Monday 4 January 2021

PENGAGIHAN 165 KERUSI PARLIMEN SEMENANJUNG TANAH MELAYU TERKINI?

 

SEBARANG PERANCANGAN PENGAGIHAN KERUSI HARUSLAH
BERDASARKAN KEPUTUSAN PRU 14

Hhh

A.    LATAR BELAKANG

        Malaysia mempunyai 222 Parlimen. Semenanjang Tanah Melayu mempunyai 165 sementara bakinya di Sabah dan Sarawak serta WP Labuan. Di sini, kita hanya membincangkan 165 kerusi di Semenanjung sahaja kerana latar belakangnya membeza dengan Sabah dan Sarawak.

1.    Dari 165 kerusi Parlimen di Semenanjung Tanah Melayu, Gabungan Perikatan Nasional (BN, PAS dan PPBM) telah berjaya memenangi 80 kerusi. 

a)    49 : BN 
b)    18 : PAS
c)    13 : PPBM 

2.    Gabungan PN ini telah menambah kerusi apabila 7 MP PKR menyertai PPBM mempunyai 20 kerusi. 

3.    Enam MP PPBM telah tersingkir dan menyingkirkan diri menjadikan PPBM hanya tinggal 14 kerusi sahaja.

4.    Kekuatan PPBM pulih apabila 10 MP UMNO menyertainya menjadikan sekarang PPBM mempunyai 24 MP dan BN tinggal 40 kerusi sahaja.

5.    Sementara BN, sekarang dari 49 MP hanya tinggal 39 MP sahaja.

6.    Kemenangan BN di PRK P165 Tanjong Piai, BN kembali 40 kerusi.

7.    Kematian Arwah Dato' Hasbolah Osman P054 Gerik, BN tinggal 39 MP sahaja.


B.    APA CARA PALING SESUAI UNTUK MENGAGIHKAN 165 KERUSI?

    Macam-macam cerita yang kita dengar dalam media sosial. Kebanyakannya hanya bertumpu kepada "AKU NAK JADI CALON ... KALAH MENANG APA PEDULI .... JANJI AKU JADI CALON".

1.    PPBM kata "Bahagi sama banyak di antara BN, PAS dan PPBM"

2.    BN kata "Jangan ambil kerusi PRU 14 kami"

3.    PAS kata "Kerusi aku jangan usik"

4.    Bakal Calon kata "Kita bertanding di semua kerusi"


C.    BERTANDING UNTUK MENANG

        Oleh itu, sudah tentulah kesepakatan itu penting di kalangan Parti Gabungan Perikatan Nasional (BN, PAS dan PPBM) untuk mempertahankan kerusi serta merampas sebanyak mungkin Kerusi Gabungan Pakatan Harapan. Di antara yang sesuai difikirkan adalah :-

1.    Mengiktiraf Kerusi Asal Parti Gabungan semasa PRU 14.
        a)   BN   = 49 kerusi 
        b)   PAS = 18 kerusi
        c)   PPBM = 13 + 7 = 20 kerusi 

2.    Mengkategorikan Parlimen Gabungan PH dan Gabungan PN yang kritikal.

         a)   Kerusi Gabungan Perikatan Nasional (80 + 7 = 87 kerusi)
                -  Mampu dikekalkan
                -  Mampu dipertahankan Tiada Data (Kerusi PPBM dan Serpihan PKR)

          b)   Kerusi Gabungan Pakatan Harapan  (78 kerusi)
                -  Puteh 
                -  Kelabu
                -  Hitam 

3.    Membahagikan kerusi kepada Parti Gabungan berdasarkan Kategori Kerusi secara ikhlas.

        a)    Berdasarkan bilangan kerusi Gabungan PH Puteh.

        b)    Berdasarkan bilangan kerusi Gabungan PH Kelabu.

        c)    Berdasarkan bilangan kerusi Gabungan PH Hitam.


KEBIASAANNYA
DI SINI BERMULA BERGADUH SESAMA SENDIRI

HUBAYA-HUBAYA

No comments:

Post a Comment