Wednesday, 5 June 2013

AWAS! 21,000 WANITA DIBERI PISAU



ADAKAH MALAYSIA JUGA MEMERLUKANNYA?



Di Mumbai, sebuah parti politik berhaluan kanan India mengedarkan beribu-ribu bilah pisau kepada golongan wanita di sebuah negeri di barat India untuk digunakan mereka jika diserang.  Pisau-pisau itu diberikan selepas seorang pelajar wanita yang berusia 23 tahun mati akibat dirogol oleh beberapa lelaki pada Disember tahun lalu.  Selepas kejadian tersebut, terdapat lagi beberapa kes terbaru yang membabitkan jenayah rogol ini.
india_pisau
Ribuan pisau diedarkan untuk kaum wanita di India
Parti Shiv Sena itu mengedarkan senjata tersebut pada Rabu lalu pada sebuah majlis yang diadakan di sini.  Pemimpin parti itu, Ajay Chowdhary berkata, wanita harus menyimpan pisau tersebut dalam dompet mereka.  Sejumlah 21,000 bilah pisau itu diedarkan manakala negeri Maharashtra yang kerap berlaku kejadian rogol dan bunuh menjadi tumpuan utama pengedaran.
Sumber :  Kosmo
Mengambil Langkah Berjaga-jaga
Kini, kebanyakan wanita di ibu kota ini (New Delhi) berusaha untuk mengikuti kelas seni mempertahankan diri, membeli serbuk lada, menempah teksi dengan pemandu wanita atau balik kerja awal di mana semuanya tanda meningkatnya perasaan tidak selamat selepas insiden merogol beramai-ramai dan pembunuhan seorang pelajar bulan lalu.
Serangan ke atas pelajar 23 tahun itu, yang dirogol enam lelaki dan diseksa dengan batang besi dalam sebuah bas, kemudian dihumban ke tepi lebuh raya, mengejutkan negara dan menjana gelombang bantahan tidak dijangka selain menggesa kawalan keselamatan lebih baik untuk kaum wanita.
Biarpun pihak kerajaan India berusaha meningkatkan keyakinan kaum wanita, namun mereka tidak boleh bergantung harapan kepada pihak berkuasa sahaja kerana dikatakan pihak polis  kekurangan sumber manusia  untuk menjamin keselamatan mereka.
Ibu Kota “Rogol”
Dalam maklum balas terhadap kemarahan awam, pihak berkuasa memulakan beberapa langkah untuk memupuk keyakinan namun ramai wanita berkata  “Ia benar-benar menjejaskan keyakinan wanita di bandar. Kami tidak mahu merasa seperti itu. Kami mahu merasa boleh keluar bila saja kami mahu, bila-bila masa siang atau malam dan merasa selamat. Justeru, anda perlu belajar mempertahan diri sendiri”.
New Delhi dengan penduduk berkembang sebanyak 16 juta, memiliki reputasi buruk sebagai ‘ibu kota rogol’, merekodkan lebih banyak insiden rogol setiap tahun berbanding bandar lain.
Fakta
Tahun                        Kes Rogol Dilaporkan                      Kes Cabul Dilaporkan
2012                                              706                                                                  727
Syarikat persendirian yang mengendalikan kelas seni mempertahankan diri di ibu kota itu berkata, mereka mendapat kebanjiran permintaan sejak serangan 16 Disember lalu. Kebanyakan yang bersungguh-sungguh mahu mengikuti kelas tersebut adalah dalam kalangan pelajar wanita atau wanita profesional yang berusia antara 18-35 tahun.
Di Malaysia juga apa kurangnya kes-kes sebegini.  Fikir-fikirkan…

No comments:

Post a Comment