Wednesday, 20 February 2013

DI MANA CALON BN (KAUM INDIA) SESUAI UNTUK BERTANDING DI DUN DAN PARLIMEN PERAK?





Sebelum kita membincangkan TAJUK ini, mari kita PISAHKAN perkataan yang kita selalu celaru iaitu PEMIMPIN, TOKOH dan CALON.

Perlu diperingatkan bahawa ... 
1. PEMIMPIN TAK SEMESTINYA CALON DAN BOLEH DILANTIK SEBAGAI SENATOR DSBNYA.
2. TOKOH SERING BERADA DI NGO DSBNYA DAN LAYAK UNTUK DIJADIKAN CALON.
3. CALON ADALAH SEORANG YANG MAMPU MEMBETULKAN KEADAAN DAN MERAIH UNDI UNTUK KEMENANGAN.

Selalunya, kita cuba meletakkan PEMIMPIN SEBAGAI CALON tetapi di PRU 13 ini ... SUDAH KURANG SESUAI kerana PENGUNDI MEMERLUKAN "TOKOH" SEBAGAI CALON.

Misal kata, Seorang Pemimpin Pusat ... beliau hanya BOLEH DITERIMA oleh Pengundi di kawasannya sahaja secara TOTAL. Sebelum ini, mereka sering diletakkan sebagai PAYUNG TERJUN di kawasan berkenaan dan BOLEH DITERIMA tetapi di PRU 13 kemungkinan TIDAK BOLEH DITERIMAPAKAI.

TOKOH pula, beliau HANYA DITERIMA di kawasan tertentu sahaja yang mempunyai kaitan PERSAUDARAAN, PERSAHABATAN atau KETURUNAN. Tokoh ini boleh digunakan bagi menyelesaikan masalah PERGOLAKAN DALAMAN SETEMPAT di mana apabila beliau DICALONKAN, pemimpin tempatan yang berkepentingan tidak akan BUNUH MEMBUNUH SESAMA SENDIRI.

Sebelum ini, PEMIMPIN Kaum India akan diletakkan untuk DIPAKSA UNDI oleh Pengundi di kawasan yang diletakkan dengan alasan "NAK BERI PENCEN", itu sebabnya ramai Calon Kaum India hanya sepenggal sahaja.

Sekarang mari kita kaji satu persatu KAWASAN PILIHAN RAYA yang sesuai untuk Kaum India. Dipaparkan 10 Kawasan Pilihan Raya di mana Kaum India Paling Tinggi (Peratus).

PENGIRAAN KE ARAH KEMENANGAN BN.

POTENSI MENANG = M + I : >75%
HARAPAN MENANG = M + I : 60% - 74%
CUBA MENANG = M + I : 51% - 59%
( M = Melayu, I = India)

PEMILIHAN CALON BERDASARKAN KAUM

M < 65% = Calon India
M > 65% = Calon Melayu


Dengan itu, DUN dan Parlimen yang sesuai untuk diletakkan Calon BN dari kalangan Tokoh Kaum India adalah :-

DUN 
1.   N56 Changkat Jong
2.   N54 Hutan Melintang
3.   N30 Buntong


PARLIMEN
1.   P72 Tapah
2.   P76 Teluk Intan
3.   P62 Sungai Siput


Demi KESEIMBANGAN WAKIL KAUM di Parlimen, N56 Changkat Jong perlu diserahkan kepada Calon Kaum Melayu sementara P76 Teluk Intan kepada Calon Kaum India, barulah wujud TIMBAL BALAS TERIMA KASIH. Akan tetapi, JIKA PARA PEMIMPIN KAUM MELAYU di Parlimen Teluk Intan masih lagi BERGOLAK, Calon Kaum India boleh dijadikan Pengganti. HUBAYA-HUBAYA.

KESIMPULANNYA, CALON KAUM INDIA ADALAH :-
PARLIMEN
P62 SUNGAI SIPUT
P76 TELUK INTAN
P72 TAPAH

DUN
N30 BUNTONG
N54 HUTAN MELINTANG

Di bawah ini dipaparkan CARTA PEMILIH (Jun 2012) sebagai rujukan.


10 DUN TERTINGGI





10 PARLIMEN TERTINGGI


Sebagai contohnya:

Katakan diletakkan Pemimpin Negeri atau Pusat di Parlimen Sg Siput atau DUN Hutan Melintang sebagai CALON di mana beliau TIADA PERTALIAN dengan kawasan ini ... AKAN MENGURANGKAN SOKONGAN TERHADAP BN berbanding dengan TOKOH YANG MEMPUNYAI PERTALIAN DENGAN KAWASAN PILIHAN RAYA ... sekurang2nya ... SAUDARA dan RAKAN TAULAN sebagai UNDI BONUS.

Kita perkecilkan lagi .... kita tumpukan terus kepada DUN Hutan Melintang. Saya yakin, jika diletakkan Salah Seorang Pemimpin Negeri sebagai calon ... akan berlaku lagi sekali semacam PRU 12 jadi perlu dicari TOKOH TEMPATAN YANG SESUAI untuk ditonjolkan.

Jika berlaku PERTELINGKAHAN sesama Pemimpin Tempatan .... CARILAH "TOKOH" sebagai JALAN TENGAH agar SEMUA YANG BERTELINGKAH MERASA "PUAS HATI". 

Minggu ini, saya akan ke Hutan Melintang untuk meninjau setakat mana PERTELINGKAHAN SESAMA PEMIMPIN KAUM INDIA TEMPATAN mengenai SIAPA CALON DUN HUTAN MELINTANG.

Dan, saya masih menunggu LAPORAN dari beberapa Kawasan Pilihan Raya di mana Tokoh atau Pemimpin Kaum India sesuai untuk bertanding seperti Parlimen Sg Siput, Tapah, Teluk Intan sementara DUNnya seperti Sungkai, Buntong dan Changkat Jong.

Sementara DUN Behrang dan Pasir Panjang sudah tidak sesuai lagi Calonnya dari Kalangan Tokoh atau Pemimpin Kaum India kerana ASET AWALNYA terlalu rendah jika dibandingkan dengan Pengundi Kaum Melayu.

Sekian.

No comments:

Post a Comment