Saturday, 1 December 2012

PERHATIAN UNTUK TEKUN, MARA, LPP, DLL DENGAN MODAL RM5,000.00 SEKELUARGA BOLEH MENDAPAT PULANGAN DIANGGARKAN RM4,500.00/BULAN.


Mari kita tengok dan teliti ... apa yang dipaparkan di bawah ini. Adakah aku HANYA SYOK SENDIRI?.


SEBELUM ITU
IZINKAN AKU MERAKAMKAN
PENGHARGAAN TERIMA KASIH
KEPADA
JEJAK INOVASI AKAR UMBI
(YAYASAN INOVASI MALAYSIA)

PANEL JEJAK INOVASI
(UNIKL MANJUNG)
BERITA HARIAN (KELUARAN 1 DIS 2012)
RAKAN YANG MEMBANTU
(Membentuk/membina ILHAMKU)
dan
KELUARGA serta RAKAN YANG MEMBANTU


TERIMA KASIH
YAYASAN INOVASI MALAYSIA
MOSTI

1. BOLEHKAH "PROJEK KECIL INI" menjamin pendapat SEISI KELUARGA?.

2.    Mampukah Institusi TEKUN/MARA/LPP/ INSTITUSI BERKENAAN memberi peranan ke arah ini?

3.    Bagaimana dengan INSTITUSI KEWANGAN lain?



Sejak sekian lama tatkala HARI RAYA,
aku terpaksa mencari kayu api 
untuk membakar lemang
hinggalah aku meminta  Abang Sepupuku
membuatkan SATU ALAT PEMBAKAR
yang boleh membantu aku.

Walaupun buatannya KURANG MENEPATI CITARASAKU .... cukuplah memenuhi keperluanku.

Walau pun begitu, ALAT PEMBAKAR ini perlu diubahsuai demi memenuhi CITARASAku.

1.   Tak perlu guna kayu api.
2.   Cepat masak.
3.   Tak mengeluarkan asap.
4.   Bersih - tanpa mengotorkan kawasan.
5.   Lemang tidak terlalu berkerak.
6.   Mudah dibawa ke sana kemari.
7.   Tidak MENCEDERAkan pengguna.
8.   Boleh digunakan untuk tujuan lain.

Hari ini ( 14 Okt 2012 ) terpanggil aku untuk menyertai JEJAK INOVASI anjuran Yayasan Inovasi Malaysia.

Di bawah ini dipaparkan beberapa PIC dan VEDIO berkaitannya.




















Apakah bahan yang akan diberikan dengan jumlah PINJAMAN RM5,000.00 itu?.

a)  4 unit ALAT PEMBAKAR LEMANG (tahan panas).
b)  2 unit KHEMAH berukuran 10' X 10'.
c)  2 unit MEJA
d)  8 unit KERUSI PLASTIK
e)  2 unit ALAS PEMOTONG
f)   2 unit PISAU PEMOTONG (tahan karat)
g)  2 unit POSTER BERKAKI berukuran 2' X 6'
h)  2 unit POSTER IKLAN berukuran 3' X 10'
i)   500 unit BEKAS PLASTIK MAKANAN MINI
j)  10 bungkus PLASTIK BUNGKUS
k)  2 unit TONG SAMPAH
l)  1 unit BEKAS TAHAN PANAS berukuran 2' X 3' X 2'
m) 2 unit DAPUR BERTUNGKU
n)  2 unit TONG GAS 
o)  KOS PENGHANTARAN
p)   MODAL PUSINGAN
q)  KURSUS MASAKAN dan PENGENDALIAN
r)  KHIDMAT NASIHAT (BERKALA)


Berapakah PULANGANnya?. Mari kita kira.

PULANGAN HARIAN SEKELUARGA

1.  Jumlah lemang dimasak : 100 batang
2.  Harga seunit (minima) :  RM10.00
3.  Jumlah Perolehan (80%) : RM800.00 

KOS HARIAN = RM425.00

1.  Beras Pulut : 20 kg X RM4.50 = RM90.00
2.  Santan : 15 kg X RM7.00 = RM105.00
3.  Buluh + Daun : 100 X RM1.50 = RM150.00
4.  Gas Masak : RM10.00
5.  Bahan Pembungkus/Plastik : RM50.00
6.  Runcit = RM20.00

KOS TAMBAHAN (UPAH)

1.  Penyelia : RM75.00
2.  Pembantu : RM50.00 X 2 = RM100.00


BAKI BERSIH = RM200.00

KEUNTUNGAN BERSIH MINGGUAN.

