Wednesday, 12 June 2013

TIPS UNTUK ANDA JIKA INGIN MEMILIH "CINCIN TANDA" DAN "CINCIN BERTUNANG"?



INI ADALAH PANDANGAN PERIBADI SAYA SEBAGAI SEORANG LELAKI YANG BERGELAR "SUAMI" DAN "AYAH"


Kebiasaannya, anak dara akan menempuh beberapa langkah sebelum digelar "ISTERI".
KEBIASAANNYA.

Langkah pertama adalah "DIRISIK" dan terus "DITANDA". Maka kebiasaannya, anda akan menerima sebentuk "CINCIN TANDA".

Langkah kedua, anda akan "DIPINANG" dan semestinya akan akan menerima "CINCIN TUNANG".

Selalunya, jari anda saiz "KETIKA ITU" akan digunakan. Semestilah halus dan comel sahaja. Nampak cantik apabila anda disarungkan cincin berkenaan oleh PIHAK LELAKI (semestinya emak atau keluarga lelaki).

CINCIN-CINCIN NAMPAK CANTIK 
WALAU PUN JARI BERBULU PANJANG


DICADANGKAN ANDA MEMILIH
"CINCIN BELAH ROTAN"


Malangnya, selang beberapa tahun, kebiasaan anda akan MENGEMBANG disebabkan "HATI SENANG" atau "SUAMI SAYANG" bukan sahaja BADAN bahkan JARI ANDA pun ikut sama.

CINCIN-CINCIN yang diterima beberapa tahun lalu .... sudah TAK MUAT untuk dipakai... walhal ... itulah BARANG KEMAS yang PALING ANDA SAYANGI.

Jadi, APAKAH LANGKAH untuk mengelakkannya berlaku?.


TIPS YANG DICADANGKAN.


A.   MASA MULA BERKAHWIN

JARINYA HALUS DAN COMEL


B.   SELANG BEBERAPA TAHUN

JARI MULA MENGEMBANG



C.   AKHIRNYA (ELAKKANLAH)

JANGAN BERLAKU SEMACAM INI


Apabila anda akan dirisik dan ditanya "SAIZ JARI" ....

1.   Hendaklah anda memberikan "SAIZ JARI IBU ANDA" .... selalunya ... SAIZ JARI ANAK AKAN MENGIKUT JEJAK JARI IBUNYA.

atau

2.    Berikan saiz "JARI TELUNJUK ANDA" (jika takut menerima risiko".


KENAPA ....

Kebiasaannya, ANAK DARA akan MENGEMBANG apabila "SUDAH KAHWIN" termasuklah jari-jarinya. Ini disebabkan "LUMRAH HIDUP" atau "LUMRAH KEJADIAN".

Itulah saja. TIPS CIKGU LIN buat kali ini.

Sekian, jangan ambil hati ... FIKIR-FIKIRKANLAH.

Makluman : ISTERI SAYA MASIH BOLEH MEMAKAI "CINCIN BELAH ROTAN" YANG SAYA BERIKAN KETIKA BERTUNANG 30 TAHUN YANG LALU kerana beliau  "KURANG MENGEMBANG" berbanding ISTERI-ISTERI YANG LAIN. 

AMARAN :  JANGAN BERITAHU SUAMI ANDA JIKA CINCIN ANDA "DAH TAK MUAT" .... kerana takut dia akan berkata "CINCIN TU DAH MENGECIL KER?".



No comments:

Post a Comment