Friday 14 June 2013

200 PENONTON "FINAL PIALA FA" DIBERIKAN RM1,000.00 JIKA BERJAYA.





RM1,000 tangkap penyokong liarImbas kembali suasana penonton penuh sesak hingga melimpah ke atas balapan Stadium Darul Makmur. Suasana begini boleh mencetus pelbagai masal


Kelana Jaya: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyediakan ganjaran RM1,000 kepada mana-mana individu yang dapat menangkap penyokong yang cuba menimbulkan kekecohan pada final Piala FA antara Kelantan dan Johor Darul Takzim (DT) di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 29 Jun ini. 
Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Perlawanan Akhir Piala FA, Datuk Hamidin Mohd Amin, berkata selain ganjaran itu, FAM turut memperkenalkan dua lagi inisiatif untuk mengawal penyokong pada perlawanan akhir itu. 

Dua inisiatif itu ialah memilih 200 penyokong masing-masing 100 dari Kelantan dan Johor DT untuk ditempatkan di lokasi tertentu bagi memantau aktiviti penyokong lain serta memperkenalkan tiket ‘istimewa’ yang boleh diimbas untuk mengesan tahap ketulenan,” Datuk Hamidin Mohd Amin, Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Perlawanan Akhir Piala FA

“Dua inisiatif itu ialah memilih 200 penyokong masing-masing 100 dari Kelantan dan Johor DT untuk ditempatkan di lokasi tertentu bagi memantau aktiviti penyokong lain serta memperkenalkan tiket ‘istimewa’ yang boleh diimbas untuk mengesan tahap ketulenan,” katanya selepas mesyuarat dengan wakil pasukan di Wisma FAM, semalam.


No comments:

Post a Comment