Friday, 22 February 2013

PRU 1999 : AKU SOKONG BN ... BOS-BOS AKU SOKONG BARISAN ALTERNATIF (BA) .... TAK BOLEH LAWAN, SEBABNYA "BOS ALWAYS RIGHT"





Lokasi : Gerai Astaka, Sitiawan, Perak.
Masa   : Pagi hari Penamaan Calon PRU 1999
Waktu : November 1999 (9.00 am)

(Semua yang terlibat SUDAH PENCEN kecuali aku).

Kebanyakan orang sudah berada di Kompleks Pentadbiran Manjung kerana hari ini adalah HARI PENAMAAN CALON PRU 1999.  Aku memang tak pernah turut serta dalam mana-mana perarakalon penamaan calon sebabnya ... AKU CEPAT PANASSS.

Aku ingat aku boleh melarikan diri dari PANASSS rupa-rupanya .... datang seorang ke arahku, Timbalan PPD Manjung (sekarang dah pencen) rupanya.

Tim PPD : Kenapa kamu tak pergi lagi?
Cikgu Lin: (Terkejut) Tak pergi .. cari ler orang lain ganti.
Tim PPD:  Kamu kena pergi ... mana boleh tak pergi.
Cikgu Lin: Saya tak boleh pergi ... tak ada orang lain ker yang boleh pergi.

AKU MEMANG TAU bahwa aku sengaja dipilih untuk [ergi berkursus di IAB Jitra Kedah bermula MALAM ITU hingga SEHARI LAGI NAK MENGUNDI ... sebabnya adalah kerana AKU PENYELARAS PARLIMEN LUMUT (Lantikan Ketua Bahagian di atas pengalaman aku sebagai S/Usaha di DUN Bota dalam PRU 1995). Aku tau , En Kaliman berserta beberapa Pelajar Lepasan SM Izzudin Shah serta MCKK telah mengadakan mesyuarat dan mengambil keputusan "JANGAN BAGI CIKGU LIN DUDUK DI BILIK GERAKAN LUMUT. KALAU DIA DUDUK DI SITU ... BA AKAN KALAH"

Mereka bukannya tau bahawa ..... Tempat mereka bermesyuarat  pun aku tau di mana ... sebabnya ..kawan baik aku ada dijemput tapi dia TAK MAHU PERGI (dia Lepasan SM Izzudin Shah)

Tim PPD  : Kamu ingkar perintah (bentaknya).
Cikgu Lin : (Panassss) Perintah taik kucin abende nyer orang tengah sibuk Pilihan Raya kena pergi kursus pulak ni.

Aku terus meninggalkan dia.
Aku ingatkan dia berseorangan ... rupa2nya di meja dia tu .. TIMBALAN PENGARAH PENDIDIKAN PERAK (En. Wahid).

Cikgu Lin : Tuan (aku menegurnya ... lalu aku ke meja yang lain).

Tahun 2000 aku terkejut sekali lagi ...

Sedang aku mengadakan Penilaian Peserta Asrama FELCRA si SK Gugusan Lekir (mana yang sesuai akan dimasukkan ke Asrama Felcra dan belajar di SK Gugusan Lekir ... belajar di sana mulai Tahun 4 hingga ke UPSR ... Projek bersama Yayasan Pendidikan FELCRA yang aku rancangkan selama ini) ... aku menerima SURAT PERTUKARAN ke SEKOLAH PALING KECIL DI DALAM DAERAH MANJUNG.

Aku terpaksa menyembunyikan PERASAAN KECEWA AKU kepada Penjaga yang hadir yang kebanyakannya aku kenal kerana AKU PERNAH MENGAJAR DI FELCRA SEBERANG PERAK (5 tahun) dan SK Suak Padi (bersebelahan FELCRA NASARUDIN BOTA ... juga 5 tahun).

Penjaga : Cikgu di sini ker?
Cikgu Lin : Ya .... (sambil senyum tawar)
Penjaga : OK ler ... tak ada ler kami risau.