RM200.00 X 6 hari = RM1,200.00/minggu

PENDAPATAN BULAN = RM5,000.00

Bayaran Balik Pinjaman = RM500.00/bulan

PENDAPAT BERSIH = RM4,500.00/bulan


ADAKAH INI REALITI
ATAU
SEKADAR PENGIRAAN DI ATAS KERTAS SAHAJA?

WALLAHHUALAM











8 comments:

  1. bagaimana cara pembuatan tong pembakar tersebut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang aje ...
      Pergi ke Kilang ... suruh depa buat
      atau ... suruh kengkawan yang tau buat ....
      tapi selalunya cara begini tak memenuhi syarat dan kreteria yang dihajatkan oleh kita terutama dari segi keselamatan pengguna ...

      Delete
    2. Memang mudah kata2 tuan...brpandukan knyataan tuan diatas mmbuktikan tuan bukanlah pncipta tong tersebut..harap maklum tuan...tong itu sbnrnya masih dalam proses pndaftaran paten..tntang aspek kselamatan itu jga sdang dipertingkatkn..jadi sy hrap pihak tuan menarik balik knyataan tuan yg disiarkn dalam akhbar BH 1 dis 2012...harap maklum..

      Delete
    3. 1. Saya tak mempunyai kilang untuk membinanya ... jadi adakah salah jika saya memohon jasabaik orang lain untuk membina "sesuatu yang saya telah fikirkan sekian lama".
      2. Pengilang akan membina sesuatu dari apa yang dikehendaki oleh pemesan. Adakah BARANGAN itu dipunyai oleh Pengilang atau Orang Yang Memesan?.
      3. Memang tugas Pengilang membuat apa saja pesanan yang diterima.
      Harap baca di atas dan sila baca petikan di atas [RAKAN YANG MEMBANTU
      (Membentuk/membina ILHAMKU] ... mungkin anda akan lebih faham berkenaan dengan perkataan ILHAMKU.
      Sekian, harap maklum.

      Delete
    4. Sebelum terlupa ...
      Kalau sekiranya Pihak Berkenaan mempunyai sebarang CIPTAAN ... sila paternkan segera sebelum Orang Lain MEMPATERNKANNYA.
      Ikhkas dari saya.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. memang boleh..tuan mempunyai idea tuan sendiri..tapi apa yang tuan dapat sekarang adalah dari hasil tangan orang lain..dan sebelum tuan ingin membawa sesuatu ciptaan orang lain ke dalam apa2 jua event atau majlis..bukan kah seharusnya tuan memohon izin dari pihak tersebut?? dalam adab agama islam kita juga ada menyatakan maksud kata2 saya ini..saya tahu status tuan sebagai seorang guru dan juga terlibat dalam hal2 politik..jadi seeloknya tuan jaga nama baik tuan..dengan kenyataan tuan dalam akhbar tersebut sedikit sebanyak menguris sensiviti pihak kami...untuk makluman tuan sekali lagi..ciptaan ini sedang dalam proses untuk dipaternkan dan juga dalam proses untuk disirimkan...segala pendaftaran syarikat juga telah dibuat beberapa bulan yang lalu..jika tuan dipihak kami..apa pula yang tuan akan rasa jika hak tuan dipergunakan oleh orang lain?tuan sndiri tahu jawapannya kan?apa yang tuan dapat dari hasil ciptaan itu rezeki tuan..tapi kami hanya mahu hak ciptaan kami sahaja..sekian dari saya.. MOHAMAD RIDHWAN

    ReplyDelete
  4. Silakan ... saya tidak akan ganggu jika pihak tuan ingin membuat patern dan sebagainya.

    Saya hanya akan paternkan HAK SAYA bukan hak orang lain.

    Semoga anda semua berjaya.

    Terima kasih.

    ReplyDelete