Thursday 15 September 2011

PEJUANG NEGARA I Peranan Kaum Cina

 Salam.

      Mat Sabu telah membuatkan kita bercelaru apabila dia menyatakan bahawa Mat Indera adalah PEJUANG NEGARA.


     Di sini, mari kita kembali ke sejarah silam iaitu mengenai Pemimpin Kaum Cina Malaya dan PARTI KOMUNIS MALAYA (PKM).

     Sebelum itu, izinkan saya memaparkan sedikit tentang Kaum Melayu sezaman dengannya.


Penubuhan KESATUAN MELAYU MUDA (KMM) berkait rapat dengan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), yang kini dikenali sebagai Universiti Pendidikan Sultan Idris di Tanjung Malim,Perak pada tahun 1930-an. Antara bekas pelajar MPSI yang bergiat di dalam KMM adalah Hassan Manan, Ibrahim Yaakob, Abdul Karim Rashid dan Mohd Isa Mahmud.

Selepas penubuhan pusat KMM di Kuala Lumpur, ahli-ahli KMM yang ramai terdiri daripada guru-guru graduan MPSI mula menyebarkan sayap KMM ke pelusuk Tanah Melayu. Kemudiannya, KMM dan beberapa pertubuhan Melayu yang lain telah mengaturkan satu kongress Melayu di Kuala Lumpur pada Ogos, 1939. Kongress kedua telah diadakan di Singapura pada Disember 1940. Kongress sepatutnya diadakan di Ipoh pada tahun 1941. Akan tetapi, kehendak itu terhalang apabila Perang Dunia II meletus dan Tanah Melayu jatuh ke tangan Jepun.

     
     Parti Komunis Malaya (Malayan Communist Party) atau singkatannya PKM ialah sebuah pertubuhan yang diasaskan di Tanah Melayu, satu cabang Parti Komunis China di seberang laut, di bawah naungan Comintern, iaitu pertubuhan komunis antarabangsa yang berada di bawah pengaruh Russia.

     Sebelumnya, ia dikenali sebagai Parti Komunis Nanyang yang ditubuhkan pada tahun  1928 untuk kawasan Asia Tenggara. Kemudian ditukarkan namanya sebagai Parti Komunis Malaya (PKM) pada 20 April 1930.

     Di tahun 1941, seramai 165 orang pemuda Cina komunis telah dilatih di 101 Special Training School di Singapura. Mereka ini kemudian dihantar ke Selangor , Negeri Sembilan dan Johor untuk membentuk tentera MPAJA atau tentera Bintang Tiga. Kebanyakan pemuda ini berumur 19 tahun ke atas.

     Mari kita mengenali beberapa orang Tokoh Kaum Cina Malaya yang telah sedikit sebanyak melakar sejarah Negara kita Malaysia Yang Tercinta.

PEMIMPIN PARTI KOMUNIS MALAYA (PKM)    
     
1.     Lai Tek atau Loi Tek atau Chan Hong 


     Lai Tek berasal dari Vietnam menjadi Setiausaha Parti Komunis Malaya sebelum Chin Peng. Beliau telah menghilangkan diri bersama dengan wang simpanan parti pada tahun 1947.

Loi Tek adalah komunis berbangsa Vietnam dan pernah bersama dengan Ho Chi Minh di Hong Kong pada tahun 1930-an.

     Loi Tek pernah bertugas sebagai agen Perancis di Indochina Pernah juga dikatakan sebagai agen British. Kejayaannya menubuhkan sel-sel parti , telah dipilih menyandang jawatan Setiausaha Agung PKM sejak tahun 1939.

      Sumber lain pula mengatakan Loi Tek ini agen Jepun. Dia sangat bebas semasa zaman Jepun dan dbenarkan berulang-alik dengan motokar mewahnya di Tanah Melayu dan Singapura tanpa sebarang sekatan dan ancaman daripada askar-askar Jepun.
     Loi Tek juga merupakan pembekal Pemuda dari Tanah China untuk Pasukan Gerila 101 pada tahun 1941 di Singapore apabila Jepun mula menyerang Tanah Melayu.

Boleh jadi Loi Tek ialah agen serampang tiga mata (British, Jepun dan PKM) dan juga dianggap mengkhianati Lim Bo Seng.

