Tuesday 1 January 2013

SELAMATKAH TAHUN BARUKU?









SELAMATKAH TAHUN BARUKU?

Selangkah ku menapak ....
Kembang hidungku menghela

Sepaling aku memandang ....
Berkelip mataku meraba

Serangkap aku berpantun ....
Sekolam katak berbunyi

Sepinggan aku berhidang .....
Sekawan lalat menghurung

Setimba aku bersiram .....
Selubang cengkerik berbunyi

Sepekan aku merayu .....
Setitik embun menitis

Perlukan aku menyanyi "Lagu Makan Sirih"?
Perlukah aku menempek bedak sejuk ke mukaku?
Perlukan aku tersengeh di depan pentas?

Tak termampu aku .....
Kerana aku tahu .....
Aku hanya seorang MARHAIN 




Tanggal : 1 Januari 2013 (1.32 am)

SELAMAT TAHUN BARU UNTUK SEMUA

No comments:

Post a Comment