Thursday 7 March 2013

PUCUK PIMPINAN BN AKAN MEMILIH YB JAMALUDDIN MOHD RADZI (BEBAS - N59 BEHRANG) DALAM PEMILIHAN CALON BN PRU 13 INI?







Selalunya sebelum ini, AHLI UMNO terutama AJK Bahagian menyatakan bahawa SETIAP KAWASAN MAJORITI MELAYU ITU HAK AJK BAHAGIAN. Berbagai kaedah digunakan untuk mempastikan Kerusi Kawasan Pilihan Raya Berkenaan tidak terlepas ke tangan pihak Komponen BN yang lain. Dalam perkara di atas, ADALAH SUKAR bagi UMNO untuk melepaskan kerusi N59 Behrang kepada YB Jamaluddin Mohd Radzi (PKR > BEBAS) dan semestinya berbagai alasan diberikan bagi mempastikan kerusi Kouta MIC (< PRU 12) kepada Calon Bukan UMNO.

Oleh itu, saya baru-baru ini telah berbual dengan beliau secara peribadi dan selepas itu saya telah membuat PENGIRAAN dan telah membuat ANDAIAN PERIBADI terhadap beliau APABILA MENYATAKAN BAHAWA "SAYA TETAP AKAN BERTANDING DI DUN N54 BEHRANG DI PRU 13 INI".

Bagi melayakkan seseorang itu untuk menjadi Calon BN saya telah  menyediakan satu Instrumen yang amat sesuai digunakan bagi menguji TAHAP KEMAMPUAN  CALON BN termasuk beliau dan saya mengharapkan Pucuk Pimpinan UMNO khasnya membuat pengiraan sendiri terhadap CALON UMNO yang cuba ditonjolkan, kemudian silalah BUAT PERBANDINGAN.


INSTRUMEN PEMILIHAN CALON BN 


A.   ASAS PEMILIHAN (MARKAH MESTI > 40%)
1.   20% = WARGA TEMPATAN (Keturunan atau Pertalian Perkahwinan)
2.   20% = ADA PENGARUH
3.   10% = Mempunyai DATA PEMILIH dan mengenali Ketua PDM dan Ketua Tempatan.

B.   BONUS 
1.   10% = PENGAMAL MEDIA SOSIAL.
2.   5% = Ada Rumah dalam DUN.
3.   5%  = AJK Bahagian
4.   5%  = Berkelulusan Tinggi
5.1   10%  = Dicalonkan oleh Bahagian (jika UMNO)
atau
5.2   10%  = Direstui oleh Pucuk Pimpinan Parti masing-masing (jika Komponen BN)

C.   IMPAK (JIKA TAK TERPILIH)
1.   15% = PENYOKONG MAMPU MENGAMUK JIKA TAK TERPILIH


SEKIL.
LAYAK
A1 = 91% - 99% (100% bukan layak kita)
A2 = 81% - 90%
B1 = 71% - 80%
B2 = 61% - 70%

TAK LAYAK LANGSUNG
C   = 51% - 60%
D1 = 41% - 50%
D2 = 31% - 40%
E1 = 21% - 30%
E2 = 11% - 20%
G  = 1% - 10%

PENGIRAAN GRED KELAYAKAN BELIAU
A1 : 20%
A2 : 20%
A3 : 10%
B1 : 10%
B2 : 5%
B3 : 0% (BUKAN UMNO)
B4 : 2% (SPM)
B5 : 0%
C1 : 15%
JUMLAH : 82%

KESIMPULANNYA : MEMANG LAYAK


Jestru itu, saya cuba paparkan ISI ini kepada 3 Fasa :-

1.   FASA I    
KLIK DI SINI   : Apakah YB Jamaluddin layak untuk menjadi Calon BN di N59 Behrang?.

2.   FASA II
KLIK DI SINI : Apakah kelebihan dan kemampuan yang beliau ada?

3.   FASA III

KLIK DI SINI : Siapakah yang menang jika berlaku 3 PENJURU pada PRU 13 di N59 Behrang?

OLEH ITU, FIKIR-FIKIRKANLAH ...

HUBAYA-HUBAYA



No comments:

Post a Comment