     Penipuannya terserlah apabila ia tidak hadir dalam mesyuarat pada Januari 1947. Dia telah melarikan wang PKM  berjumlah jutaan ringgit.
  
2.     CHIN PENG


     Chin Peng (lahir 21 Oktober 1924) ialah nama samaran Ong Boon Hwa, ketua Parti Komunis Malaya. beliau dianugerahkan Order of the British Empire (OBE) dan dua pingat kerana membantu British melawan pendudukan Jepun di Malaya dalam Perang Dunia Kedua.


       Sebagaimana sangkaan ramai, Chin Peng bukan berasal dari China , tetapi beliau adalah seorang Cina Kantonis yang dilahirkan di sebuah kedai kecil dua tingkat menjual basikal , di No. 36, Jalan Kampung Koh, Sitiawan yang terletaknya 50 kilometer dari barat daya bandar Ipoh, Perak. Beliau merupakan anak kedua daripada enam beradik yang hidup dalam kemiskinan. Ayahnya datang dari negara China dan kecewa akibat kemelesetan ekonomi 1930.


     Semasa kecil, Chin Peng minat sekali membaca bahan-bahan media cetak dan menyoroti perkembangan di negara China. Ketika itu berlaku pertikaian antara Chiang Kai Shek dan Mao Zedong. Tentera Jepun pula merampas Manchuria dan menguasai pedalaman China. Negara China merupakan tanah kelahiran bapa dan nenek moyangnya di kawasan Kwantung.


     Semasa berumur 15 tahun, Chin Peng mempunyai perasaan yang dekat dengan nasionalis berpendidikan barat Chiang Kai Shek yang menguasai kawasan selatan China dan Taiwan. Namun, buku kecil 'On Protacted War' karangan Mao Zedong mengubah pendiriannya kepada aliran komunisme. Tekadnya jelas untuk menentang Jepun yang kemudian menyerang Tanah Melayu pada tahun 1941.
      Pada tahun 1940, beliau diterima untuk menyertai Parti Komunis Malaya iaitu satu cabang Parti Komunis China di seberang laut.
     Dia turut menyertai Force 136, satu pasukan bersenjata yang ditubuhkan oleh perisik British bagi menentang Jepun di Tanah Melayu. Ketika itu umurnya baru sahaja 18 tahun.
     Ketika berumur 23 tahun, Chin Peng dilantik sebagai Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya menggantikan Lai Tek yang telah dibunuhnya di Thailand. Lai Tek adalah perisik tiga mata yang telah belot dan melarikan wang Parti Komunis Malaya. 

PEMIMPIN KAUM CINA MALAYA

Lim Bo Seng (27 April 1909 - 29 June 1944) was a World War II anti-Japanese resistance fighter based in Singapore and Malaya.


Lim was born in 1909 to Lim Loh (林路; alias Lim Chee Gee), a well-known building constructor, as the 11th child but the first male child in the family. In 1917, Lim came to Singapore at the age of 16 to study in Raffles Institution under the British colonial government. He went on to read business at the University of Hong Kong.

     In 1930, Lim married Gan Choo Neo, a Nyonya woman from the Lim Clan association hall of Singapore. They had eight children, one of whom died in infancy. Initially a Taoist, Lim converted to Christianity.
Lim inherited his father's business when the latter died in 1929. Lim started with running two businesses in brick manufacturing and biscuit production, before collaborating with his brothers to venture into building construction. Apart from being successful in his business career, Lim was also a notable young leader of the Singapore Chinese community, having been nominated to take on several posts in the community, including: Chairman of the Singapore Building Industry Association (新加坡建築業公會); Board Member of the Singapore Chinese Chamber of Commerce (新加坡中華總商會); Executive Member and Education Director of the Singapore Hokkien Huay Kuan (新加坡福建會館).

     On 11 February 1942, Lim left Singapore and travelled to Sumatra with other Chinese community leaders and made his way to India later. He recruited and trained hundreds of secret agents through intensive military intelligence missions from China and India. He set up the Sino-British guerrilla task force Force 136 in mid-1942 together with Captain John Davis of the Special Operations Executive (SOE).

No comments:

Post a Comment