Sunday 23 December 2012

ORANG KUAT BN BARU SAJA MENINGGAL DUNIA.





MENDIANG
DATO' SERI LIM KENG YAIK
MENINGAL DUNIA DI KEDIAMANNYA
DI TROPICANA PETALING JAYA
JAM 4.45 PETANG TADI

Dato' Seri Dr. Lim Keng Yaik telah dilahirkan di Tapah,Perak. Beliau mendapat pendidikan awal di St. Micheal Institution, Ipoh mulai tahun 1947 hingga 1957. Beliau kemudian melanjutkan pengajian ke Queens University, Belfast di Ireland dan bidang perubatan dan surgeri (MBB.Ch) dari tahun 1958 hingga 1964. Beliau juga telah memperolehi Ijazah Doktor Falsafah (PhD) daripada universiti yang sama pada tahun 1995.


Y.B. Dato' Seri memulakan kerjaya profesional sebagai Pegawai Perubatan pada tahun 1965 hingga 1971. Pada tahun 1972, beliau telah dilantik sebagai Senator Dewan Negara hingga tahun 1978. Sepanjang perlantikannya itu, beliau pernah diberi tanggungjawab sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas mulai tahun 1972 hingga 1973.


Y.B. Dato' Seri merupakan bekas Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) yang berkhidmat sejak tahun 1980 hingga [[. Beliau juga pernah dilantik sebagai Timbalan Presiden GERAKAN dari tahun 1976 hingga1980.
Beliau mula menyertai politik pada tahun 1968 dengan menyertai parti MCA. Pada tahun 1972, beliau dilantik sebagai Menteri Tugas-tugas Khas (berkenaan Kampung Baru dan Darurat). Kemudian pada tahun 1973, beliau dipecat daripada MCA kerana menentang Presiden ketika itu,Tun Tan Siew Sin kerana terlibat dalam penentangan gerakan reformasi MCA.
Pada tahun yang sama, beliau telah menyertai parti GERAKAN dan telah dilantik sebagai Pengerusi GERAKAN bhagian Ulu Kinta.
Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Senator antara tahun 1971 dan 1977 selama 12 penggal.
Seterusnya, beliau diberi peluang bertanding atas tiket Barisan Nasional dan menang dikerusi DUN Jalong,Perak pada Pilihan Raya Umum 1978. Setelah itu, beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak (AMMK). Beliau berjaya mempertahankan kedudukannya sebagai ADUN Jalong dan AMMK Perak pada penggal berikutnya hingga tahun 1986.
Pada Pilihan Raya Umum 1986, beliau telah bertukar ke Parlimen Beruas hingga kini dan dilantik sebagai Menteri Perusahaan Utama hingga tahun 2004.
Pada Pilihan Raya Umum ke-11 lalu, beliau telah berjaya mempertahankan kemenangannya di Parlimen Beruasbuat kali ke empat berturut-turut setelah menewaskan calon Parti Tindakan Demokratik (DAP) Nga Hock Chech dengan kelebihan undi 4,564 undi.



Sekian, terima kasih.





No comments:

Post a Comment