Friday, 19 April 2013

LAPORAN BNPC: PUSAT KHIDMAT DUN BEHRANG KENA SERANG MALAM TADI ... KENAPA?




Aku tak mau komen apa-apa ..
sebabnya .. aku dah komen sebelum ini.

Oleh itu .. lihatlah gambar-gambar di bawah untuk menunjukkan ceritanya.








BERIKUT DIPAPARKAN 
"SURAT TERBUKA"
Mantan S/Usaha PRU PKR
Cabang Tanjung Malim
kepada YAB PM

Assalamualaikum.. Kepada YAB Dato Seri Najib Tun Abdul Razak Pengerusi Barisan Nasional Saya adalah Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Cabang Tanjong Malim Perak Merangkap Setiausaha Jentera Pilihanraya AMK Cabang Tanjong Malim..... Sekarang telah meninggalkan PKR dan kini bersama bekas ADUN Behrang Jamaluddin Mohd Radzi.. Apabila senarai nama calon-calon di umumkan untuk Negeri Perak..di dapati nama bekas ADUN Behrang Jamaluddin Mohd Radzi tidak di senaraikan sebagai calon N59 Behrang pada pru 13 kali ini. Ini membuatkan rakyat dan pengundi di behrang rasa terkejut dan amat berdukacita..Beliau adalah seorang pemimpin yang di senangi serta mesra rakyat dan mudah di dampingi. Rasa terkejut, bukan hanya rakyat dan pengundi DUN Behrang sahaja..tetapi ianya telah merebak ke seluruh pelusuk rakyat Perak..dengan berita ini, di kuartiri isu tidak tersenarainya Jamaluddin Mohd Radzi di N59 Behrang akan di mainkan oleh pembangkang semasa kempen pilihanraya nanti..dengan isu "Manusia yang pernah berjasa dan mengembalikan Perak kepada Barisan Nasional pada 2009 pun tidak di kenang jasanya oleh pimpinan BN khususnya pimpinan dari UMNO"dengan mainan isu ini oleh pembangkang semasa hari kempen..bermakna rakyat Perak serta Malaysia akan melihatnya dari sudut negetif Kerajaan Barisan Nasional dan berkemungkinan rakyat tidak akan mengundi calon Barisan Nasional. Dari maklumat dan sumber PKR Perak..mereka akan mainkan isu ini kelak.. Dari risikan setempat di N59 Behrang semalam dan hari ini, pengundi,penyokong,ahli Umno sendiri, ahli Mic,Ngo-Ngo dan rakyat di Behrang, tidak akan mengundi calon yang telah di pilih iaitu Datuk Rusnah Kassim. Ini bermakna penolakan secara total pengundi DUN Behrang terhadap calon yang telah di pilih. Kami mengharapkan dalam masa beberapa jam sahaja sebelum hari penamaan calon 20hb April 2013..adanya pertimbangan dari YAB Dato Seri .. KAMI SAYANGKAN BARISAN NASIONAL DAN KAMI MAHUKAN JAMALUDDIN MOHD RADZI SEBAGAI CALON BERTANDING ATAS TIKET BARISAN NASIONAL PRU 13 KELAK. Sekian, maklumanSee more


SEKIAN.


BNPC
Melaporkannya khas dari kawasan Pilihanraya Tg Malim.


1 comment: