Thursday, 21 March 2013

LAPORAN ABN NEWS 19 FEB 2013 MEMAPARKAN: BN Perak cuma menang tipis – Cikgulin?





Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar

Oleh Azizul Osman (azizul@abnxcess.com)
KUALA LUMPUR – Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat mempunyai peluang yang sama untuk menawan Perak dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Namun, keadaan pasca tsunami politik 2008, dijangka berpihak kepada BN.
Ini merupakan ramalan seorang penganalisis politik Perak, Profesor Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar, berdasarkan perkembangan senario politik semasa negeri itu.
“Saya berpendapat PRU13 akan membawa kepada satu perubahan yang penting dalam struktur pilihanraya negara, timbal balik dari kelemahan BN pada 2008, saya fikir keputusan adalah 50/50, namun BN mampu untuk kekalkan kuasa di Perak”.
Pengarah Institut Peradaban Melayu Fakulti Bahasa dan Komunikasi – Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu berkata  BN mempunyai sedikit kelebihan berbanding PR kerana ‘faktor’ rakyat yang kini telah membuka mata dengan apa yang telah dilaksanakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Menteri Besarnya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Kelemahan kepimpinan terdahulu dilihat mampu ditebus Najib dengan kejayaan konsep 1Malaysia; Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan; dengan mementingkan kehendak rakyat.
Rakyat jelas Abdul Latiff sudah mula menerima Gagasan 1Malaysia dibawah Najib dengan pelaksanaan BR1M dan BR1M 2.0 yang banyak membantu meringankan beban rakyat.
Ujar beliau perubahan persepsi rakyat ekoran kepekaan pucuk pimpinan BN kepada kepentingan pelbagai lapisan masyarakat yang memerlukan bantuan.
Katanya, persiapan BN tampak amat kukuh bagi menghadapi PRU 13.
Bagaimanapun beliau menarik perhatian tentang cabaran BN menambat hati pengundi Cina sebagai factor penyumbang kepada  peluang sama rata BN dan PR memenangi negeri itu.
Menguatkan dakwaan itu, beliau memberi contoh dimana kawasan Perak Tengah yang majoritinya adalah masyarakat cina masih teguh memilih DAP sebagai parti utama untuk menwakili mereka di peringkat Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN).
Parlimen Ipoh Barat misalnya, masih menjadi kubu kuat Penasihat DAP, Lim Kit Siang dimana beliau  memperoleh majoriti terbesar di Perak dengan 21, 942 undi mengalahkan calon BN Liew Mun dengan hanya 15, 422 undi pada PRU12.
“Masyarakat masih kuat menyokong DAP, mereka lebih bersatu memilih DAP, MCA sekiranya bertanding susah untuk calon MCA menang jika diletakkan di kawasan majoriti masyarakat cina kerana MCA kurang mendapat perhatian.”
BN Perak cuma menang tipis – Cikgulin
Kenyataan sama turut dikongsi seorang lagi penganalisis Perak, Roslin Zainuddin, yang meramalkan BN akan memenangi PRU13 di Perak dengan majoriti  tipis.
Pemilik blog politik bernama cikgulin57.blogspot.com ini menyimpulkan bahawa BN kekal di Perak namun tidak dengan majoriti dua pertiga.
Ini kerana DAP katanya telah dilihat menjadi alternatif terbaru kepada masyarakat Cina di negeri itu.
“BN saya ramalkan akan memenangi 37 kerusi DUN di Perak manakala Pakatan Rakyat 22 kerusi, dengan DAP 17, PAS cuma 2 kerusi dan PKR 3”, BN mampu untuk membentuk kerajaan namum bukan dengan 2 per 3,” katanya ketika dihubungi oleh ABN News.
Pada 2008, PR menguasai Perak dengan kemenangan 31 kerusi DUN berbanding BN dengan hanya 28 kerusi.
Namun pada 2009, 4 ahli ADUN mengistiharkan keluar parti dan menyokong BN.
Antaranya ADUN Behrang (Jamaluddin Mohd. Radzi) dan ADUN Changkat Jering, Mohd. Osman Jailu, ADUN Jelapang (Yit Foong) dan juga ADUN Bota (Datuk Nasarudin Hashim) yang kembali kepada BN.
Berikutan itu tercetus krisis politik apabila Datuk Seri Nizar Jamaluddin  dikatakan tidak lagi menjadi Menteri Besar Perak setelah BN mengambil alih tampuk kerajaan negeri pada 6 Februari 2009, meskipun Mahkamah Tinggi Malaysia mengisytiharkan  Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah.
Namun pada 22 Mei 2009, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan memutuskan Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah, sekaligus membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu.
Menurut Roslin, secara perincian, pada PRU13 BN dijangka akan menawan 18 kerusi Parlimen sementara PR cuma 6.
Berpengalaman sejak PRU pada 1978, beliau menyifatkan PRU kali ini sangat sengit disebabkan momentum PRU12 yang memperlihatkan PR berjaya menguasai 5 negeri di awal 2008.
“Di bahagian utara seperti Parit Buntar, Bagan Serai akan sengit kerana Parit Buntar lubuk PAS, Bagan Serai pula BN, Tambun diyakini akan memihak kepada BN, sementara Gopeng pula akan berdepan saingan dengan DUN Teja  akan memihak kepada BN sementara DUN Sungai Rapat dan Simpang Pulai akan memihak kepada PR”.
Jelas beliau, Parlimen Gopeng berdepan keadaan yang hangat apabila dikatakan menjadi medan pertembungan apabila DUN Teja dijangka akan memihak kepada BN manakala DUN Sungai Rapat dan Simpang Pulai pula memihak kepada PR.
PRU12 lalu menyaksikan Dr. Mujahid Yusof dari PAS mengalahkan calon BN Senator Datuk Abdul Raman Suliman dengan majoriti 7, 551.
Begitu juga Parlimen Bagan Serai dengan menerusi Muhsin Fadzli Samsudin dari PKR dengan majoriti 3, 413 yang menewaskan Datuk Zainal Abidin Zin dari BN.
Kekalahan DUN Teja dijangka disebabkan perpindahan pengundi DUN itu kepada Sungai Rapat menyebabkan DUN Teja kekurangan undi Melayu.



LAPURAN PENUH






No comments:

Post a Comment