)
(Majoriti: 5,669 undi) 


GOYANGNYA KERUSI P74 LUMUT DISEBABKAN PENINGKATAN PENGUNDI (BUKAN TLDM) 

Peningkatan Jumlah Pengundi P74 Lumut dari 72,760 ke 87,653 (Sept 2012) di seluruh kawasan (TLDM hanya beberapa ribu sahaja) menjadikan KERUSI P74 LUMUT UMPAMA "ABU DI ATAS TUNGGUL".


YB DATO' SERI KONG CHO HA
MENTERI PENGANGKUTAN MALAYSIA
(5420 PHOTO AKTIVITI BELIAU KLIK DI SINI


Saya bukan ingin menafikan kewibawaan YB DS Kong Cho Ha tetapi berdasarkan PRU 12, kebanyakan PDM MENGALAMI KEKALAHAN kecuali di N52 Pangkor khasnya PDM TLDM.

Jika sikap pemilih berdasarkan PRU 12, DENGAN KETIADAAN YAB DS DR ZAMBRY (sebagai Calon N52 Pangkor) bagaimana mungkin DS Kong Cho Ha dapat mempastikan KEMENANGAN di P74 Lumut?.

MERAMPAS KERUSI N51 PASIR PANJANG DARI PAS HANYA TINGGAL ANGAN-ANGAN SAHAJA.

Walau pun PRU 13 ini MIC telah menyerahkan kerusi N51 Pasir Panjang kepada UMNO BN hanya mampu meningkatkan Prestasi di bawah 10% di kawasan Pemilih Melayu walhal BN memerlukan PENINGKATAN > 10%.


P52 PANGKOR ADALAH ASET BN DI SELURUH KAWASAN PILIHAN RAYA (P74, P51 DAN P52) DISEBABKAN "ADANYA YAB DS DR ZAMBRY SEBAGAI ADUN DI SITU"

YAB DATO' SERI DIRAJA
DR ZAMBRY ABD KADIR
MENTERI BESAR PERAK DR

BERANI saya nyatakan ... KETIADAAN YAB DS DR ZAMBRY sebagai Calon di N52 Pangkor umpama MELEPASKAN KAPAL TANPA KEMUDI. Mampukah YB DS Kong Cho Ha bersendirian bagi mempastikan KEMENANGAN BN terutama di P74 Lumut  dan N52 Pangkor serta merampas kembali N51 Pasir Panjang?.

Oleh itu, SEBELUM BN PUSAT MENGAMBIL KEPUTUSAN .... INGATLAH PESANAN SAYA INI ....

JANGAN DIUBAH/ANGKAT PINGGAN YANG RETAK KELAK PECAH BERDERAI


CALON UMNO P51 PASIR PANJANG

Beberapa nama TOKOH/PEMIMPIN UMNO TEMPATAN telah disebut-sebut sebagai calon. Pada saya semuanya LAYAK UNTUK DIJADIKAN CALON, akan tetapi ....... untuk menentukan KEMENANGAN ...... kita bukan memerlukan Jentera PRU yang EFISYEN tetapi kita juga perlu meletakkan calon yang mempunyai ciri-ciri di bawah ini :-

1.   ANAK TEMPATAN 
2.   TINGGAL DALAM KAWASAN
3.   PDMNYA "CANGGIH" (ASET BN) 
4.   MAMPU MENARIK PENGUNDI KAUM INDIA 
5.   MAMPU/TELAH/SEDANG/AKAN  BEKERJA KE ARAH KEMENANGAN BN

SIAPAKAH BELIAU .... FIKIR-FIKIRKANLAH. KITA JANGAN HANYA BERFIKIR DI DALAM KEPOMPONG KITA SAHAJA. KITA PERLU BERFIKIR DI LUAR KEPOMPONG. 

Maksud saya .... JANGAN KITA MEMIKIRKAN "APA BAKAL CALON ITU BOLEH BAGI AKU" BERBANDING "APAKAH CALON INI MAMPU MENANG"




NAMA-NAMA YANG SERING DISEBUT-SEBUT OLEH WARGA N51 PASIR PANJANG

DR HJH AZIZAH BT JOHOR
PENYELARAS DUN N51 PASIR PANJANG
MRKP KETUA WANITA UMNO BAHAGIAN LUMUT

AKTIVITI-AKTIVITI LAIN KLIK DI SINI

ATAU

EN MOHD RASHIDI BIN IBRAHIM
PEGAWAI KHAS YAB MENTERI BESAR PERAK
MRKP NAIB KETUA BAHAGIAN
AKTIVITI-AKTIVITI LAIN KLIK DI SINI


DAN JUGA 

MOHD ROSLI YAAKOB
(STAFF OF TIMBALAN MENTERI KEWANGAN)
MAAF
(GAMBAR DAN BIODATA TAK DAPAT DIKESAN)


BERBALIK KEPADA CERITA ASAL iaitu

SAYA AMAT YAKIN BAHAWA
YAB DATO' SERI DIRAJA DR ZAMBRY ABD KADIR
AMAT-AMAT-AMAT DIPERLUKAN  DI N52 PANGKOR 
DEMI MEMPERTAHANKAN 
P74 LUMUT DAN
MERAMPAS KEMBALI P51 PASIR PANJANG.


HUBAYA-HUBAYA





1 comment: