Sunday 3 March 2013

PAKATAN DESAK BN TUBUHKAN RCI DI SABAH DAN SARAWAK ... ANDAKAH PUNCA PELAKSANAAN RCI INI YANG BERLAKU SEKARANG DI LAHAD DATU?



ADAKAH DISEBABKAN DESAKAN PAKATAN PEMBANGKANG HINGGA TERCETUSNYA PERISTIWA DI LAHAD DATU?

Mari kita baca petikan di bawah ini ....


PETIKAN 1


KUCHING 17 September: Deklarasi Kuching yang ditandatangani pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat (Pakatan) sempena sambutan Hari Malaysia semalam antara lain bertujuan meningkatkan taraf hidup rakyat Sabah dan Sarawak serta pembangunan kedua-dua negeri.
Deklarasi yang menggariskan tujuh perkara pokok bagi membela rakyat di kedua-dua negeri itu adalah kotmitmen Pakatan untuk menghormati Perjanjian Malaysia 1963.
Ia telah ditandatangani oleh Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Ketua Penasihat DAP, Lim Kit Siang di Chong Ling Park, Kuching petang semalam. Deklarasi berkenaan turut diumumkan pada majlis itu.
Tujuh perkara yang terkandung dalam deklarasi tersebut adalah:
1. Kerjasama bersekutu
2. Perwakilan yang adil
3. Kewarganegaraan
Kami akan menubuhkan Suruhanjaya DiRaja (RCI) bagi menyelesaikan masalah nasional berkaitan pendatang tanpa izin dan isu-isu kerakyatan, khususnya di Sarawak dan Sabah.
4. Pengiktirafan hak ke atas tanah adat
5. Kecekapan dan kemandirian Sarawak dan Sabah
6. Keadilan dalam isu minyak
7. Pembangunan sekata

PETIKAN 2
KUALA LUMPUR 13 Jun: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keretakan dalam Barisan Nasional punca dua pemimpin parti komponen itu di Sabah berhasrat menyertai KEADILAN.
“Masalahnya ialah, (mereka) kehilangan keyakinan kepada Barisan Nasional. Ia keretakan dalam Barisan Nasional, bukan KEADILAN.
“…Ini satu kemajuan. Kita alu-alukan pendirian mereka,” kata Anwar kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.
Ahad lalu, Keadilan Daily melaporkan, dua Ahli Parlimen BN akan menyertai KEADILAN.
Mereka adalah Timbalan Presiden Parti Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Wilfred Bumburing yang juga Ahli Parlimen Tuaran dan Ahli Parlimen Beaufort merupakan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Lajim Ukin.
Anwar bagaimanapun tetap optimis dengan perubahan di negeri bawah bayu itu, meskipun program penyerahan borang KEADILAN kepadanya yang dijangka diadakan sempena sambutan Perayaan Kaamatan di Kota Belud dan Majlis Makan Malam di Kota Kinabalu Ahad lalu terpaksa dipinda.
Ini disebabkan kapal terbang yang dinaiki Ketua Umum KEADILAN itu dilapor ‘dilencongkan’ ke Tawau, bukan ke Kota Kinabalu sebagai destinasi pendaratan.
Kata Anwar, antara janji BN yang masih belum ditunaikan temasuk penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menangani masalah berkaitan pendatang asing tanpa izin di Sabah.

DAH LAH .... KALAU DICARI LAGI .. TENTU JUMPA.

WALLAHHU 'ALAM




No comments:

Post a Comment