KEPUTUSAN PRK DAN PRU
AMAT BERBEZA SEKALI
1. Rata-rata Mesyuarat Perwakilan 191 UMNO Bahagian telah/akan menolak kerjasama bersama PN. Ini memberi kesan besar untuk menentukan KEMENANGAN BERSAMA menentang PH di PRU 15.
2. Mengikut Andaian, BN dan PN akan MENANG BESAR jika bersekutu dan sebaliknya KALAH jika berpisah yakni TIADA KERJASAMA di antara satu sama lain.
3. Para Pemimpin dan Akar Umbi UMNO/BN merasakan MAMPU BERSENDIRIAN menghadapi PRU 15 berdasarkan pencapaian beberapa PRK baru-baru ini. Perlu diingat bahawa ... PRK BUKANNYA PRU.
4. KEMENANGAN BN DI PRK adalah berdasarkan :-
a) Perbezaan Jumlah Undi BN di PRK dan PRU 14 tidak ketara.
a) Pengundi Luar PH tidak balik mengundi.
c) Pengundi PH kurang keluar mengundi.
d) Sokongan padu dari Penyokong PAS.
e) Kembalinya Sokongan Anak Muda ke BN.
5. ZAMAN KEBANGKITAN PERIKATAN NASIONAL
a) Mempunyai PM dan Menteri-menteri Kanan
b) PPBM bakal melebarkan sayapnya ke Lokaliti
c) Kerjasama PPBM dan PAS lebih mantap berbanding BN/UMNO
d) Kesepakatan Erat di kalangan pemimpin dan akar umbi PN
6. ZAMAN KESEDARAN BN/UMNO
a) Komponen BN dah amat berkurangan berbanding PRU 14
b) Para Pemimpin dan Akar Umbi yang bertelagah
c) Para Pemimpin masih bersikap mementingkan diri
- Ramai yang berhasrat menjadi Calon PRU 15
- Tak ramai yang sanggup berkorban menghadapi PRU 15
d) Kurangnya DATA RUJUKAN untuk memulakan tindakan
e) Suka menyalahkan Pihak Lain di atas segala kekhilafan
f) Kurangnya PELAPIS YANG MAMPU DITONJOLKAN
7. KESIMPULANNYA (jika berasingan BN vs PN)
a) Pertandingan TIGA PENJURU tidak dapat dielakkan
b) PAS akan menambah kerusi dari 18 kerusi di PRU 14
c) PPBM akan menambah kerusi dari 13 kerusi di PRU 14
d) BN/UMNO akan kalah di kebanyakan kerusi MENANG TIPIS
e) PH TETAP DOMINAN sebagai kerusi terbanyak
f) BN, PN dan PH tiada yang MENANG MAJORITI
g) 57 MP-MP Sabah dan Sarawak sebagai KING MAKER
HUBAYA-HUBAYA
No comments:
Post a Comment