Monday 21 January 2013

PAS TIRU TAKTIK HINDRAF UNTUK MERAIH UNDI PRU 13 .... RM207 BILLION BANYAK OIII







LANDASAN kereta api Thailand-Burma 
sewaktu pembinaan yang bermula pada 1942.




HAMPIR 300,000 pekerja dilaporkan terlibat membina landasan kereta api maut di antara Thailand-Burma (kini Myanmar) sejauh 415 kilometer ketika Perang Dunia Kedua.
Daripada jumlah itu, kira-kira 60,000 pekerja merupakan tahanan perang British, Australia, Amerika Syarikat, New Zealand dan Belanda.Selebihnya, merupakan buruh paksa dari India, China dan Tanah Melayu.

Sepanjang tiga tahun pembinaan jambatan itu seramai 16,000 tawanan perang dilaporkan maut manakala lebih 100,000 buruh dari ketiga-tiga negara Asia itu dilaporkan meninggal dunia atau hilang.

Dianggarkan dari 1942 hingga 1946, seramai 72,000 rakyat negara ini dikerah tenaga mereka dan dilayan dengan penuh kekejaman untuk menjayakan impian besar negara matahari terbit meluaskan empayarnya.

Namun hanya 30,000 orang dilaporkan berjaya kembali ke tanah air membawa bersama keperitan dan kesengsaraan yang cukup sukar untuk diungkap serta menjadi kenangan pahit sepanjang hayat.

Walaupun usaha menjejaki mangsa-mangsa berkenaan menemui jalan buntu ekoran ramai daripada mereka sudah meninggal dunia, namun kisah kekejaman tentera Jepun ke atas mereka masih segar di kalangan waris-waris.


CUBA KITA KIRA

RM207,000,000,000.00 / 72,000 orang = RM2,875,000.00

KAYA-KAYA .... tentulah Kaum Keluarga Buruh berkenaan akan sokong Pakatan Pembangkang.


HIDRAF DULU 
RM3,000,000,000,000.00/anak cucu = RM1,000,000.00 seorang

SIAPA TAK MAHU .... MESTI MAU PUNYA

Carilah cara lain weh oiiii

KEMUDIAN BACA JAWAPAN WAKIL KERAJAAN JEPUN DI BAWAH INI

Setiausaha Takaharu Suegami, dalam jawapan kepada Harakahdaily semalam, berkata perkara pampasan perang dengan mengambil kira ke Malaysia telah diselesaikan sepenuhnya di bawah Perjanjian San Fransisco yang dikuatkuasakan pada tahun 1952.


"Tambahan pula, terdapat Perjanjian Sept 21, 1967 antara Jepun dan Malaysia yang mana, dalam usaha untuk menggalakkan kerjasama ekonomi, Jepun bersetuju untuk membekalkan kepada geran Malaysia dalam bentuk produk Jepun dan perkhidmatan orang-orang Jepun, daripada jumlah nilai sebanyak RM25 juta.

"Dalam perjanjian di atas, kerajaan Malaysia bersetuju bahawa segala soalan yang berbangkit daripada peristiwa semasa Perang Dunia Kedua yang boleh menjejaskan hubungan baik antara kedua-dua negara sepenuhnya dan akhirnya diselesaikan," katanya.


WALLAHHU 'ALAM









No comments:

Post a Comment