Monday, 20 May 2013

PENYOKONG ADUN PERAK (BUKAN EXCO) HARAP BERSABOR. JANGAN CEPAT SANGAT MELATAH


IKLAN PERCUMA
MURNIKANLAH LAMAN BAHAGIAN MASING
KLIK DI SINI
UMNO TERAS BN PERAK
(PERTAHANKANLAH INI WAHAI ADUN BN/UMNO PERAK)



Disebabkan ADUN BN ada 30 + 1 sementara Jawatan EXCO ada 10 + 1 (termasuk EXCO MCA dan MB) maka ramai lagi yang tidak terlantik.

Oleh itu, diharap Para Penyokong dan Para Kroni ADUN Berkenaan jangan CEPAT MELATAH kerana ..... KEK BN INI BESOR yang mana BOLEH DIKONGSI BERSAMA secara adil dan saksama.

ADUN yang tidak terlantik kemungkinan besar akan diamanahkan dengan TUGAS-TUGAS KHAS mengepalai mana-mana Agensi Kerajaan Negeri yang sama tarafnya dengan EXCO. Jadi, bukankah sama nilainya?

Bagi saya, biarlah mereka (YAB MB dan EXCO yang terlantik) ini menjalankan tugasnya tanpa gangguan dan jika sekiranya KPI mereka TIDAK MEMBANGGAKAN dalam setahun ini, mereka akan dilucutkan dan digantikan dengan ADUN yang lain.

"DEMI MARUAH DUN KITA/KAMI" itulah kata-kata yang saya dengar dalam beberapa hari ini melalui perbualan dan media sosial. Apa ada pada maruah jika Penyokong BN sering mempertikaikan perkara yang TAK MAMPU ditunaikan. Takkan semua ADUN BN nak dilantik sebagai EXCO .... tentu merepek.

Oleh itu, bersabor ler .... tentu ada hikmahnya disebalik LANTIKAN dan TIDAK TERLANTIK.

Kepada ADUN YANG TERLANTIK .... bertugaslah dengan penuh AMANAH dan janganlah MENGISI KANTUNG SENDIRI/KRONI HINGGA LUPA DIRI. 

Segala yang mungkar akan terbau juga akhirnya dan IMPAKNYA .... AKAN ROSAKLAH BN/UMNO dan KALAHLAH DALAM PRU 14 NANTI.

WALLAHHU ALAM

HUBAYA-HUBAYA



1 comment:

  1. sampai bilalah nak selesai masalah sebegini.. tak serik lagi ke dulu pernah jadi pembangkang sekejap?

    ReplyDelete