Sunday, 14 April 2013

POLITIK PERAK HARI INI (13 APRIL 2013) MENGIKUT KACA MATA CIKGU LIN (PENGASAS BNPC).




BERIKUT ADALAH LABUN-LABUN POLITIK PERAK
YANG HANYA SESUAI DIBACA SAHAJA
DAN
JANGANLAH DIANGGAP SEBAGAI LAPORAN RASMI




CIKGU LIN
PENGASAS BN PERAK CEMERLANG (BNPC)




PARLIMEN TELUK INTAN INGIN MENEBUS KEKALAHAN (3:0) NYA DI PRU 13.
Konon citernye .... Muka baru akan dicalonkan ... tapi masih dalam senarai AJK Bahagian. Ini untuk mengelakkan PISANG BERBUAH DUA KALI (harap faham apa yang saya kiaskan).
Muka baru ini ... ada yang berkelulusan tinggi .. dan ada yang tak berapa tinggi.
Tapi ... memandangkan keperluan sekarang ini .. YANG TINGGI AKAN TERPILIH.
Diharap di kalangan AJK dan Kroni ... JANGAN SEBOTAJ LAGI YER?


PARLIMEN BUKIT GANTANG MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN MANTAN MENTERI BESAR PERAK (DS NIZAR JAMALUDDIN) YANG AKAN BERTANDING DI N14 CHANGKAT JERING.
N13 Kuala Sepetang akan diserahkan kepada Gerakan dan kononnya dah siap Calonnya.
N14 Changkat Jering, N15 Trong dan P59 Bukit Gantang dijangkakan akan diisi oleh beberapa nama pemimpin tempatan seperti Dato' Rosli Husin, Dato' Ismail SaffianHaji Rosli Isa dan Timb/Naib Ketua Bahagian.
Saya berani berkata bahawa "Dato' Ismail Saffian akan dicalonkan" sementara dua tempat lagi adalah di antara mereka yang lain itu.
Walau bagaimana pun ... BUKIT GANTANG DIJANGKA AKAN MENGEMBALIKAN ZAMAN KEGEMILANGAN DI PRU 13 INI (4:0)


BANYAK PERSOALAN YANG TIMBUL DI PARLIMEN P73 PASIR SALAK, DUN N48 KG GAJAH DAN DUN N49 SUNGAI MANIK.
Penampilan BUAH HATI DSAI (Mustapha Kamil Ayob) bertanding HANYA KERUSI PARLIMEN SAHAJA (PRU 2008 beliau bertanding kerusi Parlimen dan DUN Sg Manik) akan menyebabkan UNDIANNYA BERTAMBAH. Jadi, dengan berbekalkan UNDI MAJORITI 2,688 mampukan Penyandang (Dato' Tajuddin Rahman) mempertahankan serangan PR di samping karenah peribadi penyandang yang sentiasa dipertikaikan semenjak dua menjak ini?.
N49 Kampong Gajah pula dijangkakan mengemukakan muka baru menggantikan YB Dato' Wan Norasyikin yang baru-baru ini (bermasalah di cawangannya). Nama yang ada disebut2 ... Naib Ketua Bahagian En Abdullah Fauzi Ghazali.


PERCATURAN PARLIMEN P67 KUALA KANGSAR, N34 BUKIT CHANDAN DAN N35 MANONG.
Pucuk Pimpinan kemungkinan akan meletakkan ADUN Bukit Chandan (YB Wan Khairil) sebagai calon P67 Kuala Kangsar menggantikan YB Dato; Rafidah Aziz yang direhatkan. Dato' Kamilia Ibrahim (Naib Ketua Wanita Malaysia) dijangkakan tidak dicalonkan memandangkan kesibukan beliau dalam kerjaya. Seorang muka baru akan ditampilkan ... SIAPAKAH BELIAU?


PERCATURAN CALON UMNO P69 PARIT, N38 BELANJA DAN N39 BOTA.
Bagi menyelesaikan masalah PERGOLAKAN KEPIMPINAN sejak Pemilihan UMNO 2009 ... ada beberapa cara mengatasinya bagi mempastikan BN dapat mengekalkan kerusi sedia ada.
A : SEMUA KEKAL (perubahan tempat sahaja).
B : (TAK BOLEH CERITA) ... nanti ada yang marah.
C : BUANG SEMUA .... CALONKAN MUKA BARU.
Tidak dinafikan ... SEPARUH DARI AHLI UMNO PARIT .. berpihak kepada YB Nasarudin Hashim (Rujuk {Pencalonan Bertanding Ketua Bahagian ... hampir 50% pencalonan diperolehinya) tepi beliau kalah semasa bertanding. 50% itu BESAR MAKNANYA ... jika YB Nasarudin tidak terpilih ... ada AHLI-AHLI UMNO ... "MACAM ANAK AYAM KEHILANGAN IBU".
Jadi, saya berpendapat .... "A" adalah yang PALING SESUAI dan disusuli B dan C.


TAMBUN KEMUNGKINAN MENAMPILKAN DUA MUKA BARU.
Ketiadaan YB Dato' Rusnah Kassim (ADUN Hulu Kinta) dan Penarikan Diri YB Nadzri Ismail (ADUN Manjoi) akan menyebabkan dua muka baru dari UMNO dicalonkan. Penampilan kedua-dua Calon ini bagaikan menjawap SOALAN CEPUMAS selama ini di mana .... mereka (Pengundi Tambun) inginkan Calon Tempatan ... Diharapkan ... "SETELAH DAPAT CALON TEMPATAN ... KEPUTUSANNYA TERBUNGKANG PULAK"... pastikan UNDI MAJORITINYA ... melebihi dari PRU 2008.
HUBAYA-HUBAYA


PKR SEKARANG ... HANYA MENGHARAPKAN PAS SEBAGAI "DINDING RASA MALU" DISEBABKAN ISU KETUA UMUMNYA ... KALAU TAK ADA PAS ... DAH LAMA MEREKA NI HANYUT TERAPUNG "BAGAIKAN BUIH DI ATAS KELADI BUNTING KETIKA AIR SUNGAI MELIMPAHI TEBING".
MALANGNYA, PAS PULAK TELAH TERPALIT DENGAN ISU "VEDIO TERBARU" ... PEMIMPINNYA YANG MENJADI ISU HANGAT SEKARANG INI (saya tak pernah tengok vedionya).
MAKA, TINGGALLAH DAP (DOMINAN PR) YANG SENTIASA MENYEMBUNYIKAN "ANEKA RAGAM" MEREKA DARI KACA MATA UMUM.


PKR (PSM) CABANG SUNGAI SIPUT BERTEMU BUKU DENGAN RUAS.
PRU 2008 dulu, kebanyakan Pengundi Kaum India bertindak PROTES terhadap kepimpinan MIC Pusat. Apabila telah berlaku perubahan pucuk pimpinan ... sudah tentulah BERLAKU PERUBAHAN UNDIAN ... juga BN Pusat/Perak dijangka mencalonkan Ketua Bahagian (Dato Dzul) DUN Lintang dan dengan sokongan padu dari Dato' Ahamad Pakeh Adam ... PKR/PSM di sini ... dijangkakan HANYUT


PKR CABANG BUKIT GANTANG DALAM DELIMA.
Sebelum ini DUN Kuala Sepetang majoriti Melayunya kurang dari 60% tetapi Dis 2012 telah meningkat melebihi DUN Changkat Jering. DUN ni Bn dijangka akan meletakkan Calon Gerakan (Bekas Ahli DAP Selangor) untuk bersaing dengan ADUN Penyandang. Persaingan dijangka hebat tetapi lebih memihak kepada BN.


PKR CABANG TG MALIM MASIH MEMEGANG MESIN KIRA (DUA ATAU TIGA PENJURU).
ini disebabkan BN dijangkakan akan menampilkan Calon BN bukannya memilih Penyandang sedia ada YB Jamaluddin Mohd Radzi (BEBAS) di N59 Behrang. Jika bertanding 3 penjuru ... ketiga2 Calon ada potensi untuk menang.


PKR CABANG BAGAN DATOK GERUN .... JIKA KETUA IPF (EN. APPLASAMY) BERTANDING BEBAS.
Ini disebabkan YB Kasevan dan En Applasamy sebaya dan sekampung (Jenerata Estate). Tindakan En Applasamy Subramaniam menarik diri dari bertanding BEBAS telah melegakan PKR Cabang khasnya YB Kasevan yang akan mempertahankan kerusi N54 Hutan Melintang


PKR CABANG BERUAS SUDAH DILUPAKAN ....
Semenjak kematian Allahyarham Cikgu Kamarudin ... PKR Beruas macam tak bernyawa.


PKR CABANG PARIT ... DITERAJANG KE TEPI OLEH KRONI CALON PKR N39 BOTA.
Ini menyebabkan AJK Cabang merasa terkilan dan mula TARIK BREAK dan mengarahkan kebanyakan pemimpin PKR ... menutup pintu apbl kroni Calon ini tampil untuk memberi ceramah dsbnya.


PKR CABANG PASIR SALAK .... DAH MAIN SEPAK TERAJANG.
PKR Pusat mencalonkqan BUAH HARI DSAI (Mustapha Kamil Ayob) sebagai Calon Pasir Salak .... mengenepikan Ketua Cabang yang mengalahkan Mustapha Kamal tempoh hari. Jadi, sekarang mereka sedang BERPENCAK SILAT.


PKR CABANG LUMUT ... TINGGAL GUSI AJE.
Dulu ...
Kerusi Parlimen P74 Lumut = PKR sekarang .... nama aje PKR tapi PAS
Kerusi DUN N51 Pasir Panjang = Dulu dan Kini PAS
Kerusi DUN N52 Pangkor (DUN YAB MB) = PKR (kalau menang KIRA HANDAL LER)



SEKIAN, ADANYA





2 comments:

  1. Dato' Kamilia Ibrahim (Naib Ketua Wanita Malaysia) dijangkakan tidak dicalonkan memandangkan kesibukan beliau dalam kerjaya. <-- something is not right here, politic dalaman dari Sharizat takut kerusi Ketua Wanita tergadai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tanya sikit ,,, dalam seminggu ... berapa hari beliau ada dalam kawasan?

      Delete