Friday, 8 January 2021

PRU15 (BAH 4) : SIMULASI KEPUTUSAN PRU15 (PAS : 100%, BN : 15% DAN PH : 25%) UNDI PN


KAJIAN HANYA DI 165 PARLIMEN
SEMENANJUNG TANAH MELAYU SAHAJA
DAN
BERDASARKAN KEPUTUSAN PRU14

A.    LATAR BELAKANG

1.    Keputusan PRU14 lalu dan perpindahan 7 MP PKR ke PPBM telah mengubah Komposisi Kemenangan Parti di kalangan Gabungan Perikatan Nasional. BN menang di 49 kerusi, PAS menang 18 kerusi sementara PPBM menang 13 kerusi dan ditambah 7 Serpihan PKR menjadikan 20 kerusi diwakili oleh Parti masing-masing.

2.    Keadaan itu berubah lagi apabila semua parti di Malaysia mengisytiharkan kerusi masing-masing termasuk di Sabah dan Sarawak.

3.    Di Semenanjung Tanah Melayu (165/222) , PRU 14 lalu dan setelah berlaku perubahan selepas itu dan hari ini  pecahan berdasarkan parti adalah seperti berikut :-
    a)    38 = BN (35 UMNO, 2 MCA dan 1 MIC)
    b)    34 = PKR 
    c)    33 = DAP 
    d)    23 = PPBM 
    e)    18 = PAS 
    f)     11 = AMANAH 
    f)     07 = BEBAS
   g)     01 = MENINGGAL DUNIA  (P054 GERIK)
    


B.    PERGOLAKAN DALAMAN GABUNGAN PERIKATAN NASIONAL

1.    Semasa PPBM masih bersama PH, PAS dan UMNO telah membuat persefahaman di dalam Muafakat Nasional. Dari luar, persefahaman ini nampak ERAT tetapi sebaliknya BERCELARU dan bertambah teruk apabila PPBM keluar dari PH lalu menubuhkan sebuah parti diberi nama PERIKATAN NASIONAL tanpa disertai oleh BN/UMNO sebagai Rakan Sekutu di dalam Kerajaan Gabungan Perikatan Nasional.

2.    Akhirnya, minggu lalu di dalam Mesyuarat Perwakilan Bahagian telah bergema agar BN/UMNO meninggalkan Gabungan Perikatan Nasional tanpa memikirkan KESAN SEMASA dan IMPAK SEMASA PRU 15 nanti.

3.    Kenapa dan mengapa ... tak usah dipersoalkan akan tetapi mari kita lihat, apakah akan berlaku jika sekiranya di PRU 15 nanti :-
a)    15% dari Pengundi BN berpindah menyokong PN.
b)    25% dari Pengundi PH berpihak ke PPBM dan menyokong PN.
c)    100% dari Pengundi PAS tetap bersama PPBM di dalam PN.



C.    PERUBAHAN KERUSI DALAM 165 PARLIMEN

1.    Berikut adalah 165 Parlimen yang terlibat.




KEMBALI KE HALAMAN SIMULASI PRU 15


HUBAYA-HUBAYA

No comments:

Post a Comment