Tuesday, 4 December 2012

P69 PARIT : WAKIL SETIAP KUMPULAN PERLU DIBERI PELUANG UNTUK MENJADI CALON .... KALAU TAK .... ENTAH LER



Aku ni Orang Lama di P69 Parit.
Lebih lama dari Penyandang yang ada di Bahagian Parit tu dan telah bergelumang dengan PRU sejak PRU 1978 lagi walaupun umurku ketika ini HANYA 55 TAHUN.

Tapi aku pernah diamanahkan menjadi
SETIAUSAHA PRU DUN BOTA1995
PENYELARAS PRU LUMUT 1999
PENYELARAS PRU DUN BOTA 2004
PEMBANTU CALON PRU 2008

TAPI dik kerana AKU MARHAIN ...
beginilah aku SEADANYA.

Tapi, dalam perkara PRU 13 ni ... aku nak bercakap banyak sikit hari ni.

Aku berani kata bahawa UMNO Bahagian Parit ni dah terbahagi kepada DUA KUMPULAN.

KUMPULAN A
Ketua Bahagian dan Penyandang yang sedia ada bersama orang-orangnya.

KUMPULAN B
Menyokong Kepimpinan YB Nasarudin Hashim yang bersepah di merata pelusuk P69 Parit terutama di N39 Bota termasukler AKU.
Tapi aku .... Pucuk Pimpinan letak siapa pun Insya Allah aku akan undi ... sejak dulu lagi aku begitu. Tapi orang lain ... mana aku tau hati perut deme?.

Jadi, kalau nak pilih calon tu ...
seeloknya bior 
ADA WAKIL DARI KEDUA-DUA KUMPULAN

ITU SAJA ....
NAK CITER LANJUT NANTI APA KATA
PEMBANGKANG PULAK.

NAK SEMBANG LEBIH ...
CUBA LER HUBUNGI AKU NI
(KALAU SUDI)


YB NASARUDIN HASHIM


YB NIZAR ZAKARIA


HUBAYA-HUBAYA




No comments:

Post a Comment