Wednesday, 6 March 2013

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN 31 OGOS 2014 DIRAIKAN DENGAN TITISAN ............................. WALLAHHU 'ALAM.





DI SATU MALAM.  AKU BERMIMPI ....

Keputusan PRU 13 menunjukkan BN kalah teruk di mana Pakatan Rakyat telah memenangi lebih 2/3 kerusi Parlimen apabila Parlimen di Sabah dan Sarawak jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.


Dari 222 kerusi Parlimen, BN hanya mampu memenangi 70 kerusi sahaja. Sementara DUN pula, BN hanya dapat mempertahankan Johor sahaja dengan majoriti yang kecil sementara negeri-negeri yang lain, semua jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.




Lebih menyedihkan lagi, pada persidangan Dewan Parlimen Pertama, Parlimen telah menerima kemasukan Singapura ke dalam Malaysia. Maka bertambahlah kerusi di Parlimen menjadi 309 apabila ditambah dengan 87 kerusi Parlimen Singapura.




Semasa Sambutan Perarakan, Perdana Menteri Malaysia yang baru YAB Lim Guang Eng memberi Ucapan Sulungnya di hadapan khalayak ramai. Beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia setelah Mantan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim dilucutkan jawatan sebagai Perdana Menteri setelah didapati bersalah "DENGAN SUKA-SUKA" menyalahgunakan kuasa sebaik sahaja memegang tampuk pemerintahan negara. Peliknya, dalam mimpi itu, Karpal Singh sebagai Pendakwa Rayanya.


Dalam ucapan sulungnya, beliau telah menyatakan terima kasihnya kepada Ketua Menteri Singapura dan beliau menyatakan Kemasukan Kembali Singapura ke Malaysia adalah umpama "Sirih Pulang Ke Gagang". Sebagai tanda penghargaan terima kasih, beliau berjanji akan mengadap YDA untuk merombak semula Kabinet bagi memberi laluan kepada Mantan Perdana Menteri Singapura menjawat salah satu dari Timbalan Perdana Menteri dan Menteri-menteri yang lain.


Sambutan diakhiri dengan Pertunjukan Tarian Singa dan Perarakan "Naga Yang Terbanyak Di Dunia" oleh 500 kumpulan  pelajar dari Sekolah Menengah dan Universiti seluruh negara.



Sekian laporan daripada Cikgu Lin, BNPC dari Dataran Merdeka Kuala Lumpur pada tanggal 31 Ogos 2014.


Dalam perjalanan pulang, kenderaan aku terbabas kerana terlanggar sekawan babi melintas di Batu 16, Jalan Sabak Bernam - Kuala Selangor. Kereta aku terbalik beberapa kali. Aku cuba memegang stering agar tidak terpelanting keluar tapi malangnya ..... 


Bila aku tersedar ... rupa-rupanya AKU JATUH DARI KATIL .... lalu aku merapatkan tanganku ...... dalam linangan air mata .... aku berdoa ....


"YA ALLAH YA TUHANKU, ENGKAU PELIHARALAH NEGARAKU DARI SEBARANG BENCANA YANG BAKAL MENIMPA. ENGKAU TUNJUKKANLAH KEPADA MEREKA JALAN YANG BENAR. ENGKAU KEMBALIKANLAH MEREKA KE JALAN YANG LURUS YANG ENGKAU REDHAI. AMIN ... AMIN  ... YA RABBAL 'ALAMIN.



No comments:

Post a Comment