Kemungkinan mereka tahu bahawa aku adalah Bekas GB SK Serikaya (murid Tahun 6 +/- 30 orang saja) di mana Pencapaian UPSR Tahunannya sentiasa mencabar Sekolah-sekolah Elit yang berdekatan ... contohnya Tahun 1997 pencapaian 5A (kali pertama Subjek Sains dalam UPSR)  :-
1.   SK Bota Kanan (A) = 2 orang sahaja.
2.   SK Bota Kiri (A) = 1 orang sahaja
3.   SK Titi Gantong (A) = 4 orang sahaja
4.   Sekolah Aku : SK Serikaya (B) = 4 orang 

Aku digantikan dengan seorang GB (Rakan Tim PPD) yang baru 6 bulan dilantik yang datang dari Sekolah SKM (Sekolah Kekurangan Murid). Kemungkinan dia nak bagi kawannya DG34 sebabnya dah keluar cerita ... "SIAPA GURU BESAR YANG SEDANG MENJAWAT DI SEKOLAH (BUKAN SKM) AKAN DILANTIK KE SKIM DG34". Maka TERBANGLAH AKU KE Sekolah Paling Kecil di dalam Daerah Manjung  .... 8 tahun aku di situ dalam SKIM DG32 hingga kini walhal aku dilantik sebagai GB di Tahun 1988.

Kita berusaha ... Allah yang menentukannya ... Tahun 2004 .. Warga Sekolah Aku (SKM) diistihar sebagai NOMBOR SATU DALAM PENCAPAIAN UPSR NEGERI PERAK.

...................... cukuplah setakat itu ..

Yang ingin aku sampaikan .... 

JANGAN NAK CERITA NGAN AKU  BAHAWA ..... "Kerajaan BN Zalim terhadap kakitangan yang menentang kerajaan" kerana AKU BN .... TIMBALAN PPD (SM Izzudin Shah) PPD  (Classmate Nuar Ibrahim di MCKK hingga UM) ADALAH PENYOKONG BARISAN ALTERNATIF (BA).

YANG ZALIM ITU ... ADALAH BATANG TUBUH INDIVIDU BERKENAAN .... SAMA ADA DIA BN KER PR KER ... SAMA SAJA.

Kini .....

PPD   : Entah di mana di Ipoh tu  .... (masa aku sekolah menengah di Bota aku memanggilnya Yeop ... sebab dia abang sepupu kepada Sahabat Baik aku) dan arwah bapanya adalah AJK Jentera PRU 1995 DUN N39 Bota di bawah seliaan aku.

MANTAN TIM. PPD MANJUNG

TIM PPD : Kalau nak cari dia ... kena masuk belukar sebabnya ... dia berkawan dengan BURUNG MERBUK (memikat merbuk) ... sesuai dengan PERANGAI dan SIKAPnya.

SK Gugusan Lekir : PROJEK ASRAMA (GAGAL) sekarang muridnya .... (SKM)

Aku sampai hati bercerita begini ... kerana .. MEREKA DAH PENCEN .... AKU TAK SAMPAI HATI "NAK SIMBAH PASIR" DALAM PERIUK NASI ORANG .... biarkan mereka buat aku.

Aku tau .... aku bukannya SEMPURNA SANGAT ... tapi janganlah DOUBLE STANDARD .... pada aku AMBIL TINDAKAN ... pada kawan sendiri ... LEPAS BEBASKAN SAHAJA bahkan diberi BACKDATED CUTI TANPA GAJI  KEPADA KAWAN SESAMA BARISAN ALTERNATIF ... MANA ACI WEH OIII 


HUBAYA-HUBAYA




2 comments:

  1. Hubaya2 ni menguasai jabatan dan sentiasa mengutamakan jemaah mereka....sebaliknya pihak lain tak suka main politik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang itu yang berlaku tetapi mereka tetap menyatakan juga BN KEJAM, ZALIM DSBnya

      Untuk makluman.
      Hubaya-hubaya = AWAS or BERHATI-HATI.

      Delete