Wednesday, 17 April 2013

BNPC MELAPORKAN : ADA YANG NAK BAKOR KELAMBU". SUARA SUMBANG DI P69 PARIT?








Pengundi di kawasan Parit (P69 Parit, N38 Belanja dan N39 Bota) terkenal dengan "SIKAP TERSENDIRINYA". 

PRU 1969, Perikatan kalah 1:2 sementara bertambah teruk di 1999 di mana kecundang 0:3 di tangan pembangkang. Kemudian tertebus kembali di PRU 2004 juga PRU 2008.

Pukul 10.00 pm tadi, aku bertemu dengan Para Penyokong BN di DUN Bota yang baru balik dari Khenduri Doa Selamat di Masjid Ekor Bota (DUN Bota).

Rata-rata menyatakan serta memberi hujjah masing-masing bahawa kesimpulannya "BAKOR KELAMBU" iaitu kiasan untuk "MENGALAHKAN CALON BN P69 PARIT DI PRU 13 INI". Apakah hujjahnya ... TAK PERLU AKU NYATAKAN DI SINI.
Aku mendiamkan diri sambil menjadi PENDENGAR SETIA (maklumlah ... mereka sedang melepaskan "kebuku" selama ini terhadap Calon Berkenaan). Cuma aku sempat berpesan .... "Kalau ada Dato' Nasa ... jangan sebut pasal ini .... nanti orang kata dia Ketuanya".

Tak lama, Dato' Nasarudin Hashim (Calon N39 Bota) tiba bersama beberapa yang lain. TERHENTI SEMUA SEMBANG RANCAK ... dan  mereka terus sembang tajuk yang lain.

Beliau duduk bersama kami sambil memesan minuman. Kami bersembang mengenai "ISU SEMASA"  ..... SIAPA CALON BN YANG TERSENARAI.

Tiba2 ... datang seorang tetamu ... sambil duduk dan  terus berkata "ADA KELAMBU YANG NAK KENA BAKOR" .... Dato' Nasarudin Hashim dengan SPONTAN bangun lalu berubah meja lain sambil berkata "Nak dengor BERITA AKHIR TV3".

Aku faham bahawa beliau TAK SUKA KENYATAAN BERKENAAN .... tapi apa boleh buat .... "MULUT ORANG BUKAN BOLEH DI ZIP".  Tamat berita beliau mintak diri untuk beredar sambil bersalaman dengan hadirin.

Seelok2 sahaja kereta beliau bergerak ... MEREKA (Penyokong BN) SAMBUNG SEMULA BERHUJJAH ... TAJUK ASAL "BAKOR KELAMBU". 

Masa ini, aku berhujjah sama. Matlamat aku    "MENYURUH UNDI BN" .... tak kira siapa Calon dan akhirnya .........."SATU KETETAPAN TELAH DIPEROLEHI" tapi SANGGUPKAH CALON P69 MERENDAHKAN DIRI?

Nak tau ker ... APA KETETAPANNYA?
Dah tentu SULIT UNTUK DIPAPARKAN.



WALLAHU ULAM




1 comment: