Sunday, 23 December 2012

SIAPA KATA "PAK KADUK KALAH JUDI" .....






Setelah termakankan UBI ARA (kembong perut) dan baring berehat atas DAUN JELATANG GAJAH (gatal yang amat sangat) di Bukit Tunggal di Pulau Tiga, Kg Gajah ... Raja Muzafar Shah (Putera Sultan Melaka) menitahkan Tun Saban (Janin), Penghulu Kasim (Manjung) dan rombongannya ke Sungai Perak.

Tak jadilah mereka memasuki Perak melalui daratan ... lalu Raja Muzafar Shah menaiki bahteranya mudik ke hulu ... lalu TERKEJUT kerana ada perkampungan di situ iaitu (KALAU NAK TAU JUGA .... KLIK DI SINI)

Disambungkan cerita .... Raja Muzafar Shah hanya diberi belasan ekar tanah sahaja untuk membina istana oleh MAHARAJA LAMBOR. jadi, manalah cukup .... 

Untuk meluaskan lagi JAJAHANNYA ... atas titah perintah Sultan Muzafar Shah I (sesudah ditabalkan menjadi Sultan Perak I) Pembesar Istana harus mencari jalan bagaimana hendak MEMILIKI TANAH DI SEBELAH HULU LAMBOR.

Masa itu, Pak Kaduk adalah PENEROKA PALING HULU dan semestinya BELIAU YANG MEMILIKI TANAH-TANAH DI SEBELAH HULU (rujuk cara penerokaan Tanah Zaman Dahulu - 100 depa satu keluarga dikira dari Tebing Sungai).

Maka berlakulah PENGAMBILALIHAN TANAH di antara PAK KADUK vs PEMBESAR ISTANA.

Setelah selesai semuanya, Pak Kaduk kembali ke Sumatra dengan membawa BUNGKALAN EMAS lalu mengupah Tukang Emas membantuk berbagai jenis BARANGAN KEMAS untuk 9 anak-anaknya.

Kembalinya Pak Kaduk ke Lambor sebagai Orang Kaya dan memberi semua anak-anaknya BARANG HIASAN yang dibawa dari Sumatra.

Malangnya, sepeninggalan Pak Kaduk ke Sumatra .... timbul berbagai-bagai cerita ... TERUTAMA CERITA "KALAH SABUNG AYAM" .... dari mana cerita ini timbul?.

INI ADALAH SALAH SATU BARANG HIASAN
PENINGGALAN PAK KADUK
YANG MASIH DISIMPAN OLEH WARISNYA
DI BATU 16, LAMBOR KANAN, PARIT, PERAK

BERAPA NILAINYA SEKARANG NI?

Jadi, walaupun 
AKU BUKAN DARI KETURUNAN PAK KADUK

FIKIR-FIKIRKANLAH ...


WALLAHU 'ALAM




No comments:

Post a Comment