Wednesday, 21 September 2011

PEMIMPIN MPAJA (PKM, API DSBNYA) MEWAH DENGAN DANA BRITISH

Salam.

     Semasa pemerintahan Jepun, Parti Komunis China mengarahkan agar PKM tidak bersengketa dengan British bahkan diarahkan membantu  British melawan Jepun secara gerilla. Maka ramai Pemuda China dihantar ke Singapura (rujuk di bawah)

Pada Mac 1942 , hasil rundingan pemimpin komunis Lai Tek atau Loi Tak dengan pegawai tentera British Mejar Chapman , seramai 165 orang pemuda Cina komunis telah dilatih di 101 Special Training School di Singapura. Mereka ini kemudian dihantar ke Selangor , Negeri Sembilan dan Johor untuk membentuk tentera MPAJA atau tentera Bintang Tiga. Kebanyakan pemuda ini berumur 19 tahun ke atas.

     Bersama dengan  API dan AWAS mereka menubuhkan MPAJA untuk mementang Jepun bersama dengan British, New Zealand dan Australia.

     Semasa penentangan ini, British dan sekutunya telah mengeluarkan DANA yang banyak kepada PEMIMPIN-PEMIMPIN pertubuhan ini. DANA yang dikeluarkan adalah dlaam bentuk SENJATA, MAKANAN, WANG DAN JUGA BON dan kemungkinan juga EMAS.

     Juga, British dan PKM telah membuat persefahaman untuk menbayar M$50,000.00 - M$70,000.00 sebulan  untuk Anggota MPAJA dan juga 300 pound sterling sebulan untuk WANG RUNCIT.

     Apabila Jepun mengaku kalah setelah BOM digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki, baki DANA ini masih lagi di tangan PARA PEMIMPIN.

PERSOALANNYA : 

1.   ADAKAH HABIS DANA BERKENAAN DIAGIHKAN KEPADA SEMUA ANGGOTA?. 
2.     BAGAIMANA CARA PENGAGIHANNYA SEDANGKAN SEMASA ITU, KEBANYAKAN ANGGOTA BERKENAAN SUKAR DITEMUI (BERSEMBUNYI) ?.
3.     BERAPA BANYAK BAKINYA .... KENAPA TIDAK DIISYTIHARKAN DAN KENAPA MAU LARI ?.
4.     BERAPA JUMLAHNYA JIKA DIKIRA DENGAN NILAIAN SEKARANG ?.

     Kemungkinan disebabkan JUMLAHNYA LUMAYAN (BANYAK) .... menyebabkan ramai PARA PEMIMPIN yang MELARIKAN DIRI DARI BRITISH seperti Loi Tek (Setiusaha PKM), Abdullah CD (Ketua Rejemin ke 10 PKM), Ibrahim Yaakub (API).

     Ini tidak termasuk Pampasan berjumlah M$350.00 dan sekampit/guni beras bagi setiap anggota MPAJA (adakah semua pampasan berkenaan dibayar kepada anggota?).

     Mari kita rujuk kepada maklumat di bawah sebagai panduan untuk kita memikirkannya :-

1.     IBRAHIM YAAKOB


Buku Mustapha Hussain (2005) menuduh Ibrahim Yaakob membawa wang dua guni dan ketulan emas ke Indonesia pada tahun 1945. Bagaimana dia mendapat wang yang banyak untuk membeli surat khabar Warta Malaya.
      
2.     LOI TAK (SETIAUSAHA PKM SEBELUM CHIN PENG) 


Lai Tek atau Loi Tek menjadi Setiausaha Parti Komunis Malaya sebelum Chin Peng. Beliau telah menghilangkan diri bersama dengan wang simpanan parti pada tahun 1947

3.     PETIKAN PAPARAN RAKAN FB YANG RAPAT DENGAN PAK ABU JANGGUT, LAMBOR KIRI (AJK API)

     Antara anggota API yang lain menerima bantuan daripada Amerika dan british adalah Abu Sahid, Ahmad Boestamam, Pak Sako ,Abdullah CD dan dua tiga nama lagi . Bila British dapat maklum mereka semua melarikan diri. 

     Ibrahim Yaakub melarikan diri ke Indon dan buka bank dengan Sukarno/Hatta. Abdullah CD , samsiah fakih dan dua lagi masuk PKM lari ke hutan. Saya dengar cerita dari Pak Abu sendiri. 

     Dan saya pernah menjejaki bond yang dia punya . diberikannye pada anak Engku Nerang Cucu Tunku Abdul Rahman. Pak Abu beritahu yang paling banyak menerimanya adalah Abdullah CD sebanyak 36 keping bond. selainnya ibrahim yaakub. 

     Itulah sebab anggota API di buru olih British dan Amerika. Untuk pengetahuan bantuan diterima menerusi Ulama Agus Salim Indon semasa beliau merasmikan Masjid Washington. 

     Ini dari cerita Pak Abu janggut sendiri. Beliau adalah AJK API masa tu.




Amalan menetapkan harga berdasarkan setiap seratus berkembang daripada amalan penetapan harga bon kerajaan British tradisional yang masih ditetapkan dalam unit 100 paun sterling. Nota-nota itu yang pada asalnya dijual dalam bentuk fizikal mempunyai tepi sepuhan air emas dan justera itu, dikenali sebagai "Gilt" (sepuhan air emas). Harganya ditetapkan dalam bentuk yang serupa dengan instrumen hutang Amerika Syarikat tetapi harganya berdasarkan nilai muka 100 paun sterling. Tidak terdapat pengalihan titik perpuluhan yang kemudian pada harga instrumen hutang tersebut, sebagaimana yang berlaku di Amerika Syarikat. Dalam pasaran bon United Kingdom, nilai tara merupakan harga untuk nota atau bon 100 paun sterling apabila ia menjadi sama dengan nilai mukanya. Nilai tara 100.00 untuk nota atau bon hanya bermakna bahawa nota atau bon itu dijual pada nilai muka yang dibayar pada tarikh kematangan nota atau bon itu. Setiap nota atau bon boleh mempunyai nilai mutlak yang berbeza, bergantung kepada kelaziman pasaran dan negara yang nilai tara itu disebut.






     DALAM ERTIKATA LAIN : 

PATUTLAH SEBAHAGIAN DARI PEMIMPIN MEREKA MELARIKAN DIRI KE LUAR NEGARA ATAU MASUK HUTAN. 

SEKIAN, TERIMA KASIH 

No comments:

Post a Comment