Monday, 22 April 2013

UNIT AMAL PAKATAN RAKYAT SELAMATKAN "PEMANTAU PRU 13" DI TELUK SENA, P69 PARIT.




GAMBAR HIASAN SAHAJA


Aku singgah di Restoran Wan Lebor di Simpang Bota Kiri (DUN N39 Bota) dalam perjalanan aku pulang ke Sitiawan.

Terkejut aku apabila aku mendengar cerita tentang "PEMANTAU PRU 13" dari MAJLIS BELIA MALAYSIA diserbu oleh Pemuda Pakatan Rakyat semasa Anwar sedang berceramah di Teluk Sena, DUN N39 Bota. Kekecohan itu menyebabkan pegawai berkenaan kehilangan "KAD PEMANTAU PRU 13".

Kejadian ini sempat dileraikan oleh Unit Amal Pakatan Pembangkang dan juga Pihak Keselamatan yang hadir. 

Kekecohan itu kemungkinan disebabkan oleh tindakan pegawai berkenaan cuba merakam gambar ceramah Anwar. Mungkin disebabkan beliau bukan dari golongan mereka maka serbuan telah dilakukan terhadap pegawai berkenaan oleh golongan muda.

Apa yang dimaklumkan, pengunjung yang hadir adalah lebihkurang 2,500 orang. Disebabkan Teluk Sena adalah bersempadan dengan P73 Pasir Salak (BN Tajuddin Rahman vs PKR Mustapha Kamil Ayub) ... pengunjung dari P73 Pasir Salak merupakan majoriti berbanding dengan pengunjung dari P69 Parit (BN Zaim Abu Hasan vs PAS Ismi)


Sekian Laporan dari : BNPC


No comments:

Post a Comment