Sunday, 17 February 2013

PAK NGAH .... BEREHATLAH DAN BERSEDIALAH UNTUK MENJAWAT "SPEAKER DUN PERAK" ATAU YANG SETARAF DENGANNYA SELEPAS PRU 13 NANTI.





uen


Berdasarkan beberapa faktor, YB Dato' Hamdi Abu Bakar, ADUN N36 Pengkalan Baharu yang juga terkenal dengan panggilan "PAK NGAH" dijangkakan tidak dinamakan sebagai CALON PRU 13 .

OLEH ITU, SAYA YAKIN BELIAU AMAT SESUAI DIJADIKAN "SPEAKER DUN PERAK".

Kenyataan ini mungkin menyentuh pihak-pihak berkenaan tetapi sebagai PEMERHATI POLITIK TEMPATAN, memungkinkan saya berani mengeluarkan kenyataan bahkan bertanggungjawab di atas kenyataan saya ini kerana saya rasa .... saya juga TURUT SERTA di kawasan Pilihanraya ini.



SAYA BERSAMA KETUA MCA BAHAGIAN BERUAS
DATO' OOI JING TING 
(CALON BN/MCA N37 PANTAI REMIS, PRU 2008)
LOKASI :
(PDM KAMPONG JERING (DUN N36 PENGKALAN BAHARU)

DI MANA PADA 8 MAC 2008 (1.00AM) TERMETRI SATU PERSEFAHAMAN 
DI ANTARA AKU DAN PENDUDUK-PENDUDUK TERTENTU PRU ESOKNYA
TAJUK PERSEFAHAMAN  : "KITA MESTI UNDI CALON BN N36"


Di antara faktor yang menyebabkan kesesuaian ini :-

1.   BUKAN lagi Ketua UMNO Bahagian Beruas.

2.   "OTAI" dalam Dewan Undangan Negeri Perak.

3.   Mempunyai SUARA dan DAYA SAING YANG TINGGI ketika bercakap.

4.   Mampu BERSAING/BERHUJJAH dengan beberapa tokoh Pakatan Rakyat seperti YB Nga Kor Ming, YB Ngeh Koo Ham dan lain-lain disebabkan mereka dari DAERAH YANG SAMA (MANJUNG).

5.   Untuk mengelakkan PERTELAGAHAN sesama Pemimpin UMNO Tempatan berkaitan dengan PEMILIHAN CALON N36 Pengkalan Baharu.

6.   PRU 12 (2008), majoriti undi yang diperolehinya HANYA 14 undi sahaja. Ini menunjukkan "SESUATU YANG TAK KENA TELAH BERLAKU" semasa itu.

Saya berharap, KENYATAAN saya ini .... usahlah dianggap NEGATIF kerana apa UNTUNGnya saya dan apa RUGInya saya. Yang penting bagi saya ... 
KE ARAH KEMENANGAN BARISAN NASIONAL NEGERI PERAK.

HUBAYA - HUBAYA



2 comments: