Monday, 20 May 2013

PARTI MCA PATUT "WUJUDKAN KEMBALI R.O.S" YANG DIHAPUSKAN SEJAK 2009.







FIKIRKANLAH SEBELUM MCA DIJUMUDKAN OLEH
KAUM CINA SENDIRI

PRESIDEN MCA


MCA sepatutnya TIDAK MENGHAPUSKAN jawatan R.O.S (Regional of Secretary) di tahun 2009 yang merupakan TELINGA dan MATA bagi parti ini sejak sekian lama.

Pegawai MCA ini akan membuat Laporan Berkala dari masa ke semasa TERUS KE MCA PUSAT tanpa melalui MCA Bahagian atau Negeri.

Laporan Pegawai ini bukan sahaja akan melaporkan "KEBAIKAN" bahkan juga tentang  "KEBURUKAN" Bahagian berkenaan di bawah seliaannya.

Di samping itu, pegawai ini akan melaporkan ISU-ISU/.MASALAH AKAR UMBI untuk makluman dan tindakan Pucuk Pimpinan sebelum terlambat.

Tiadanya "ROS" ini telah menyebabkan MCA Pusat khasnya Para Pemimpin Atasan MCA terputus maklumat berkenaan dengan kegiatan Pemimpin Bawahan yang telah lama LARI DARI LANDASAN ASAL.

Juga, RUNGUTAN AKAR UMBI dari kaum Cina khasnya tidak sampai ke Pucuk Pimpinan Parti. Apa yang diterima oleh Pucuk Pimpinan MCA hanyalah "BUNGA-BUNGA HARUM"  walhal apa yang berlaku "BAU BANGKAI YANG DITUTUP" oleh kebanyakan Pemimpin Bawahan.

Oleh itu, saya selaku AKAR UMBI KOMPONEN BN menyarankan agar MCA MEWUJUDKAN KEMBALI jawatan ini agar MCA kembali menjadi sebuah PARTI YANG DISEGANI DAN DITELADANI OLEH KAUMNYA SENDIRI.

Sekian, adanya.



No comments:

Post a Comment