Monday, 20 May 2013

"LEPAS INI PERGI MENGADU PADA CALON YANG MENANG" KATA AKU PADA PEGAWAI BIADAP TU




PERHATIAN KEPADA PARA PENGUNDI
N50 SITIAWAN DAN P74 LUMUT

INILAH WAKIL RAKYAT ANDA.
SILA HUBUNGI MEREKA JIKA PERLUKAN BANTUAN.

KERANA,
ITULAH TUGAS MEREKA
 SEBAGAIMANA YANG ANDA UNDI (PILIH)
SEMASA PRU 13 LALU

KIRI (YB NGEH KOO HAM) ADUN N50 SITIAWAN
KANAN (YB HJN IMRAN ABD HAMID, MP P74 LUMUT)


Beberapa Hari Selepas PRU 13.
Aku ketika itu berada di Pejabat Pusat Khidmat DUN N51 Pasir Panjang. Didatangi oleh seorang Pegawai Kerajaan (Melayu) yang aku memang amat kenal. Beliau datang untuk mengambil BR1M bagi pihak ibunya.

"Sikit lagi aje Roha nak menang" katanya sambil menepis tangan (menunjukkan rasa RALAT).


* Roha adalah calon PAS N51 pasir Panjang.


"Haramjadah betul, tak ada otak langsung" bisik hatiku dengan geramnya. Bukan kerana marahkan dia sokong Calon PAS N51 Pasir Panjang .... tetapi kerana KEBIADAPANNYA.


Sebabnya (cuba fikirkan) :-


1.   Pejabat ini (yang dikunjunginya) dipunyai oleh Dr Azizah (Ketua Wanita Bahagian Lumut).
2.   Dr Azizah adalah Penyelaras DUN Pasir Panjang (dah tentulah BN Tegar)
3.   Yang menerima adalah kakitangan kerajaan (bukannya rakyat biasa) tentu ADA OTAK UNTUK BERFIKIR.
4.   Dia memang tahu bahawa AKU ADALAH BN TEGAR (tolong hormat ler sikit)



Sempat aku berkata "Kalau nak mintak tolong, carilah CALON YANG MENANG, jangan cari di sini lagi ... sebabnya ... ADUNnya dah ada iaitu YB Rashidi Ibrahim atau Ngeh Ko Ham ... juga Parlimennya Hj Imran ... faham ker".

Selepas pegawai itu keluar ....
"Saper tu" tanya Dr Azizah selepas pegawai itu beredar.
"Orang Gila" aku jawab selamba.


Hati aku masih berdenyut "geram" hingga kini

Sabor aje ler 



No comments:

Post a Comment