Wednesday, 6 January 2021

PRU15 (BAH 3) : SIMULASI KEPUTUSAN PRU15 (PAS : 100%, BN : 10% DAN PH : 25%) UNDI PN

 

KAJIAN HANYA DI 165 PARLIMEN SEMENANJUNG SAHAJA

DATA BERDASARKAN KEPUTUSAN PRU 14


A.    LATAR BELAKANG

1.    PRU 14 lalu, PH (DAP, PKR, AMANAH dan PPBM) memperolehi 98 kerusi berbanding BN (49 kerusi) dan PAS (18 kerusi) di Semenanjung Tanah Melayu.

2.    Kemudian, 20 MP Pakatan Harapan (PPBM (13) dan PKR (7) bertindak keluar dan sebahagiannya menubuhkan Parti PEJUANG  dan MUDA. Pakatan Harapan hanya tinggal 78 kerusi sahaja. 

3.    Masa kini, BN hanya tinggal 38/49 kerusi (berpindah ke PPBM (10) dan Meninggal Dunia (1). Sementara PPBM tinggal 6/13 sahaja (keluar menubuhkan PEJUANG (4), MUDA (1), PH (1) dan Meninggal Dunia (1).

4.    PPBM kembali bertenaga apabila beberapa MP menyertainya dari BN/UMNO (10) dan PKR (7) menjadikan 23 kerusi. Tenaganya bertambah lagi apabila mewujudkan Parti Perikatan Nasional bersama PAS (18 kerusi) menjadi 41/165. 

5.    Akhirnya, dengan sokongan Parti-parti lain Kerajaan Gabungan Perikatan Nasional diwujudkan dan PPBM dikatakan mendominasikan gabungan ini.



B.    PERGOLAKAN DALAMAN GABUNGAN PERIKATAN NASIONAL

1.    Semasa PPBM masih bersama PH, PAS dan UMNO telah membuat persefahaman di dalam Muafakat Nasional. Dari luar, persefahaman ini nampak ERAT tetapi sebaliknya BERCELARU dan bertambah teruk apabila PPBM keluar dari PH lalu menubuhkan sebuah parti diberi nama PERIKATAN NASIONAL tanpa disertai oleh BN/UMNO sebagai Rakan Sekutu di dalam Kerajaan Gabungan Perikatan Nasional.

2.    Akhirnya, minggu lalu di dalam Mesyuarat Perwakilan Bahagian telah bergema agar BN/UMNO meninggalkan Gabungan Perikatan Nasional tanpa memikirkan KESAN SEMASA dan IMPAK SEMASA PRU 15 nanti.

3.    Kenapa dan mengapa ... tak usah dipersoalkan akan tetapi mari kita lihat, apakah akan berlaku jika sekiranya di PRU 15 nanti :-
a)    10% dari Pengundi BN berpindah menyokong PN.
b)    25% dari Pengundi PH berpihak ke PPBM dan menyokong PN.
c)    100% dari Pengundi PAS tetap bersama PPBM di dalam PN.



C.    PERUBAHAN KERUSI DALAM 165 PARLIMEN

1.    Di PRU 14 lalu :-
    a)    BN yang menang 49/165 kerusi .... hanya tinggal 43/165 kerusi
    b)    PH yang menang 98/165 kerusi .... hanya tinggal 70/165 kerusi
    c)    PN (PAS dan PPBM) dari 41/165 ..... menjadi 50/165 kerusi
    d)    PEJUANG yang tinggal 4/165 .... hanya tinggal 2/165 kerusi sahaja.

2.    Berikut adalah 165 Parlimen yang terlibat.




KEMBALI KE HALAMAN SIMULASI PRU 15


HUBAYA-HUBAYA


No comments:

Post a Comment