Wednesday 13 March 2013

GAJI OH GAJI ... KENAPA KAMU NAIK?. RUJUK PEMBENTANGAN BARU-BARU INI




GAMBAR HIASAN SAHAJA

Malu rasanya nak bercerita pasal GAJI ni, sebabnya ada sebagagian dari KAKITANGAN KERAJAAN ini.
8.00 am : PUNCH CARD dan 
 Keluar Minum
10.00 am : Keluar Minum
Keluar minum ni ... bukan di Kantin dalam Bangunan ... cari yang jauh dari pejabat. Itu sebab .... banyak  KANTIN di Pejabat Kerajaan HIDUP SEGAN, MATI TAK MAU.

TAPI ... BUKAN SEMUA.

BACALAH DI BAWAH INI, APA YANG DIBENTANGKAN OLEH YAB PM BARU-BARU INI.


Kesemua inisiatif yang diumumkan tersebut adalah sebahagian daripada sistem saraan baru iaitu Sistem Saraan Transformatif (SST) yang menggantikan Sistem Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dibatalkan tahun lalu


Berikut adalah 9 perkara yang dinyatakan


PERTAMA.
Mulai 1 Januari 2013, pangkat dalam ATM dan PDRM disetarakan dengan perkhidmatan awam iaitu:-
Koperal ATM & PDRM dari gred gaji 17 kepada gred 22;
Sarjan ATM dan PDRM dari Gred 27 kepada Gred 29;
Kapten ATM dan Penolong Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 44;
Mejar ATM dan Timbalan Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 46A;
Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis dari Gred 48 kepada 52

KEDUA. 
50,000 pegawai kontrak yang tamat kontrak pada 31 Disember 2013 akan disambung lagi setahun. Kajian menyeluruh akan dilaksanakan kemudian

KETIGA
Skim perkhidmatan dari Gred 1 hingga 10, dinaik taraf kepada gred gaji kelayakan masuk PMR. Seramai 166,541 penyandang terima manfaat ini

KEEMPAT
Kerajaan setuju laksana urusan kenaikan pangkat Kumpulan Pelaksana dengan memendekkan tempoh kenaikan pangkat dari tempoh 15 tahun kepada 13 tahun. Ia libatkan seramai 17,000 penjawat awam yang layak

KELIMA
Kerajaan setuju luaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu Kenaikan Pangkat Laluan Pantas, Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang dan Kenaikan Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi

KEENAM
Seramai 182,434 penjawat awam punyai gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat kenaikan gaji tahunan, semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum ditambah Kenaikan Gaji Tahunan sebanyak tiga kenaikan gaji tahunan (KGT) berkuat kuasa 1 Januari 2013

KETUJUH
-Sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, kerajaan setuju beri Pergerakan Gaji Khas sebanyak tiga peratus kepada pegawai yang capai dan punyai gaji maksimum

KELAPAN
Dalam Skim Saraan Malaysia (SSM), bagi KGT Gred 1 hingga 11 dan gaji gred naik pangkat tidak dapat tampung kenaikan pangkat, kerajaan setuju buat tambah baik sebelum akhir 2013 berpandukan prinsip saraan sejagat iaitu kadar upah untuk kerja relativiti dan pariti perkhidmatan serta “pay for performanca’”

KESEMBILAN
Kerajaan setuju beri semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu KGT diawalkan pada 1 Julai 2013. Setiap penjawat awam terima antara RM80 hingga RM320. Ia membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion


MAKLUMAN TAMBAHAN :
 KLIK DI SINI


"BERKHIDMAT KERANA ALLAH UNTUK NEGARA"


SEKIAN, ADANYA.




No comments:

Post a Comment